Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

CARI BARANG KOLEKSI JANUARI 2011

Antara hasil yang sempat dirakam selepas pulang dari jember,
korek, hunting, cari barang dan seangkatannya pada
bulan Januari 2011 untuk dikongsi bersama .
BANTING & PETALING JAYA AMCORP 04/01/2011
Mainan Darlie, pengasah pensil, stiker milo, minyak rambut,
bocong, gelas, pemetik api dan lain-lain.

KLANG 05/01/2011
Mug & Jug Nescafe

TANJUNG SEPAT 06/01/2011
Bocong, pelita, tumbler, pemegang kunci dan lain-lain.

SUNGAI BULOH 07/01/2011
Mug, gelas, pelita baru, jug nescafe dan lain-lain.

BANTING
Lampu suluh, botol gula kaca, bekas pensil dan lain-lain.

KLANG KEDAI TERPAKAI DAN BARU CC
Mug, gelas, gelas coca-cola plastik dan lain-lain.

PUCHONG 29 JAN 2011 BOTOLOGI HI-TEA
Botol, gelas, biskut, tin, mug, bekas rokok, ubat gigi dlln.

Sememangnya bulan Disember 2010 & Jan 2011 adalah bulan
paling banyak barang masuk dalam koleksi . Masih teringat-ingat
beberapa barang yang tidak boleh diangkut, cungkil, minta
sebab bermotosikal dan makan-makan dalam pencarian.
Ada juga kedai yang main harga terlalu tinggi dari kebiasaan.

Teringat papan tanda lama, poster dumex lama, rak cola,
Penggantung beriklan Susu cap bendera dan lain-lain.

Bulan Februari ini nampaknya lebih banyak berehat,
Sememangnya letih.... .

GELAS LAMA FRASER & NEAVE

GELAS LAMA FRASER & NEAVE DENGAN 8 F&N
Gelas F&N ini saya dapat lagi diBotologi Hi Tea yang lalu.
Harganya mungkin RM15 jika tidak silap.

KOLE YEO'S SOYRICH

'DRINK TO A HEALTHY HEART"
'宗谷利点! 大豆的好处! BENEFICI DI SOIA!
СОЯ ПРЕИМУЩЕСТВА! SOJA LEISTUNGEN!
Mug SoyRich dari Yeos! menceritakan tentang kebaikan
soya sebagai maklumat berguna kepada pengguna.
SoyRich is high in Soya Protein.
SoyRich contains Soya Protein that lowers blood
cholesterol level to help
REDUCE THE RISK OF HEART DISEASE

SoyRich High Protein Soya Milk
Logo Yeos pada Mug ini
Kole seramik Yeo's ini saya baru juga dapat sewaktu
cari barang di Amcorp pada 13/2/2011 yang lalu.
Pencarian ini akan diteruskan untuk memiliki Mug
seperti yang dimiliki oleh Bro Blues Rider & Bro Nikths
'SUSU SOYA YEO'S'
hobi dan koleksi mug February 2011

GELAS JOY JUS BUAH-BUAHAN

GELAS JOY FRUIT JUICE
Ahirnya saya dapat juga gelas Joy. Joy adalah jenama
bagi air jus minuman dalam kotak yang terkenal
suatu ketika dahulu. Teringat iklan minuman Joy
yang mana air jus memenuhi bekas bertulisan Joy.
Minum Joy sambil Enjoy!

THE NESCAFE GOLD COLLECTION

'Open Up for a wonderful surprise!'
Seperti yang tertulis diluar kotak hitam dibawah,
Percuma dengan pembelian Nescafe Gold 200g.
Percuma cawan berlapik Nescafe bewarna putih krim
dengan logo Nescafe Gold warna emas yang berkilau.
Cap dagang 'Nescafe'Gold yang tertera dibawah lapik
cawan, juga bewarna emas. Memang Emas Nescafe.
Berkemungkinan ini adalah pemberian percuma
yang dikeluarkan antara pada 2000~2004?.

Kata-kata manis dari Nescafe Gold

Memperkaya pengalaman di mana-mana, dengan Nescafe Gold.

Ini untuk kesempatan yang luar biasa! Anda sekarang
bangga pemilik salah satu eksklusif kami Nescafe Gold
premium - khusus dipilih untuk membuat kopi
saat-saat lebih mudah diingat. Ini milikmu, pujian
dari Nescafe Gold, dengan setiap pembelian Nescafe Gold

Enriching experiences everywhere... with Nescafe Gold.

Here's to wonderful opportunities! You are now the
proud owner of one of our exclusive Nescafe Gold
premiums - specially selected to make your coffee
moments more memorable. It's yours, compliments
of Nescafe Gold, with every purchase of a Nescafe Gold
200g jar at participating outlets. While stocks last.

