Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

PERASMIAN IBU PEJABAT POLIS

CENDERAMATA PERASMIAN IBU PEJABAT POLIS
DAERAH KELANG ( KLANG ) PADA 7 MARCH 1981
Oleh Cheng Hin Timber Industries Sdn. Bhd. Klang
Rantai kunci yang diguna sebagai pemegang kunci motosikal.
Hampir 30 tahun usia rantai kunci ini. Menarik bukan?

ACUAN KUIH & BISKUT LAMA

Acuan kuih buah Kana dan Biskut Putu Kacang Hijau
Mintak dari nenek raya tahun lepas he he he!

DOCTOR WRITING INK

DAKWAT DOCTOR NO:301 50ml Warna Merah
Tulisan cina bawah logo Doktor itu bermaksud
'Doctor Writing Ink'
Bentuknya agak unik, botol dakwat merah bertutup hitam.
Emboss pada bawah botol 'SHANGHAI HERO CO.LTD 50ml'
Menyimpan dakwat agak mudah diurus sebab saiz bekasnya
yang kecil dan saiznya hampir sama.
Koleksi dakwat entah apa-apalah...

DAKWAT PILOT ROYAL BLUE INK 30CC

Dakwat Pilot Royal Ink
No sediment -Smooth flowing - Keep pen from rust
The Pilot Pen (T) Co.,ltd.
Dakwat yang dijual diMalaysia ini dipercayai adalah
buatan Thailand berdasarkan sebaris ayat dalam
bahasa Thai dan (T).,ltd.
Kod Emboss T6752 dibawah botol
Botol dakwat 30cc ini bersaiz & kecil bertutup biru
Do not mix 'pilot' with other ink as its
Quality changes chemically
Koleksi Dakwat apa-apa saja...

KRIMER MANIS DUTCH LADY

DUTCH LADY SWEETENED CREAMER
Tidak Sesuai Bagi Bayi!
Susu Krimer Dutch Lady dalam tin dengan berat bersih 505g
nampaknya sudah tiada dipasaran beberapa tahun lalu?.
Susu tin Dutch Lady ini mungkin boleh didapati lagi.
Menurut tokey kedai, susu tamat tempoh begini diorang
buat beri minum anjing, entahlah betul ke tidak. Kalau baru
tamat tempoh tu o.k juga. Tapi kalau dah beberapa tahun
mungkin tidak. Mungkin juga dulu dia banyak stok lama.. .

MINYAK RAMBUT 31-8 MERDEKA BRILLIANTINE

MINYAK RAMBUT MERDEKA
Dengan rekabentuk unik!
Minyak rambut lama? yang berpenutup menarik.
Warna minyak macam warna labu. Terdapat lapisan
plastik tertera 'Finest Quality'
Memang rasa syok tenung lama-lama.
Jom cari lagi!

KEJOHANAN OLAHRAGA PAKAT JOHOR

LENCANA PEGAWAI SUKAN
Lencana Besi Lama
Kejohanan Olahraga Pakat Johor Ke 28 Di Batu Pahat Pada
30hb Jun - 1hb Julai 1978

MUG JACOB'S DANONE

MUG JACOBS WEETAMEAL
tHE rIGHT eNERGY fOR yOUR aCTIVE dAY!
Crunchy Wholemeal Cracker
Mug Jacob's keluaran Danone

MANGKUK DUTCH LADY

MANGKUK DUTCH LADY
emboss pada bawah mangkuk....
Memang cantik dan kemas pada pandangan saya,,,,,
Pun ada satu saja dalam simpanan, hu hu hu!

SUIS LAMA

Suis Lama Yang Tak Cukup Lama...
Namun nostalgianya cukup indah.
Cetak cetik bunyi suis ini pun sedap didengar!
Suis lampu dulu-dulu memang tiada pilihan.
Namun yang ini adalah buatan China, yang dirumah dulu
'made in England', pasti lebih menarik. Sayang, pada tahun
lepas dapat plug top lama 'made in England' tetapi hilang
pula ditempat kerja. Buatan China pun buatan Chinalah
asalkan bernostalgia dan ianya tidak diimport lagi.

NESTLE MILO FUZE POUCH BAG

Beg Serbaguna Milo Fuze
'Get more out of your day'
Beg bersaiz kecil ini memang cantik, tetapi sayang
hendak guna, simpan saja buat koleksi... .

