Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

NESCAFE ALTA RICA

NESCAFE ALTA RICA


COCA-COLA & TUKANG KARUT

PERISTIWA TIN COLA & TUKANG KARUT
sekadar gambar hiasan
Pada hari minggu yang tidak hening tapi kepala ada pening.
Saya menyusun atur barang koleksi yang tidak teratur.
Pada waktu hendak menyusun sedikit koleksi coca-cola yang
berada dalam almari cermin, entah mengapa saya terkejut
walau tiada siapa yang mengejutkan saya sebab saya terkejut
sendiri.. .Mana tidak terkejut, beberapa borang peraduan
coca-cola dan katalog dari bersih jadi kotor bagai ada
tumpahan bewarna cola( bukan pula kencing beruang kola )
telah membasahi atau meresapi borang peraduan yang sudah
lewat tempoh tarikh penghantaran itu kerana saya berura-ura
saja hendak menyertainya tetapi akhirnya borang itu pula
menyertai koleksi saya yang entah apa-apa... .

Saya tidak mampu mengupah penyiasat persendirian atau membuat
repot polis, apatah lagi meminta bantuan pakar ilmu kebatinan
untuk menyelesaikan kerunsingan akan kejadian pelik tersebut
kerana baru beberapa minggu saya sumbatkannya disitu. Oleh
yang demikian saya menjalankan sisatan sendiri tanpa menjolok
pihak media elektronik untuk publisiti agar James Bond 007,
Magnum P.I atau Keluang Man tidak sibuk mengendeng saya untuk
mendapatkan tugasan yang tidak pernah mereka dapat dari saya.
Lihatlah hasil seni semulajadi coca-cola...
Saya dapati sebanyak 10 tin berkeadaan sedemikian,dibawahnya
berair membentuk bulatan. Saya pasti ini adalah disebabkan
kebocoran salah satu tin cola yang berisi.Jika ada yang gatal
-gatal akal mengatakan cairan itu adalah kencing cicak atau
lipas sudah tentu budak 2 tahun pun tidak percaya.Saya mencuci
pada bahagian bawah beberapa tin cola yang berisi tetapi tidak
nampak dimana bocor. 'Flash Back' Sewaktu proses mengangkat
alih tin-tin kola tersebut, saya perasan salah satu tin adalah
lebih ringan dari biasa,jika lebih ringan dari udara maka
sudah tentu terapung.Seperti yang diajar guru tentang minyak &
air. Jadi saya berpendapat bahawa tin cola yang telah kurang
berat tanpa senaman & perubahan iklim itu yang menjadi punca.
Ini kerana perubahan berat yang begitu ketara,anggaran baki
isipadu cecair dalam tin kola tersebut sekitar 60% sahaja.

inilah dia tin yang berjaya mengurangkan berat badan!
punca semua ini terjadi...
Pendapat saya, mungkin kerana ianya air berkabonat maka hasil
kebocorannya begitu kerana secara geli-geli berfikir ibarat
tindak balas dari proses luluhawa kalau secara gila-gila
berfikir pasti ada yang berkata ianya kerana tindak balas
fotosintesis kerana diluar rumah ada terdapat anak pokok ara.

Anak pokok ara yang suka dijadikan tempat tinggal oleh mahluk
halus itu bernama Remy. Remy suka menyerap air & burung tidak
suka hinggap kerana Remy kecik, tiada dahan untuk bertenggek.

Berbalik pada tin-tin cola tadi, setelah berjaya menyelesaikan
siri penyiasatan, tin-tin itu saya susun sementara diatas
almari bersandar dinding. Tiada gempa tiada ribut, entah
mengapa kesemua tin telah terjatuh menyembah lantai yang
bertikar getah, ada yang berguling-guling keriangan ada yang
sakit badan kerana kemik akibat jatuh dari ketinggian 3.5 kaki.

tin cola yang disusun tinggi tumbang, selamat tidak jatuh..
tin cola yang tumbang dan jatuh dari almari...
Lihatlah Keadaan tin kola yang bocor ini, setelah ditangkap dia
nak bunuh diri pula,itu yang jatuh samapai kemek-kemek sudahlah
begitu, berani pula dia ajak kawan-kawannya sekali melakukan
lagak ngeri itu yang semuanya jatuh tadi agaknya..

tin cola yang tadi tiada kemek, tapi sudah jatuh kemeklah ...

Setakat inilah sahaja cerita saya untuk anda yang tidak sesuai
dibaca oleh kanak-kanak yang belum akil baliqh, 75% berdasarkan
kisah benar sebagai hiburan dan info biasa bagi mereka yang
pernah melalui pengalaman sebegini... .