MUG UPIN IPIN COLGATE 2010~2011

EDISI TERHAD KOLE UPIN IPIN DARI COLGATE
Makan ubat gigi, tidur ubat gigi, Pagi jangan lupa gosok gigi!
Tadi tengok TV nampak iklan Colgate ada keluar kole
edisi terhad lagi. Ada 4 grafik Upin Ipin kesemuanya.
Maka saya teringat Edisi Terhad Mug Upin Ipin yang
dikeluarkan pada bulan 6 ~ Julai 2010. Ada 4 tema
yang menarik. Belum entri lagi rupanya mug mug ini.
Dibawah ini adalah gambar mug-mug Upin Ipin 2010.
Apa yang menarik, terdapat gambar Upin pada satu
bahagian & Ipin pada satu bahagian yang lain.
Semua tema & ilustrasi adalah dari rancangan yang
pernah disiarkan dikaca tv. Itu yang menarik.
Hari ini Kita lihat dari siri 'Detektif Upin dan Ipin'.
Betulkah yang atas Upin & yang bawah Ipin?
Ya kawan-kawan, dapatkanlah 4 jenis kole edisi terhad
Upin & Ipin 2011 dipasaran! amat sesuai digunakan
sewaktu menonton siri kartun animasi Upin & Ipin
sambil makan keropok ikan cecah sos cili.

ROKOK WEST FORMULA LIGHTS

KOTAK ROKOK WEST
'EDISI PERLUMBAAN FORMULA 1'
Rokok West ini berkemungkinan adalah keluaran 2004?
Saya tidak merokok, he he he!

PENGASAH PENSIL SINALCO & KICKAPOO

Pengasah Pensil Jenama Minuman Sinalco & Kickapoo
Satu Kuning Satu Merah
Hasil dari Trade Fair 2010

WAK DOJER HARI MANA MINGGU MANA?

WAK DOJER EPISOD 'Hari Mana Minggu Mana'
Oleh : Hussain Sa'ad
Diterbitkan oleh Penerbitan MediaSeni ,
Desajaya, Kepong Selangor
Terdapat cop pengedar atau kedai ' UNIVERSAL IPOH'
dengan nombor talian 3864 dimuka belakang.
Harga dulu : 50 Sen
KOMIK LAMA WAK DOJER
'Hari mana minggu mana'
Mengisahkan isteri Wak Dojer yang berhutang dengan
si penjual kain, aksi lucu bila isteri Wak Dojer
menggunakan kekeliruan bahasa yang membuatkan
Wak Dojer naik angin dengan si penjual kain.... .
Siapakah lagi 2 anak dara Wak Dojer selain Nabera???
Koleksi Komik & Majalah

HOT WHEELS 1975 CHEVY BEL AIR

1975 CHEVY BEL AIR ~ 2010 HW PERFORMANCE SERIES
Model Baru 2010 /Siri Prestasi HW 2010/#R7528 / Siri 5/10
Kenderaan yang diilhamkan dari Sebuah Jet Pejuang!
Pereka : General Motors - Lahir : 1956
Tempat Kelahiran : Detroit, Michigan, USA - No Siri : 103
Kereta bersirip yang hebat! memang top rekaan sebegini
pada zamannya. Saya memang tertarik!.
Beli pada harga RM3.++ di Amcorp Mall pada 13/2/2011

HOT WHEELS TOYOTA LAND CRUISER FJ40

Model Baru 2010 /Premier HW 2010/#R6454
Replika Kenderaan Buatan Malaysia!
RM3.3333333333333333333333333333333
Diubahsuai dengan tayar simpanan di bahagian belakang,
Bar
berus dan kandang roll, pengendara ini tak beratap
dibuat untuk 'back trails' dan perlumbaan gurun,
Belasah buat masuk hutan pun tiada masaalah...
Amcorp Mall 13/2/2011

HOT WHEELS CUSTOM V-8 VEGA

HOT WHEELS CUSTOM V-8 VEGA 2009 NEW MODELS
Jom Racing impak maksima 3 & V3 Samseng Jalanan 2
dengan kereta replika terbaru saya 'Custom V-8 Vega'
Saya beli dengan RM3.3333333333333333333333333333333!
RM10.00 dapat 3 kereta 'Hot Wheels', RM10 bahagi 3,
sebab itu jadi RM3.3333333333333333333333333333333
Juga hasil dari Amcorp Mall 13/02/2011
hobi dan koleksi Hot Wheels Feb 2011

COCA-COLA EVENT CAR MASUK MALAYSIA!

