Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

GELAS MILO NESTLE 1984 - OLIMPIK L.A

GELAS MILO
MENGHAYATI SEMANGAT KESUKANAN OLIMPIK L.A 1984
Gelas Milo ini hanya ada satu di kedai lama, kalau ada
duakan cantik, tapi tidak mengapa sebab gelas ini unik.
Bahagian bawah gelas, timbul logo Milo dengan jelas.
ada sesiapa jumpa gelas ini di pasaran? kalau ada sepasang
barulah lebih lengkap, atau mungkin ada paten lain?
( hobi & koleksi 28/6/2010 )

CHAMPION'S TROPHY

WORLD CUP
1/2 Kali pandang seperti Piala Dunia
1 kali pandang laaa... Piala plastik berisi coklat!.
Barangan Buatan Malaysia
Dikilangkan oleh : Trans World Confectionery
Diedarkan oleh : Sweets Food Trading, Kulai Johor

MUG ALICAFE POWER ROOT

ALICAFE POWER ROOT MUG
Percuma! Sementara stok masih ada, dengan pembelian
Alicafe Premium Gold - with Columbia Arabica
Kopi Pracampur dengan Oligofruktosa dan Ginseng
Ya, cawan atau mug ini saya baru dapat semalam 28/6/2010
dengan pembelian 1 bungkus Alicafe Premium Gold yang
mengandungi 15 peket kecil x 20 gram.
Banyak mug free Power Root yang belum saya miliki, ada
yang ada pun sudah hilang atau pecah sebab diguna pakai.
Sekarang simpan sahaja... .
( hobi & koleksi 28/6/2010 )

CALORIC CHART MUG - DAISO

CALORIC CHART - ENJOY THE LIFE, ENJOY THE BEST FOOD.
MUG CARTA KALORI?
Ya, satu lagi Mug edaran Daiso yang saya miliki, masa belipun
tinggal satu. Apa yang menarik sangat tentang mug yang tidak
berkaitan dengan mana-mana pengeluar makanana & minuman ini
adalah kerana terdapat carta anggaran jumlah kalori bagi
setiap jenis hidangan. Seperti 'chocolate donut'210kcal,
'cup cake' 209kcal,'apple pie' 310kcal,'bread'(roti) 127kcal,
'tiramisu' 273kcal,'fruit tart' 356kcal.. dan lain-lain.
( hobi & koleksi 25/6/2010 )

GELAS DISNEY MINNIE MOUSE DAISO

DISNEY MINNIE MOUSE GLASS
Gelas Kekasih Mickey Mouse ini bukanlah gelas lama, tetapi
gelas baru yang di beli di Daiso, iaitu kedai serbaneka
dari Jepun yang mempunyai 8 cawangan di Malaysia. Semuanya
RM5, Gelas ini saya beli di Sungai Wang Plaza Bukit Bintang.
Merempit di K.L Sehari ke dua hari selepas Penjara Pudu mula
diroboh, apalah! lupa hendak ambil batu tembok buat kenangan.
( hobi & koleksi 25/6/2010 )

CAWAN KOPITIAM NESCAFE EDISI TERHAD

CAWAN NESCAFE PERCUMA!
FREE CUP & SAUCER ( Limited Edition )
Cawan ala-ala kopitiam ini bagi saya memang akan bernilai
dan pengumpul cawan kopitiam pun tentu berminat.
Kalau tidak minat, saya minat.. .
Cawan ini saya dapat dengan percuma dengan pembelian
Nescafe Menu 'Neslo' Kopi Pracampur, boleh juga dapat
percuma dengan Nescafe Menu 'Ipoh White Coffee' atau 'Tarik'.
Saya baru beli Semalam 28/6/2010.
Walau barang baru paten lama tapi akan datang jadi lama.
Kalau ada stok duit, ada setengah dozen boleh buat hidang
tetamu, tapi rasanya sudah gawat poket. Kalau Nestle
buat sumbangan o.k juga dapat Sedozen.. ha ha ha!.
( hobi & koleksi 28/6/2010 )

