Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

100PLUS AQTIV RM1.60

100PLUS AQTIV Juga Cuma RM1.60, tapi harga
sah untuk pek promosi saja.
Nampaknya ini saja botol pet 500ml 100 plus 2011
yang saya dapat. Botol 100plus AQTIV ini agak
kebiruan warnanya.
Ingat ya?, pek promosi sahaja. Jangan pula bayar
RM1.80 atau RM2.00 untuk pek promosi ini.
Jangan pula jual RM1.80 atau RM2.00 untuk
pek promosi ini. Ada rugi dan ada lebih untung.

APRON SUSU CAP KELUARGA

Cap Keluarga , Utamakan Keluarga
Keluarga Bahagia Impian Semua.....

Memperkenalkan Apron Cap Keluarga....
Dari susu Cap Keluarga....

BAD INFLUENCE SNOOTY AND HIS FRIENDS

Minat betul saya dengan motosikal berkuasa tinggi.
Walau saya tidak tinggi namun 'superbike' lama
diatas yang menjadi pilihan untuk bergabung
dengan koleksi alat tulis.

Inilah bekas alat tulis, bekas pensil yang diperbuat
dari tin yang kelihatan 'simple' tapi sudah berusia?.
apa-apa sajalah he he he!... .

100 PLUS RM1.60

100 Plus Harga Promosi RM1.60
Tetapi kedai makan belasah Jual RM2....
Tidak ada apa yang membezakan botol pet 500ml
ini melainkan ada tambahan 'PROMOSI RM1.60'
dan ada diantaranya yang berpenutup
'SMS DAN MENANG'.
Bulan 4 yang lalu dapat botol pet ini, dan masih ada
terjual dipasaran. Kalau harga promosi sudah tentu
harga borong turut lebih murah.

GELAS DARLIE LUKISAN BUNGA

Gelas Darlie Tema Bunga
Gelas Darlie Siri Lukisan Bunga N0:1
Bunga Apa?
Gelas ini lain sikit sebab berlekuk-lekuk pada
bahagian bawah ketapak. Tidak diketahui berapa
corak dikeluarkan untuk siri keluaran ini.

GELAS DUTCH LADY

GELAS DUTCH LADY
'Spread The Goodness Of Milk'
Maaf Geng, Gambar tidak memuaskan...

SUSU CAP KELUARGA

SUSU KRIMER CAP KELUARGA
SUSU KRIMER SEJAT CAP KELUARGA
Gambar Susu Tin Cap Keluarga ini saya paparkan
untuk mengetahui sama ada Anda ada maklumat
berkaitan susu ini?. Cari dilaman web cap keluarga
di http://www.capkeluargarice.com tiada pula
produk susu dijumpai. Menurut pekedai produk
ini sudah lama tiada, menurut rakan dulu memang
ada susu cap keluarga, entahlah apa cerita.

Cap keluarga adalah keluaran Keluarga Utama
Sdn Bhd yang beralamat di Perai Pulau Pinang.

GELAS DARLIE MINNIE

Gelas Minnie Tanpa Mickey
Sebab Minnie sudah jumpa Darlie....
Darlie pula kehilangan Darkie....

MUG BUGS BUNNY DARLIE 2011

Mug Bugs Bunny Looney Tunes Dari Darlie
Depan
Belakang
Bawah
Dalam
Mug percuma ini dapat dimiliki dengan pembelian
2 ubat gigi Darlie ' All Shiny White' selagi stok masih
ada dipasaraya yang mengambil bahagian.

Terdapat 4 set atau watak yang ditawarkan, iaitu...
Bugs Bunny - Tassie @ Taz - Sylvester - Tweety

Mug ini cantik dan berkualiti, tema kartun lucu
memang menceriakan.

PENSIL DAN PEMADAM GETAH MILO 2011

Alat Tulis Yang Menarik! Percuma Dengan Setiap
Pembelian 2 kotak Milo 200ml Di Kedai 24 Jam.
Tawaran sehingga 17 Julai ini telah telah diwartakan
di setiap Kedai 7/11?. Jadi sila rujuk pada petugas
Jika anda tidak nampak tanda-tanda promosi.

Pemadam Getah Bola Milo
Pensil Milo berupa seperti penyedut minuman.
"Ini bukan pensil biasa anda, ia direka khas untuk
menjadi lembut supaya anda boleh berseronok!"