GELAS SUNQUICK LEMON

Gelas Sunquick Lemon
Gelas Sunquick lagi! ya, gelas sunquick ini biasa saya nampak dijual,
tetapi akhir-akhir ini makin kurang pula kelihatan, mungkin sebab
peminat gelas kian bercambah atau dengan sebab lain. Banyak lagi
gelas sunquick yang belum dimiliki. Cuma tinggal beberapa lagi
gelas yang belum dipaparkan.

MANCIS GERGASI

MANCIS GERGASI?
Inilah mancis gergasi....
Mancis keselamatan ini sememangnya mancis gergasi yang tidak
perlu dipertikaikan lagi. Walaupun kecil ianya tetap gergasi sebab
ianya mancis keluaran 'giant' sebuah pasaraya besar ... .
Dengan adanya mancis keluaran Pasaraya ini, maka bertambahlah
koleksi mancis baru saya. Bagaimana pula pasaraya lain?
hobi & koleksi 11 Ogos 2010

GELAS SUNQUICK 2010

GELAS SUNQUICK 2010
Kalau Anda suka minum air oren sunquick, belilah yang
ada percuma gelas, baru syok. Tapi saya lihat jika
pasaraya yang tidak menjual sunquick percuma gelas
lebih murah pula harganya sebotol.Entahlah, mungkin
promosi agaknya..., tapi jauh juga beza harganya.. .

GELAS MARIGOLD 2010

GELAS MARIGOLD 2010
Percuma dengan setiap pembelian 2 kotak minuman yogurt.

Gelas seramik 'Marigold' ini saya dapat percuma pada 11/8/2010
yang lalu.Gelas ini masih banyak di pasaraya berhampiran.

GELAS SEASONS

GELAS SEASONS
Gelas Seasons......

GELAS F&N FRASER AND NEAVE

GELAS F&N
Gelas ini masa dapat kondisinya memang kelabu asap, bila dicuci
teranglah sedikit, tetapi kalau dapat yang yang berkualiti seperti
baru alangkah menariknya.

GELAS F&N FRASER AND NEAVE

GELAS F&N
Gelas ini nikmat diguna buat minum teh tarik...,
Anda bagaimana?

CASTANET LAMA ?

Permainan Lama Atau Baru?
Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang
'Castanet', pertama kali saya bermain 'Castanet' pada tahun 1983,
ada warna merah dan biru, tapi Castanet diatas adalah buatan
Jepun. Menurut orang lama ianya permainan untuk budak-budak
dulu buat bising sahaja. Ianya diperbuat dari logam besi yang
ditempa dengan acuan dan pemetiknya seperti 'balling hoop'
yang dilapisi timah agar tidak berkarat. Terdapat berbagai
bentuk tetapi 3 ini sahaja yang saya dapat. Sebenarnya sayapun
tidak tahu apakah nama sebenar permainan diatas yang bila
dipetik maka ianya akan berbunyi seperti bunyi 'castanet'.
Jika sesiapa ada info, bolehlah kongsi maklumat disini... .

SHELLTOX MOSQUITO COIL'S

Ubat Nyamuk Shelltox Biru
Dulu Shelltox Sekarang Shieldtox

kalau nak tahu bagaimana ular tedung menghalau nyamuk
sila singgah ke cobra-blues

hobi dan koleksi ubat nyamuk 14 Julai 2010

MUG COLGATE UBAT GIGI ARNAB KE-2

Kole Colgate lagi...
Setelah terjumpa kole Colgate pada 8 Julai , maka pada 14 Julai
pula saya beli satu kole Colgate Arnab sebagai pasangannya.
Tetapi rasaya kedua-duanya Arnab jantan pula... .

KOLEKSI MAJALAH PESONA

Hobi membaca juga adalah Hobi yang menarik & bermanfaat.
PESONA FEBRUARI 2008
PESONA
Inilah majalah yang Saya suka baca dan kumpul, tetapi
sudah tidak lengkap kerana dipinjam tidak dipulang.
Sebolehnya saya ingin melengkapkannya semula.
Majalah Pesona ini sudah tidak lagi berada dipasaran
Awal 2009 jika tidak silap saya . Tidak diketahui
mengapa ianya tidak diterbitkan lagi. Saya suka
lukisan kulit muka hadapan yang menarik pada setiap
keluaran. Saya membeli sejak edisi pertama hingga
mungkin yang terakhir. Saja entri keluaran Februari
2008 sebab sekarang banyak kes buang bayi.

GREEN VOLKSWAGEN VAN FRIDGE MAGNET

Pelekat Bermagnet Peti Ais
Saya peminat Volkswagen, cuma sekadar mengumpul barang
berkaitan Volkswagen seperti replika kereta, replika van,
majalah & lain-lain yang berpatutan sahaja... .

