Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

GELAS MAS

Gelas Berkaki Yang Kontot
Adanya gelas ini dan asal terjebak dengan jenama
MAS atau 'Malaysian Airline System' adalah dari
entri blog ...dah masuk kotak, he he he!, maka
bertambahlah jenama gelas dalam koleksi!.

Selamat Bercuti

Sempena Cuti Sekolah Yang Singkat ini....
"Selamat Bercuti Kepada Mereka Yang Bercuti!"
yehaaa! kebom kebooooooom!
Teruskan Usaha Positif ! dan jahui Radioaktif !

GELAS SUNQUICK RETRO AGO GO

GELAS SUNQUICK LAMA
Gelas tema bunga dan berenda, warna yang timbul
ini terasa begitu menarik dan lebih grip.

MINAT BOTOL SELEPAS GALI KUBUR

Hari ini terbaca Akbar Kosmo 11 Mei 2011,
Ada berita menarik tentang Bro Megat 'Botol Soda'.
Berita pada ruang INTITI, 1 muka memaparkan
Kisah tentang Bro Megat dan koleksi botolnya.
Hendak saya ambil gambar surat khabar agar dapat
dikongsi bersama, tetapi tiada pula kamera pada
hari ini. Jadi, kepada anda yang terlepas berita,
tidak sempat cari kosmo atau ingin mengetahui
lebih lanjut bolehlah berkunjung ke....
Arkib Kosmo Botologi Of Malaya

Kunjungi Blog Botol soda di....
http://mgtbobber.blogspot.com

Saya memang minat baca tentang berita hobi,
tidak kiralah apa hobi asal menarik. Berhobi
adalah sesuatu yang bermanafaat.

GELAS YEO HIAP SENG BEANVIT

GELAS LAMA YEO'S
'Drink Yeo Hiap Seng Beavit'
Gelas rumah api yang menarik....
Botol lama yang belum ada....
Masih terdapat kedai makan yang menggunakan
gelas lama ini, tentu asyik menggunakannya.

MUG ANLENE DARAH MERAH DARAH PUTIH

KOLE ANLENE MERAH DARAH
Dibibir kole ini tertera
"2 X Sehari untuk 100% keperluan kalsium"
Isi 4 sudu susu tepung Anlene atau sehingga paras
yang ditetapkan untuk kole ini.
Ditapak kole ini tertera logo Anlene dan
"Expert In Bone Nutrition"
Berkenaan Kole atau Mug ini, tidak diketahui
pula mengapa ianya bewarna merah & puteh serta
tarikh dikeluarkan. Kebiasaannya Warna Hijau.

GELAS SUNQUICK

GELAS SUNQUICK TEMA BUNGA
Bunga ini macam biasa nampaklah, tetapi lupa pula
bunga apa... . Bunga apa?, ...... bunga apa?
Bunga apa-apa saja.....

GELAS COCA-COLA CAN KE-2

Gelas Mc'Donald Coca-Cola Can 2011
Gelas Rekabentuk Tin Coca-Cola Warna Ungu
Walau gelas ini keluar pada Khamis minggu Lepas,
tetapi pada hari Ahad banyak tempat sudah
kehabisan Stok?!. Mujur Jumpa di Andalas... .
Letih juga berpusing, namun berbaloi.
Yang diidam adalah Pek koleksi Kolektor,
atau pek koleksi di kaunter Mcdonald tu, namun
ini sudah cukup menghiburkan.... .

GELAS LAMA SUNQUICK

Gelas Sunquick Tema Bunga
Gelas ini baru dapat 2 minggu lepas. Belum cuci
sudah ambik gambar, itu yang tidak bersinar.
Bila tengok bentuk gelas ini teringat gelas dan set
pinggan mangkuk Bunga Ros Emak, tidak silap
dibeli pada pertengahan era 80'an.

GELAS PLASTIK MINUMLAH SPRITE

Minumlah Sprite! Tanda Perniagaan Berdaftar
Gelas Ini dapat di Shah Alam minggu lepas....

PINGGAN BUNGA ORKID FRESH & WHITE

Pinggan Dengan Tema Bunga Orkid
Fresh & White... beruang yang menggosok gigi...
....atau kita yang guna ubat gigi Beruang?

GELAS SUNQUICK LAMA?

Lagi-lagi gelas Sunquick....
Rentetan Sunquick.....

TUMBLER FIESTA RIO

Bekas Minuman Plastik Fiesta Rio Minuman Brazil
Jenama minuman dari Brazil tetapi Buatan Malaysia
Yang bawah ini yang mengujakan...
Percuma tumbler ini dengan pembelian 2 botol air
jenama Fista Rio di 7-eleven......
( Baru dapat semalam 9/5/2011 )
Up-date 11/5/2011
Ada 4 tema rupanya......

GELAS KINOHIMITSU

Gelas Seramik Kinohimitsu
Gelas bentuk buluh dengan tema bunga yang unik
tetapi kurang nilai?.Ya! kurang nilai sebab tiada
sebarang logo atau tanda niaga Kinohimitsu,
Gelas ini saya dapat pada tahun 2010.