Semua ini dalam 1 paket
"Berfikir sebelum buang"
Selepas diminum, jangan pula dibuang kotaknya,
ini kerana 1 kotak menyumbang 1 mata untuk
anda tebus lori milo, dua kotak sudah 2 mata.
Jika dicampur mata sendiri sudah pasti ada 4... .
'koleksi Milo Jun 2011'

GELAS LAMA MINYAK MOBIL ?

Gelas Lama Mobil Dengan Gambar Logo Lama
Kuda Bersayap Tapi Bukan Kuda 'Unicorn'
Gelas lama jenis Raja England ini cuma memaparkan
logo Mobil yang sewaktu dengan gelas ini iaitu logo
mobil kuda bersayap, atau dikenali sebagai 'Pegasus'.
Sudah lama Mobil tidak menggunakan gambar kuda
bersayap ini sebagai logo, mungkin sebab kuda
ini asyik terbang dan susah untuk ditangkap kembali.

Ada lagi gelas Mobil dalam simpanan untuk paparan
akan datang, harap dapat juga barang mobil lain.
'Mobil Oil Vintage Glass'

GELAS F&N FRUIT TREE 2011 !

Gelas F&N Fruit Tree Percuma ! Bukan 1 untuk
Anda, tetapi 2 Gelas Sekaligus Dalam 1 Kotak !.
"Nikmatilah Kebaikan Setiap Hari"

Memang menarik pemberian percuma kali ini.
Kemas dalam kotak, cantik untuk dipamer dan
sesuai juga dijadikan sebagai hadiah.

Gelas F&N ini percuma dengan pembelian 2 botol
besar 'Fruit Tree' dipasaraya terpilih.
Dapat 2 gelas sekali gus boleh juga buat minum
bersama pasangan. Kalau Anda bersepakat untuk
gelas rasmi keluarga, Anda perlulah beli lebih.
Memang Menarik!, baru dapat semalam sebenarnya
dipasaraya hijau kuning. Masih banyak Lagi!.

MINI COOPER BERDERUM DI KFC !

MINI COOPER MALAYSIA
"Feast In The Fast Lane"
Peluang Anda Memiliki 6 Mini Cooper Sekaligus!
3 Model Mini Cooper S Cabrio warna Hitam, Kelabu
dan Merah, 3 Model Mini Cooper warna Kuning,
Putih dan Biru ditawarkan oleh KFC untuk Anda.
Mengingatkan Saya akan filem aksi pada 2003,
'The Italian Job'

"Wow! Kereta Mini Cooper tu!"

Kereta Permainan atau model 'die cast' ini adalah
diperbuat dari bahan besi dan sebahagian plastik.
Ianya bersekala 1:60 dengan aksi 'Pull Back' Go!,
iaitu dimainkan dengan cara ditarik ke belakang
dan lepaskan... maka ianya boleh meluncur laju
kehadapan. Itu yang harganya agak patut.

Cop Dagang 'MINI' adalah dibawah lesen BMW
AG dan produk ini dikeluarkan oleh Welly Die
Casting., Ltd. selaku pemegang lesen pembuat.

Memang cantik dibuat koleksi, permainan anak-anak,
sebagai hadiah atau pembakar semangat.

Kalau beli begitu sahaja, rembat 6 sekali RM48,
jika sambil makan KFC Ole Pockectful, tambah
RM5.50 untuk setiap hidangan, kalau 6 hidangan?

Hari ini baru dapat 4, yang gagal dimiliki adalah
Mini Cooper S cabrio Merah dan Mini Cooper
Kuning. Laris sungguh 2 warna ini. Esok kena cari
lagi jika berpeluang singgah dimana-mana KFC.
Kira edisi terhad, kalau ada gabungan KFC +
Hotwheel tentu lagi panas berapi tapi harga pasti
lebih tinggi dari sekarang dan akan datang... .

Bercerita tentang Kereta Mini ini, memang saya
minat pada replika model kereta Mini ini. Ada
juga kumpul sikit-sikit dari jenama Maisto.

Yang dibawah ini sengaja saya paparkan kulit
permainan cd XBOX & PLAYSTATION2
'The Italian Job' sebab ada gambar kereta
Mini Cooper yang mengganas dengan aksi panas!

yang ini dicedok dari http://snesorama.us

yang ini dicedok dari http://www.highrescovers.com
Sama saja lebih kurang..... 2 X 5

TRANSFORMERS MENYERANG KFC?