MUG SUPERBEST POWER

KOPI PRACAMPURAN / SUPERBEST POWER
WHITE COFFEE 100% EXTRACT NON SUGAR
Untuk keterangan lanjut tentang kopi ini
Layarilah www.superbestpower.com.my
Mug atau cawan besar 'Superbest' ini saya dapat dari
' Nurin Cafe' Padang Jawa. Kedai makan ini menjual
pelbagai jenis minuman panas & sejuk. Saya suka makan
Mee sup, Laksa Penang & Nasi Lemak Ayam berempah.
Terdapat juga Char Kuih Teow, paprit,tomyam dan lain-lain.
Berbalik dari mug ini, saya nampak ianya tersusun rapi dan
digunakan sebagai cawan kopi bagi mereka yang minum
kopi disini. Singgahlah makan minum di Nurin Cafe.
( hobi & koleksi 26 jun 2010 )

KOLEKSI APA LAGI

2 Minggu ini amat meletihkan, tapi cukup juga rehat bila masuk
kerja malam minggu ini. Apa yang saya dapat adalah untuk
koleksi pepsi yang masih tidak cukup lengkap, Gelas & mug
baru dan lama,pemetik api, pelita amoi tidak cukup lama
dan lain-lain yang tidak seberapa. Barang paling lama dapat
pada hari ini adalah Gelas milo bertarikh 1984. Di giant ada
nampak mug milo tinggal satu tapi tak dapat pula tukar
dengan mug Ali cafe, sedang kadang-kadang free gift itu
miss item. O.klah Jumpa lagi Semua.. .

CAMPBELL'S MUG - FOOTBALL MUG

CAMPBELL'S MUG - FOOTBALL MUG
Mug yang menarik kerana berbentuk bola.
Sempena Piala Dunia 2010, Campbell's Soup Malaysia telah
tumpang sekaki dengan promosi mug percuma berbentuk
bola. Untuk mendapatkan mug ini, kita perlu membeli pakej
percuma 1 mug dengan pembelian 3 kotak sup cambells.
Mug tersebut kelihatn seperti mug milo lama .

TECHNICS MUG - MUSICAL INSTRUMENTS

Mug Technics Musical Instruments
TECHNICS MUSIC SCHOOL

Dulu jika nampak kedai elektrik yang besar,pasti
ada signboard ' National-Panasonic-Technics.
Mug ini saya beli tahun lepas.

~ Koleksi Mug Muzik ~

MUG ORANG KAMPUNG - BACK TO NATURE

MUG 'ORANG KAMPUNG' PERCUMA DENGAN
SETIAP PEMBELIAN PAKET BESAR KOPI PRACAMPUR
KACIP FATIMAH ATAU LONGJACK (TONGKAT ALI)
Mug motif bunga matahari , 1 dari 3 yang ditawarkan.
Mung orang kampung ini mungkin dapat satu sahaja dari
3 grafik bunga yang ditawarkan. Ini kerana stok yang kian
kurang dan perlu keluar duit lagi untuk melengkapkan set.
Kalau dapat mug percuma tanpa membeli kan menarik.. .

PEPSI KEY CHAIN - 7-UP WORLD CUP

PEMEGANG KUNCI PEPSI
'PERCUMA!DENGAN PEMBELIAN 2 BOTOL 7-UP REVIVE 600ml!'
Pemegang Kunci percuma berbentuk bola ini ada ditawarkan
dengan 2 warna, biru & putih, tetapi saya dapat warna biru saja.
Ceritanya balik kerja, lepas isi minyak motor di petronas hendak
cari botol pepsi di kedai mesra sempena world cup untuk
melengkapkan set, tetapi terpandang pula iklan tawaran 7-up
yang terselit dalam peti sejuk, apa lagi sambar 4 botol dapat 2
pemegang kunci sebagai penambah koleksi... .
ChentaPepsi tentu suka keychain ini!