MIG 29 FULCRUM

FRESH METAL DIE-CAST COLLECTION
MAISTO FRESH METAL TAILWINDS
- Highly detailed die-cast replicas of aircraft
- Plastic stand included
Model replika Pesawat MIG 29 FULCRUM bersaiz 1:87 ini
adalah keluaran Maisto bagi siri Fresh Metal Tailwinds.

INFO RINGKAS
Mikoyan MiG-29 adalah pesawat jet pejuang generasi ke-4
pesawat direka di Kesatuan Soviet untuk peranan penguasaan
udara. Dikembangkan pada 1970-an oleh biro desain Mikoyan,
memasuki perkhidmatan dengan Tentera Udara Soviet pada
tahun 1983, dan tetap digunakan oleh Tentera Udara Rusia
serta di banyak negara-negara lain. Nama Nato "Fulcrum"
tidak rasmi digunakan oleh pilot Soviet dalam perkhidmatan.
Mig-29, bersama-sama dengan Sukhoi Su-27, dikembangkan
untuk bersaing dengan pesawat pejuang Amerika baru,
seperti F-15 Eagle, dan F-16 Fighting Falcon... .

( Saya juga peminat kapal terbang! )

PINGGAN BESI ENAMEL

PINGGAN BESI PINGGAN KACA ,MAKAN NASI ATAS BECA
Pinggan enamel ini saya panggil pinggan besi sebab diperbuat dari besi.
Ianya dilapisi agar tahan lama dan tidak bekarat. Sekarang pinggan
mangkuk enamel sukar didapati. Jika kole enamel, ada juga masih
mudah didapati di kedai pinggan mangkuk dan pasaraya besar.
hobi & koleksi pinggan mangkuk julai 2010

WRINGLEY'S DOUBLEMINT SPORT BOTTLE

BOTOL SUKAN DOUBLEMINT
Bila ada hobi ada minat kadangkala meletihkan... Gula-gula getah
keluaran Wringley's memang sudah lama berada dipasaran.
Botol sukan ini saya dapat di kedai terpakai pada bulan lepas
dengan nilai RM4. Saya yakin ianya belum digunakan.
Saya tidak pasti ianya berkaitan dengan 'my TV3 Roverz' atau
tidak, asal saya tidak berkejar ke sana-sini kira o.klah... .
Lagipun bulan ini bulan berpuasa, kurang sikit aktiviti hobi.
hobi & koleksi 20 Julai 2010

Tabung Wringley's Doublemint

Tabung ini besar juga, menarik untuk dimiliki sebagai
tambahan koleksi pengumpul tabung atau sesiapa
yang berminat. Bila pula dapat saya dapat memilikinya?
Kalau 'Doublemint Sport Bottle' telah saya miliki dengan
membelinya bulan lepas, tetapi tabung ini yang agak
sukar kerana tempoh waktunya yang agak singkat... .
( sumber gambar dari http://www.facebook.com/MyTV3 )

TABUNG PLANTA

TABUNG PLANTA SEMPENA 80 TAHUN
Tabung sebesar tin planta sebenar..
Gara-gara entri dari blog ...dah masuk kotak, berkejar saya
untuk mendapatkan tabung Planta. Akhirnya pada tarikh
20 Julai 2010, maka tabung Planta tersebut menjadi hak
milik tanpa geran seperti yang dipaparkan. He he he... .
hobi & koleksi tabung 20 julai 2010

GELAS MOBIL EPAL MERAH

SATU LAGI GELAS MOBIL KONTOT
SIRI TEMA BUAH-BUAHAN DENGAN GAMBAR EPAL
hobi & koleksi gelas 21 julai 2010

GELAS MOBIL ANGGUR BIRU

GELAS MOBIL DENGAN TEMA BUAH-BUAHAN
Gelas kontot dari mobil ini terdapat beberapa variasi. Yang ini
gambar buah anggur, dalam simpanan untuk siri ini ada
gambar buah epal dan lemon jika tidak silap saya.
hobi & koleksi gelas 21 Julai 2010

MUG KOPIKO BROWN COFFEE

TAWARAN PEK KOPIKO BROWN COFFEE
Mug Kopiko ini boleh dimiliki dengan pembelian 1 bungkus pek
Kopiko 'Brown Coffee' di mana-mana kedai atau pasaraya yang
menjual pek promosi. Untuk promosi kali ini,terdapat 2 tawaran
sama ada Anda hendak Mug percuma atau Biskut Percuma.
Sila lihat label tawaran di bungkusan pek promosi untuk seperti
dibawah. Saya? sudah tentu pilih mug sebagai tambahan koleksi.
Align CenterSaya membeli pek promosi ini pada bulan lepas, dan mendapati
masih terdapat pek promosi percuma mug pada hari ini.

Mug bersaiz sederhana ini bewarna coklat..., tapi tadi nampak
pula yang warna hitam, mungkin 'black coffee' juga ada ?