Walau Dijadualkan Menyerang Pawagam Pada 29 Jun
Tetapi Transformers Muncul Lebih Awal Di KFC...
Malangnya ianya seperti terlewat diiklankan di TV... .
Seperti iklan Mr.Bean KFC yang lalu, atau saya yang
terlepas pandang?. Hendak buat bagaimana kalau
iklan di laman sesawang KFC agak kurang mesra.

Adik saya pun cuma dapat belikan 2 untuk anaknya,
iaitu Bumble Bee dan Optimus Prime sebab yang
lain sudah habis. Tak tahulah KFC ditempat lain.

Inilah robot-robot idaman budak dan bapak budak,
malah atuk budak pun sangat minat akan robot ini.
Starscream, Bumblebee, Ironhide & Optimus Prime.
Sempena filem Transformers 'Dark Of The Moon'.
Didatangkan percuma dengan pembelian'Chicky
Meal' atau beli begitu saja jika masih ada.
Setiap robot direka dengan kelebihan yang berbeza.
Contoh seperti Bumblebee ada sistem audio dan
Optimus Prime boleh mengeluarkan cahaya lampu.

Nampaknya esok kena singgah KFC untuk
mendapatkan mana yang tinggal.. hu hu hu hu!...

Terkini 20 Jun 2011

Hari ini dapat 3 sahaja, Bumblebee 'Sold Out' disini.
Perlu cari lagi 1 sahaja untuk melengkapkan set.

Terkini 21 Jun 2011

Hari ini dapat Bumblebee, maka lengkaplah 4
kesemuanya. Hajat dihati hendak beli lebih
tetapi masaalahnya itulah Bumblebee terakhir... .

BEG CAMPBELL'S 2011 SUNGGUH RETRO!

Beg Nilon Campbell's dengan Tema Tin Sup Klasik!
Percuma Dengan Pembelian 2 Tin Sup Campbell's!

Mudah dilipat, kuat, besar, merah dan menarik!
Sama ada disandang kiri atau kanan, Anda pasti
dapat menggayakannya dengan asyik dan penuh
berkeyakinan melangkah ke hadapan... .
M'm! M'm! Good! Kalau dulu Hmm Hmm Good

Tema tin lama Campbell's, Memang tertarik!
Sayang saya tidak beli lebih pada minggu lepas,
mungkin ada lagikah pada hujung bulan ini? .
'Koleksi Beg Percuma'

SERANGAN VIRUS CACING KERAWIT !

Virus Sukar Diurus Dan Membuat Sistem Tidak Terurus
Virus Cacing Kerawit bukan berpunca dari selapa Sawit
mahupun Burung Walit, namun ia mampu terpalit...
Emm, bebarapa hari ini malas hendak entri sangat,
sebab utama adalah disebabkan 'Thumbdrive' sudah
kena virus, habis gambar-gambar baru dan lama.
Mujur ada sedikit 'back-up' dan' top up'.
Biasalah jangkitan sebegini, macam demam selsema.

Selain bekerja seperti orang lain, kadang-kadang main
'game' telefon bimbit macam budak-budak,
mengemas barang, fotorama, edit gambar dan
menconteng dimana perlu.

Apapun, kena ada entri baru juga... baru dapat berkongsi.

Semoga Geng-geng semua terus maju!

SAMPEL SHAMPU SUNSILK

New Sunsilk With Nano Complex
Sampel Promosi dengan harga Istimewa atau
dapat percuma jika berpeluang, he he he!.

KOLE KOPI KAPAL API WHITE COFFE 2011

MUG KOPI KAPAL API WHITE COFFEE PERCUMA!
'Lebih Krim Lebih Kaw' , Menyerang Di Pasaraya...
Mug merah yang berkilat lagi menawan ini percuma
dengan pembelian 1 pek kopi putih Kapal Api.
Mug yang sangat menarik dan menggoda dengan
reka bentuk, warna dan grafik tema yang
menggiurkan nikmat keinginan minum kopi panas
bersama mug ini. Grafik tema dwi bahagian pasti
memuaskan penggunanya yang kelihatan lebih
berkeyakinan dan berketerampilan ketika mula
menggayakan mug ini dibibir mulut tika menghirup...
dan kepulan wap panas kopi yang menyusupi lubang
hidung pula bagai membelai bulu hidung yang
serabut, perghh! pasti terasa aroma dan mendamai
minda!. Tidak kiralah apa jenis kopi... .