MUG ROSYAM NOR & MAWI POWER ROOT

Kole Power Root Alicafe & Alitea Edisi Terhad
Mengabungkan Pelakon & Penyanyi Terkenal...
Sisi kanan : Hero Malaysia Rosyam Nor
& tanda tangan emas
Sisi Kiri : Mawi & tandatangan emas
Bawah Mug : "Power Root Limited Edition"
Kole ini adalah hadiah dari En.Ezmi pada 4 Mei 2011.
Nampaknya kena tunggu beliau balik kampung lagi!
he he he! yehaaaa!

CHEERS 2011 BERTUKAR WAJAH

Sebelum Cheers Oren 325ML Bertukar Rupa....
'Produk Buatan Malaysia'
Cheers adalah minuman berkarbonat yang diperbuat
MDD BEVERAGE SDN BHD yang beralamat di
Lot 144-155, Semambu Industrial Estate, 25350
Kuantan Pahang Darul Makmur

Di edarkan di Singapura oleh
HENG SHENG COMPANY yang beralamat di
Block 1803 #01 -01, Geylang Bahru, Kallang
Distripark, Singapore 339710

Cheers 2011, Cheers Oren dengan wajah baharu...
Selain perubahan sedikit font dan tema, kini
di Singgapura ianya diedarkan pula oleh
FIELD CATERING & SUPPLIES PTE LTD,
28 Senoko South Road Singapore 758090.

Perubahan bukan saja pada tin Cheers 325ML ,
malah perubahan drastik pada tema dan bentuk
botol pet juga telah dilakukan.

"Saya cuba hendak lengkapkan tin cheers lama
tetapi nampaknya banyak yang tidak ada lagi...
namun pasti masih ada jika ada usaha, he he he!"

Senarai jenis tin atau perisa minuman Cheer
Jenis Berkarbonat yang ada dan tiada dipasaran.

Cheers Orange, Cheers Rootbeer, Cheers Lemonade,
Cheers Pineappale, Chear Strawberry,
Cheers Fruit Punch,
Cheers Cream Soda,
Cheers Sarsi
, Cheers Grape, Cheers King Cola

Bukan Berkarbonat

Cheers Soya Bean, Cheers Grass Jelly, Cheers Lychee,
Cheers Winter Melon & Cheers Chrysanthemum Tea

Dulu Cheer Sekarang Cheers!

Jika diperhatikan sumber dari blog 'Koleksi Fitri
Barang Old skool' Cheer Orange 1.25 liter , sebelum
botol pet bontot hitam lenyap dipasaran, ianya
diperbuat oleh EAST COST BOTTLING SDN BHD.
dengan alamat yang sama seperti sekarang di
( MDD BEVERAGE SDN BHD )
Lot 144-155, Semambu Industrial Estate, 25350
Kuantan Pahang Darul Makmur

Tertera dibawah alamat botol pet lama tersebut
"A quality beverage Of Grapette International Inc USA"

Mungkinkah sejak Cheer bertukar Cheers atau
'East Cost Bottling bertukar MDD Beverage' maka
hilanglah 'Grapette International' dari produk Cheers?.

Bersambung....

Gold Eagle 3 iN 1

Cawan Tidak Berlapik Gold Eagle
Andai dapat helang emas... Pakcik Kayo!
'koleksi cawan April 2011'

MUG AiA MISSION 8888

Macam Mission Impossible pula....
Mug bersaiz besar yang memakan ruang... .

GELAS CHEER CHEERS?

Inikah Gelas Cheer Orange?
Dulu Cheer sekarang Cheers?
Jawabnya Saya tidak tahu walau jenama ini sudah
lama bertapak, Namun Sukar untuk mendapat
sesuatu untuk dikumpul dari Cheer... .
Jika hendak melihat Botol pet Cheer lama, bolehlah
berkunjung ke blog 'Koleksi Fitri Barang Old Skool'

MUG SUSU NESTLE EVERY DAY

Kole Susu 'Every Day' dari Nestle
Mug Bunga Tanpa Lembu
Mug berbentuk hexsagon dengan tema bunga
Mug Bunga Bakul yang menarik....
- Koleksi Mug -

NESCAFE BLACK GOLD Keychain

Rantai Kunci Nescafe Black Gold
Emas Hitam Nescafe....
 - Koleksi Nescafe -

RANTAI KUNCI NESCAFE BLEND 37

Rantai kunci Nescafe Blend 37
Nikmati secawan!
 - Nescafe Keychain -

RANTAI KUNCI NESCAFE CAP COLOMBIE

Rantai Kunci Nescafe...
Entah bagaimana rasanya Nescafe ini?
- Koleksi Nescafe -

NESCAFE GOLD BLEND KEYCHAIN

RANTAI KUNCI NESCAFE GOLD BLEND
Jom Minum...
- Koleksi Nescafe - 

CAMPBELLS CUP COASTER

Set Lapik Gelas Minuman Campbell's Dalam Tin
cup coaster Campbell's pertama
cup coaster Campbell's kedua
cup coaster campbell's ketiga
cup coaster Campbell's terakhir
Kembali kepada yang asal...

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.