GELAS DUTCH BABY - SUSU PERISA ROS

GELAS DUTCH BABY - MINUMAN SUSU PERISA ROS
Gelas lama Dutch Baby ini memang sukar ditemui.
Tetapi jika anda mudah temui tidak tahulah saya.
Dahulu Dutch Baby Kini Dutch Lady.
Kilang Dutch Baby tersebut terletak di sebelah Kilang
lagenda terkenal yang berakhir dengan penutupan
iaitu 'National Aerated Water( KL )' yang terletak di
Petaling Jaya. Ibarat bangun sama-sama jatuh
masing-masing pula.

SAUDI ARABIA MONETARY AGENCY - 1 RIYAL

The fifth issue of Saudi Banknotes
Obverse: King Abdullah bin Abdul Aziz al-Saud
Sisi depan: Pusat ciri sisi depan mata wang Islam pertama, Di atasnya,
muncul nama Badan Kewangan Arab Saudi, jumlah dan tarikh Royal
berdasarkan Keputusan yang dikeluarkan, dan nama Raja Abdullah dalam
bahasa Arab. Di sebelah kanan wang kertas gambar yang mewakili
Raja Abdullah dan nombor siri.Dalam gambar, nilai wang kertas dicetak
dalam bahasa Bahasa Arab.Pada bahagian bawah, tanda tangan
Menteri Kewangan dan Gabenor SAMA dicetak.

Reverse : Building of the headquarters of the Saudi Arabian Monetary Agency
Sisi belakang: Sebuah gambar ciri-ciri pembangunan pejabat pusat
SAMA. Di atas, muncul nama "Badan Kewangan Arab Saudi" dan nilai
wang kertas dalam bahasa Inggeris. Di bahagian bawah ke sebelah
kanan nota bank, nilai wang kertas dicetak dalam Bahasa Inggeris dan
lambang kerajaan dipaparkan.

Tahun Isu Kelima ini dikeluakan : 2007
Saiz : 123 mm x 62 mm
Warna : Hijau Terang

Untuk maklumat lengkap sila ke...The Fifth Issue

Riyal adalah unit Mata Wang Saudi Arabia dengan kod SAR.
Tukaran 1 Riyal kepada Ringgit Malaysia pada hari ini
1 [Saudi Arabia] Riyal = 0.8663 [Malaysia] Ringgit

Maklumat diatas saya dapat dari Saudi Arabian Monetari Agency & money converter,
manakala mata wang Saudi Arabia yang dipaparkan adalah dari koleksi sendiri.

Koleksi Matawang Asing

MATAWANG SAUDI ARABIA 1 RIYAL

SAUDI ARABIA 1 RIYAL PAPER MONEY 1984
SAUDI ARABIA MONETARY AGENCY -1 RIYAL
Beberapa helai wang kertas Saudi Arabia telah saya dapat dari
Ayahanda & Bonda setelah mereka pulang dari menunaikan Umrah.
( koleksi matawang asing bukan mahluk asing iaryylr 2010 )

COCA-COLA GLASS - FIFA WORLD CUP

FIFA WORLD CUP EXCLUSIVE COCA-COLA GLASSES
FREE COCA-COLA GLASS WITH EVERY 'COKE CONTOUR GLASS MEAL'
6 EXCITING FOOTBALL MOVES
PURPLE COLOUR - STRIKE - 17 JUNE 2010
Bagaimana Dapat Gelas & Makan Murah?
FIFA WORLD CUP' SOUTH AFRIKA
Gelas Coca-cola edisi terhad sempena Bola Sepak Piala Dunia FIFA
2010 ini boleh didapati percuma dengan pembelian 'COKE CONTOUR
GLASS MEAL' iaitu set menu besar 'large' + Aiskrim 'Sundance'.
Satu set menu sekitar RM15 atau boleh beli gelas sahaja RM8.80 .
Kalau 2 orang mahu RM30, boleh berlobang poket seluar, jadi untuk
dapatkan dengan harga potongan, makanlah mcValue pada jam
12 ~ 3 ptg, pilih set besar, tambah aiskrim dan dapat gelas percuma!.

PEPSI PIZZA HUT PLASTIC CUP TUMBLER

PEPSI PIZZA HUT PLASTIC CUP TUMBLER
Bahagian depan logo Pizza Hut
Bahagian belakang logo pepsi
Depan atau belakang sebenarnya saya pun tidak tahu mana satu.
Saya tidak tahu berapa variasi warna yang dikeluarkan,
yang saya dapat warna oren... cun tak? kenapa tidak biru?