Apa lagi yang menarik tentang mug ini?
Tangkainya yang menarik dengan kesengetan kira
-kira 45 darjah adalah lebih baik dari 'tangkai
jering' . Tapak mug empat segi ini berukuran 55mm
dan cembung keatas dengan bukaan sehingga 80mm,
i.d mug ini 69mm dengan ketinggian 91mm.

Jangan berlengah lagi jika anda berkeinginan...
atau jiwa anda diselubungi... Kehendak...

NESTEA PLASTIC CUP

Bekas Minuman Plastik Nestea
'Nestea' nampaknya kembali dengan semangat baru!,
bukan sekadar menyerang kembali lidah
penggemarnya yang terdiri dari Tegar Teh, Kaki Lemon
dan Dwi Rasa, malah banyak Pendekar 'teh '0' ais' &
Perajurit 'Teh 'o' Ais Limau' juga tidak terlepas godaan
merasai nikmat kesegaran yang ditawarkan dibawah
pemerintahan 'Deria Rasa'.

Apa yang melalut sangat ini, seperti yang semua
orang tahu, bekas minuman ini adalah diguna
sewaktu promosi merasai 'Nestea' yang diadakan
dibeberapa pasaraya terpilih...., itu saja.
he! he! he!

TRANSFORMERS DARK OF THE MOON

Minum Nutrigen Sambil Mengenali 'Transformers'
'Nutrigen Susu Kultur dengan tambahan Choline'
Kalau hendak tahu, inilah minyak 'transformers'.
sekali gus tonik yang membantu melincirkan
pergerakkan atau sewaktu penukaran bentuk.
Memang robot-robot tu ada minum Nutrigens ini
senyap-senyap sebagai punca tenaga utama.
Sebab itu mulut robot asyik macam terkumat-
kamit dan badannya tidak pandai diam. Saya pun
tidak tahu mengapa susu kultur ini menjadi
minuman harian 'Autobots' dan 'Alliance'. Mungkin
robot-robot ini lumrah di cipta sedemikian.

Saya minum nutrigens ini bukan sebab saya robot,
tetapi sebab hendak dapatkan Kad Kuasa
'Transformer' ini. Setiap pek promosi diatas ada
disertakan 5 kad kuasa. Jadi 100 kad kuasa
bersamaan 20 pek promosi, itupun jika Anda
dapat kad kuasa yang tidak sama. Kalau asyik
dapat yang sama perlulah berusaha lagi untuk
melengkapkan set, tetapi saya sendiri tidak tahu
berapakah jumlah sebenar kad yang dikeluarkan.
Kad kuasa dari bahan plastik ini adalah lutsinar dan
mudah calar rasanya, namun bagi peminat tegar
'Transformers', tanpa mengira had umur, pasti akan
mendapatkan kad kuasa 'Transformers' ini..... .

KUNGFU PANDA 2 & FERNLEAF SOLIVITE

Sekali sekala Saya minum Solivite keluaran Fernleaf
agar dapat saguhati edisi khas. Sekadar memiliki.
Pemberian percuma kali ini adalah sempena filem
animasi 'Kungfu Panda 2' berupa 1 set pelekat dan
1 penanda buku. Terdapat 5 set kesemuanya
yang memaparkan watak-watak utama.

Untuk set 1 ini saya dapat penanda buku watak
monyet atau 'MONKEY'.
Bolehlah minum untuk nikmat, hobi dan koleksi.

MUG DARLIE WARNER BROS JUN 2011

MUG DARLIE MENYERANG LAGI!
Bugs Bunny - Tassie @ Taz - Sylvester - Tweety
( Trat! tat! tat! tat! tat! iaryylr tertembak lagi! )
"Mug yang agak panas sebab kartun Warner Bros
memang amat popular diseluruh dunia"
Beli 2 kotak besar ubat gigi Darlie untuk mendapatkan
1 mug, kalau 4 mug pengumpul kena beli 8 kotak.
8 kotak bersamaan kira-kira RM60, bolehlah berus
gigi selama kira-kira 8 bulan. Saya hendak beli tadi
tetapi mug belum berada di kaunter penebusan pula.
Sambung ronda esok kalau sempat.

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.