Saya lebih suka gula-gula Kopiko.... .

CAWAN KOPITIAM WHITE COFFEE SUPER

CHARCOAL ROASTED IPOH WHITE COFFE
Kopi Putih Panggang Ipoh Segera

Super 2 dalam 1 kopi putih ini adalah keluaran Syarikat
'Super Coffeemix Marketing Sdn. Bhd.' yang beralamat di Masai Johor,
'Super Coffeemix Manufacturing Ltd' Temasik,
untuk maklumat lanjut tentang Kopi 2 dalam 1 ini sila ke
http://www.super.com.sg/super/instant-traditional-coffee


Perihal Entri

Pada 21 Julai 2010, konon hendak dapatkan set cawan percuma,
bila ghairah lupa prosedur sendiri iaitu Prosedur 1 artikal 5
bahagian 4 kurungan 2 iaitu ' periksa di Kaunter Servis'
sebelum membeli edisi percuma untuk maklumat berkaitan.
Ya, disebabkan itu maka tidak perlu saya pergi ipoh untuk
minum kopi putih. Cawan percuma cuma pada pelekat sahaja.
Syarat untuk mendapatkan cawan berlapik ini, saya perlu beli
2 bungkus, tetapi kalau beli 2 pun tidak berguna sebab stok cawan
sudah tiada lagi. Pasaraya ini pun kurang mesra pelanggan sebab
kalau sudah tiada promosi itu, buat tindakkan seperti buang pelekat
atau buat nota. Kalau pelanggan terbeli pun tukarkan saja dengan
cawan, gelas atau barang lain yang tidak dituntut, terlepas tuntut,
baki' free gift' promosi yang banyak tersusun entah untuk apa.

Bukan sekali terjadi sebenarnya, pernah terjadi ada promosi
( produk lain ) tapi barang percuma masih belum ada di kaunter
tuntutan, nasib ditukar dapat barang lain sebagai ganti,
bergantung pada budi bicara penjaga kaunter tuntutan juga.. .

GELAS MARIGOLD

MARIGOLD HL LOW FAT MILK
Bekas minuman yang diperbuat dari bahan plastik ini dibeli pada
bulan lepas. Saya tidak tahu bila ianya dikeluarkan .

Marigold adalah produk keluaran 'Malaysia Milk Sdn Bhd'. Antara
produk keluaran syarikat ini adalah Minuman Susu Kultur Vitagen.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.mmsb.com.my/hlmilk.html
hobi & koleksi gelas 23 julai 2010

MUG SCHOLL

SCHOLL juga ada Mug...
Mug yang ringkas...
Seringkas produk keluarannya.. .

TABUNG SHELL

SHELL COIN BANK
Tabung berbentuk titisan cecair ini memang menarik kerana
'sebutir beras ibarat setitik peluh petani'.
Walau nampak seperti tiada kena mengena pepatah dengan entri ini,
namun jika tiada minyak untuk jentera & pengangkutan bagaimana
kerja & hasil tani hendak diuruskan pula kan?.
Tabung ini saya beli di Klang dan dipercayai berasal dari Temasik.
Berdasarkan pencarian di internet.
hobi & koleksi tabung 23 Julai 2010

CAMPBELL'S COIN BANK

Tabung Campbell's
Satu lagi tabung yang masuk dalam senarai, entah bila ianya
dikeluarkan dan mengapa, yang pasti untuk pemiliknya
menabung, tapi tabung-tabung saya kosong sahaja hi hi hi!.
hobi & koleksi tabung 23 Julai 2010

TEKO JACOB'S 2

TEKO JACOB'S
Kenapa tidak bertutup ?
Ianya tidak berpenutup sebab dijual tidak berpenutuplah... .
Saya membelinya juga kerana risiko mengumpul barang yang
mudah pecah ini sebaiknya ada 2, jika pecah tidak berganti,
Mana tidak, cawan Jacob's saya sudah pecah waktu susun
atur barang koleksi di almari. Mana hendak cari lagi?... .
hobi & koleksi teko 23 Julai 2010

TIN MILO MERDEKA

TIN MILO SEMPENA 50 TAHUN KEMERDEKAAN
Nestle Milo - Negaraku Juaraku
TIN MILO ini Saya beli di kedai barang terpakai yang baru
beroperasi 9 hari di Jalan Meru pada 23/7/2010.
Memang niat nak lengkapkan guli / glass marble... Beli Tin Milo ini
percuma pula dalamnya pelbagai jenis guli. Tauke kata tidak boleh
jual asing, Sayapun tidak kisahlah.. RM 5 sahaja termasuk guli.. .
Tin Milo ini memang berat sebab padat dengan guli.. .
hobi & koleksi 23 Julai 2010

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.