MUG NESVITA NESTUM

NESVITA NESTUM
SATU LAGI PRODUK KELUARAN NESTLE MALAYSIA
Mug nesvita Nestum

COCA-COLA WORLD OF WARCRAFT

COCA-COLA WORLD OF WARCRAFT
CHINA COCA COLA WORLD WARCRAFT COKE CAN SET 7 CANS

Coca-cola China telah mengeluarkan Coca-cola dengan tema
sempena permainan video game / online game terhangat
'World Of WarCraft'.
Terdapat 7 watak terpilih untuk keluaran ini.
Sebenarnya saya tidak tahu berapa banyak siri keluaran
sempena world of warcraft ini. Untuk keluaran siri ini
saya cuma ada 5 dari 7 watak sahaja.

watak 1
watak 2
watak 3
watak 4
watak 5
ya.. cuma ada 5 dari 7 watak.. tak kisah.. .
Saya belipun di Malaysia, diimport oleh Poly Bond Options SDN BHD
Isi padu 355ml / Tahun 2005?

MANGKUK BUNGA KANGKUNG 4 MUSIM

MANGKUK BUNGA KANGKUNG 4 MUSIM
Bahagian Bawah
Mangkuk Lama ini saya dapat bulan April, baru posting hari ini.
Mangkuk ini masih boleh didapati di kedai barang terpakai, Flea
Market, pasar karat,kedai barang lama, atau jualan dari laman web.
Mangkuk ini saya dapat 3 sahaja. Masih elok tapi macam terpakai .

COCA-COLA - SEMUANYA PASAL BOLA

COCA-COLA OFFICIAL PATNER OF THE 2006 FIFA WORLD CUP
'Semuanya Pasal Bola'
Tin Coca-cola dengan imej Wayne Rooney
Coca-cola Malaysia
Keluaran 2006 / Isipadu Minimum 325ml

Saja posting sempena Musim Bola Sepak2010 , tentang coca-cola,
banyak yang saya telah terlepas dalam dunia coke ini...

MARLBORO MATCH BOX

Mancis Marlboro Cowboy
Mancis bagi penggemar Rokok, sesuai buat bergaya
di majlis keramaian atau hari jadi. Lebih Mancho
Jika berpakaian seperti Cowboy... .

KENTUCKY FRIED CHICKEN - MATCHES

"KENTUCKY FRIED CHICKEN - It's finger lickin' good"
'sehingga menjilat jari!'
Bahagian Depan menunjukkan bangunan KFC pertama?
Belakang pula tulisan cina, mungkin maksudnya sama... .
Head Office : 120 Jalan Tuanku Abdul Rahman
Kuala Lumpur Malaysia
Tel: 85436


Kotak mancis keselamatan ini dari KFC, untuk mendapatkannya
memang susah lagi payah, manakan tidak?...saya terpaksa kembali
ke era tahun 70'an dimana KFC pertama dibuka di Jalan Tuanku
Abdul Rahman iaitu pada tahun 1973. Saya kembali dengan
menggunakan ilmu batin meraga masa, peringkat diploma
kejuruteraan teknologi kuantum daun ketum kira-kira 15 tahun
yang lalu, nampak seperti cerita rekaan..tapi sebenarnya kisah ini
memamg benar-benar direka sedemikian ceritanya , he he he.... .
Yang betul cuma kotak mancis itu memeng terlalu lama.....
( koleksi mancis lama iaryylr )

PEPSI LENTICULAR CUP - FIFA WORLD CUP

PURCHASE GULP OR SLURPEE 22oz WITH
Lays 40 gram & 1 LENTICULAR CUP FREE!