BERUS GIGI DARKIE NO:50 DELUXE HARD

DARKIE - BEST QUALITY TOOTH BRUSH
Berus Gigi Lama Jenama Darkie
Dupont Tynex Nylon Bristles U.S.A
Memang menarik dapat barang jenama Darkie ini. Saya dapat
pada penghujung tahun lepas. Memang sukar didapati bagi
saya kerana ianya sudah tidak diproduksi setelah bertukar
jenama menjadi Darlie kira-kira lebih 22 tahun yang lalu?.
Berus gigi Darkie nombor 50 ini adalah jenis ' Deluxe Hard'.
Tentu banyak lagi jenisnya dan perlu dicari lagi. Jika
geng-geng ada bolehlah kongsi diblog. Syok oooooooo.
Cuma ubat gigi Darkie yang belum jumpa..... .
koleksi barang bilik mandi

RANTAI KUNCI BRYLCREEM BO DEREK

RANTAI KUNCI LAMA BRYLCREEM
Get ahead with Brylcreem!
Rantai Kunci Brylcreem No:2
Bo Dreek yang tidak guna minyak rambut Brylcreem.
Setelah melihat rantai kunci Brylcreem milik Blues Riders
dengan aksi Victoria tersenyum nampak gigi pada 8 Jun
2010 yang lalu maka 6 bulan kemudian baru saya berjaya
menjejak saudara rantai kunci berkenaan pada 31 Disember
2010. Untuk rantai kunci Brylcreem saya ini, terpapar aksi
kurang manis Bo Derek ditepi pantai yang indah.

TIN TRAY KALENDAR MINYAK CAP KAPAK

TIN TRAY KALENDAR MINYAK ANGIN CAP KAPAK
Kalendar Dulang ini saya dapat pada bulan 12 tahun 2010.
Banyak yang terlepas kerana menurut nyoya kedai ianya
banyak sudah ditimbang dikedai besi buruk.... hu hu hu!.

TUMBLER CASTROL

TUMBLER HITAM PERAK CASTROL
Minyak Hitam.....

GELAS GREEN SPOT

GREEN SPOT
THE ORANGE EXPERIENCE
Gelas Green Spot

PEN PENYEJUK BADAN PIL HERBA TECK AUN

PIL HERBA TECK AUN YANG TERKENAL
( bila sakit perut baru ingat Teck Aun )
KELUARKAN PEN UNIK!
Pen cenderamata PIL HERBA TECK AUN
Pakcik cina yang bermuka garang tetapi baik hati yang beri.
Beri waktu berteduh kerana hujan lebat sewaktu cari barang.
Orang memberi Kita Merasa, Orang Berbudi Kita Berbahasa

PEMETIK API COCA-COLA

Pemetik Api Coke

GELAS F&N SUSU PEKAT MANIS

GELAS FRASER AND NEAVE SUSU PEKAT MANIS
Hasil merayau bulan 12 2010. Mulanya kelabu, lepas cuci
berkilat pula. Gelas ini gelas baru tapi stok lama.

PERMAINAN KAD KERETA KEBAL

PERMAINAN KAD TOP TRUMPS TANKERS
Permainan kad ini tidak silap dikeluarkan pada awal tahun
80an, ianya kad permainan generasi 8an'an rentetan dari
permainan kad sebelum itu seperti nostalgia kad permainan
Blues Riders iaitu happy family, donkey, old maid & snap.
Jika ada anda ada info, atau ada cerita tentang permainan
kad ini, jom kongsikan bersama disini ya!

KERETA POLIS KENA KUNCI

KERETA POLIS PUN KENA KUNCI !
ya tapi mana kunci kereta polis ini?
Oooo! itu dia kunci kereta polis yang perlu diputar.
Kereta polis terbalik pula..., ada tayar tambahan pula!
Kereta mainan kunci yang diperbuat dari plastik.
Walau tidak semahal kereta besi 'tin toy' namun
cukup berharga bagi sesetengah orang.
Jom buat sekatan jalan raya!

MUG NESCAFE COKLAT HITAM

KOLE NESCAFE COKLAT PEKAT LAGI HITAM
ada lagi!
mana lagi?

MINYAK RAMBUT ZAM ZAM LAVENDAR

ZAM ZAM BRILLIANTINE BRITISH EMPIRE
Minyak Rambut Lama Zam Zam
Masih belum guna...
Botol minyak rambut yang cantik dan montok...
Ada emboss ZAM ZAM pada bawah botol.

Memang berseni botol minyak rambut dulu-dulu...

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.