AKHIRNYA SAYA NAMPAK KENDERAAN PROMOSI COCA-COLA
Pada Ahad lepas di Petaling Jaya. Maka saya ambil gambar
untuk entri blog ini. Memang cantik kenderaan ini, tetapi
untuk seisi bergambar perlu bayar RM8 terlebih dahulu.
Kenalah bayar dulu RM8 baru boleh bawa balik dan ambil
gambar puas-puas, sebab ianya adalah kenderaan replika
NO:37, keluaran Syarikat Permainan TAKARA TOMY.
Biasanya jika permainan dibawah lesen coca-cola, harganya
akan dinaikkan. Yang ini RM8, tidak tahu mahal atau murah.
Kenderaan ini kelihatan seperti lori atau van.
Eh! eh! boleh dibuka tutup rupanya penutup belakang.
Saja ambil gambar kenderaan coca-cola terbalik.
Inilah kotak replika coca-cola event car Takara Tomy.
Hasil dari Amcorp Mall 13/02/2011

MANCIS BAYGON LINGKARAN NYAMUK

Mancis dari jenama lingkaran nyamuk memang menarik!.
Seperti minum Sarsi guna gelas Sarsi!
Juga dapat dari Amcorpmall pada 13 Feb 2011 RM2.00.
Minggu ini nampaknya entri barang baru dapat saja agaknya.
Hendak korek dalam rumah sendiripun nanti seperti tikus
membaiki labu. Ada ke tikus hendak baik labu? kesian juga
tikus jadi mangsa perumpamaan, he he he!.
hobi dan koleksi mancis Feb 2011

MANCIS ROKOK KENT

MANCIS ROKOK KENT
'NEW SMOOTHNESS CAN BE CHOSEN'
Mancis Keselamatan jenis buku atau 'Book Match'
Mancis jenis ini amat jarang dikeluarkan di Malaysia.
Kebiasaanya yang seperti kita lihat adalah jenis kotak.
Banyak pula lipatannya seperti kotak cd lagu pula.
Kalau dah sekali guna tentu tidak cantik dipandang.
Mancis jenama rokok sememangnya saya kumpul.
Tetapi baru cuma ada beberapa sahaja. Yang ini saya
dapat di Amcorpmall, bernilai RM2!. Masih baru
kondisinya & kalau diikutkan jenama rokok kebiasaan
lebih mahal harganya. Walau yang demikian adakalanya
soal harga bergantung pada budi bicara selain kondisi,
sumber, usia dan sebagainya. Adakalanya juga kita
boleh dapat percuma. Apapun bergantung pada bajet.
Bajet saya kecil pada seisi cari barang di Amcorp Mall
ahad lepas, jadi boleh dapat lebih barang yang seadanya.
hobi dan koleksi mancis Feb 2011

ANUGERAH MUG PALING SEKSI !!! DHL

ANUGERAH MUG PALING SEKSI DALAM KOLEKSI 2010!
Keputusan yang sukar mendapat kata sepakat oleh para
juri terpilih akhirnya berjaya diadili dengan demokarsi.
dengan ini diumumkan bahawa Anugerah ini dimenangi Oleh...
MUG DHL WORLDWIDE EXPRESS
'dengan aksi gajah berskirt merah'
DHL WORLDWIDE EXPRESS
kata Sang Gajah...., "Sayalah Gajah Paling Seksi!"
Raja Rimba, juri dari hutan rimba memberi pendapat...
"bagaikan adaptasi dari filem 'jangan pandang belakang"
Tiger Woods seorang pemain hoki itali mengatakan...
"Tidak cukup seksi! korang ini juri ke peguam bela?"
apapun apa pula kata komen? zssssss! Layan!

JERSI ADIDAS COCA-COLA

JERSI ADIDAS COCA-COLA 2002
Dapat pada 29 Januari 2011
Sudah lama berlalu tetapi masih baru
Hasil dari Dato Chua dijualan Botologi Hi-Tea 2011.

T-SHIRT JERSI BERKOLAR ADIDAS COCA-COLA 2002

Baju Coca-Cola Adidas ini saya dapat di jualan Botologi
Hi-Tea Pertama 2011. Sememangnya saya sudah sekian
lama ingin memiliki baju Adidas Coca-Cola, setelah melihat
rakan sekerja selalu memakai baju jersi Adidas Coca-cola.
Menurut rakan, sudah lama beliau dapat secara percuma
suatu ketika dulu sewaktu Coca-cola mengadakan promosi.

Selepas ini nampaknya saya perlu perlahan-lahan kayuh
untuk tambah baju Coca-cola, lagi-lagi gabungan Adidas
Coca-cola. Ada seorang kawan lagi, mula mengumpul baju
Adidas logo lama, Jika nampak kedai bundle pasti tinjau.

2002 Adidas Coca-cola Jersey

hobi dan koleksi coca-cola Jan 2011

100 PLUS PERCUMA!

100 PLUS LEMON LIME
PERCUMA TAPI BUKAN UNTUK DIJUAL?
Sekali pandang nampak serupa, 2 kali pandang nampak
tidak sama, 3 kali pandang? minumlah! apa lagi?.
Bezanya tertera 'Bukan untuk dijual', Pek Percuma & FREE PACK
Juga pada bahagian bar kod 'FREE'
Saya terbeli FREE PACK ini sebelum tahun baru cina
sebenarnya. Best juga ada lain dari yang lain.
hobi dan koleksi tin minuman Jan 2011

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.