Setelah mendapat info terkini di blog chentapepsi sayapun
Sakit gigi hendak dapatkan 2 'Lenticular cup' yang berlainan
gambar ini, bukan saya minat bola sangat sebenarnya tetapi
sudah grafik tema fifa world cup kali ini semuanya model
pemain bola sepak. Hampir kesemuanya kecuali Coca-cola
hanya menggunakan tema piala dunia sahaja. Mula saya
tidak sedar terdapat 2 'Lenticular cup' yang berbeza, itu
setelah diberitahu oleh petugas 7eleven yang baik hati.
Saya labelkan lenticular cup ini sebagai 'plastic cup' saja.

KUM LENG RESTORAN SDN.BHD

KUM LENG RESTAURANT
MALAYSIA KUM LENG RESTORAN SDN.BHD
AIR-CONDITIONED
ALAMAT UNTUK MAKAN MINUM
119,Jalan Pudu,Kuala Lumpur , Malaysia
Mancis : KUM LENG RESTAURANT
Warna : HITAM Saiz : P 55mm x L 35mm
Sumbangan : Ayahanda

Kum Leng Restoran Semakin Maju dan ini
kotak mancis selepas kotak mancis warna kuning.
( Koleksi mancis lama )

KUM LENG RESTAURANT LTD

Kum Leng Chinese Restaurant
Align CenterALAMAT UNTUK MAKAN MINUM
119,Jalan Pudu,Kuala Lumpur , Malaysia
Tel : 82430,83637, 868212
Mancis : KUM LENG RESTAURANT
Warna : kUNING Saiz : P 55mm x L 35mm
Sumbangan : Ayahanda

Mengikut ceritanya Restoran ini memang top di Kuala Lumpur
suatu ketika dahulu, selain terkenal dengan masakkan cinanya
tempat tersebut juga menjadi tarikan pengantin baru untuk
'Wedding Dinner' dan lain-lain. Kini Restoran ini dikenali
sebagai Golden Palace Seafood Restaurant @
Regal Restaurant? di 119 Jalan Pudu Saya tidak pasti adakah
nama tersebut bertukar sebab pindah hak milik lot kedai
tersebut atauatas sebab-sebab lain. Sesiapa ada info...
bolehlah berkongsi maklumat tersebut.
( koleksi mancis lama iaryylr )

BAJA KIMIA UNTUK PERTANIAN - GUTHRIES

KOTAK MANCIS GUTHRIES
Mempromosikan baja kimia jenama 'RED HAND'

"Dapatkan Baja2 Kimia Untok Prindastrian Dari Guthries"
'RED HAND BRAND'
Mancis keselamatan lama, memang lama.., tengok ejaanya..

PASSIONATE LOVE - CINTA BERAHI

BEACH OF PASSIONATE LOVE / PANTAI CINTA BERAHI
Kotak mancis 80'an ? rupanya.......
'Resort Pantai Cinta Berahi'
Alamat Resort
P.O BOX 131 KOTA BHARU KELANTAN
TELEPHONE : 077 - 21307
"Beach Cahaya Bulan / Pantai Cahaya Bulan Formerly known
as the Beach of Passionate Love or Pantai Cinta Berahi"
----------------------
'The famous first beach resort in Kelantan Darul Naim
is located on the shore of South China Sea'
----------------------
Dulu Pantai Cinta Berahi kini Pantai Cahaya Bulan
kalau anda dail nombor telefon diatas memang
tidak akan dapat, jadi sila ke laman sesawang
resort di http://www.pcbresort.com.my

FORD CAPRI - KOTAK MANCIS 1970'AN

FORD CAPRI - KERETA KLASIK 1970'AN
Kotak mancis Kereta Ford ini sudah lebih 15 tahun
disimpan,dan mengikut ramalan hamba, ianya sudah
berusia lebih 30 tahun, begitu uzur tetapi masih
bersegi dan menarik dikotak plastikkan digantung
pada cermin pandang belakang kereta Ford Capri.
-------------------

koleksi Kotak Mancis Iaryylr di http://hobby-collection.blogspot.com

COCA-COLA BATTLE OF BRUTAL

COCA-COLA MEMPERSEMBAHKAN KONSERT
'BATTLE OF BRUTAL'
Align CenterPADA 30 APRIL 2000 BERTEMPAT DI STADIUM NEGARA
Koffin Kanser - Candy - Amuk - Mantera - FTG - XPDC

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.