Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

MUG DUMEX LAMA

MUG LAMA DUMEX
'Do Not Disturb!'
gaya....
Keterampilan...
He! he! he! dulu memang membesar dengan Dumex!

TREASURES OF THE EARTH #1

The Mineral And Gemstone Collection
Collect - Explore - Discover
Sememangnya minat pada batu & mineral adalah
sudah lama cuma tidak aktif. Namun minat
berputik kembali bila nampak Set ini dipasaran
tidak silap pada bulan 5 yang lalu. Apa lagi?
belilah sebab isu nombor 1 berharga RM5.90.
Kira berpatutan sebab selain dapat batu kristal
Amethyst dalam bekas khas, dapat juga kanta
pembesar untuk telek batu. Ada juga peta asal
usul batu yang bersaiz besar.
Terdapat juga helaian-helaian bermaklumat
untuk dijilid dan dibukukan jika terus membeli
isu seterusnya.
Cabaran dalam membeli isu seterusnya selain
dari kos adalah untuk memilih batu yang cantik.
Ini kerana saiz dan potongan yang tidak sama.

KAD KUASA SOULBLADE PLAYSTATION

Kad Kuasa Soulblade Playstation
Dapat waktu beli majalah permainan video
suatu ketika gila main Consule Playstation.
Dulu kena turun K.L baru boleh beli... .
Waktu itu permainan video playstation
adalah gelombang peralihan permainan
video pc. Walaupun terlebih dahulu ada
permainan video dari jenis katrij namun
playstation sememangnya sehebat
namanya. Pistol , stereng, vcd converter
adalah antara eksesori tambahan yang
dibeli untuk menyeronokkan diri.
Selepas console permainan Playstation
rosak, baru tukar kepada Playstation
generasi kedua iaitu PS One. Selepas
itu baru keluar PS2 dengan teknologi
DVD, tetapi tidak beli sebab
Console PS One masih elok lagi.
Bila PS2 keluar model kompak, generasi
keempat baru saya beli sebab tidak tahan
dengan kelebihan yang ada.

Sekarang tidak lagi! he he he!

KALENDAR BERPUTAR & KALENDAR CD HP

KALENDAR BUKAN SEBARANG KALENDAR
Kalendar unik berputar, biji mata pun berpinar!

Kalendar HP percuma dengan pembelian majalah
Chip pada Disember 2005. Kita putar ikut bulan!
Terdapat juga kalendar cd interaktif percuma
dan kupon diskaun baranganHP didalamnya.
Kita putar Roda Impian!

POSKAD SONY ERICSSON 2004

Poskad Sony Ericsson Sempena Model Terbaru
K500i & "Splinter Cell" 'Pandora Tomorrow'
Dapat mungkin sewaktu pembelian
telefon bimbit pada tahun 2004.
K500i, canggih pada eranya!

AQUARIA KLCC

CD-ROM MULTIMEDIA PELAWAT
'An Ocean Of Discovery'
Dapat Percuma atau sekali dengan tiket waktu
mengunjungi Aquaria KLCC tidak silap saya pada
tahun 2006. Sekarang masih sama atau tidak?.

'Visitor Multimedia CD-ROM'
Kalau kita selak jerung tu ada pelan lantai untuk
tingkat 1 dan 2 sebagai peta lokasi.
Menarik juga dapat tengok penyelam bagi makan
jerung, nasib jerung tidak makan penyelam.

VAN MILO 50'AN~60'AN & 70'AN HABIS STOK!!!?

BERITA NGERI BAGI SAYA & KOLEKTOR !
Tercangkung dibuatnya! Kehabisan Stok!
Penebusan serta-merta & Pos telah habis ditebus
kesemuanya!. Berita Minggu 10 Julai 2011.

Mungkin ada yang sedia maklum dan mungkin
ada yang tidak tahu langsung.... apa pun...

Kumpulkan sekarang!, tetapi bagaimana?
.....cuma boleh ditebus pada bulan 8?

Akan Datang!
Tunggu...

Van oh! Van Milo!
9 hari selepas kaunter penebusan dibuka, iaitu 6 hari
waktu bekerja, Van Milo Edisi Jun telah diwartakan
kehabisan Stok. Berita ngeri ini telah disampaikan
oleh Bro Rosly Jaafar pada saya menerusi panggilan
kecemasan yang saya sangkakan panggilan hangit.
Menurut beliau berita sedih itu diwartakan di koran
berita minggu .Melilau juga mencari koran yang
sudah terlalu lama tidak dibeli. Keluarlah RM2
semata mencari kesahihan dan kebenaran
di hutan kepalsuan.
Ya!, seperti yang dinyatakan pada salinan koran
di atas, Van Milo edisi Jun Kehabisan Stok!.

Malang bukan penghalang, maka terpaksa ambil
cuti 1/2 hari pada khamis 14 Julai 2011 untuk
ke Pusat Penebusan Serta Merta di Taman Mayang
Petaling Jaya. Hampir 2 jam tersesat baru tiba
di destinasi. Mujur ada 1/2 jam lagi sebelum
kaunter ditutup pada jam 5 petang.

Apakan nasib belum rezeki, sememangnya Van
Milo bulan Jun Sudah Kehabisan Stok!.

Mujur yang habis walau terkecewa cuma stok
van bersaiz besar, stok bersaiz mini masih
banyak lagi berlori. Hendak buat bagaimana?
Rembat sahaja van mini bagi melengkapkan set.

Dapat satu tut-tut Milo!.. saiz mini
Dapat 1 Van Milo!.. saiz mini
Saya pasti stok lori bulan Jun yang bersaiz besar
pasti ada lagi untuk penebusan tetapi cuma pada
bulan 8, ini memandangkan pusat penebusan
serta-merta di pasaraya besar belum lagi bermula.
Musykil rasanya bila memikirkan akan kolektor
di negeri-negeri lain bagaimana pula?.

Saya bertanya pada petugas bagaimana boleh
saya dapatkan lori bulan Jun yang bersaiz besar,
jawabnya dipusat penebusan di pasaraya... .

Masih ada peluang lagi nampaknya! he he he!
Jom tebus di pasaraya nanti! yehaaaaa!

KFC TRANSFORMERS - OPTIMUS PRIME

Optimus Prime "Yehaaa! Jom jom! mari sini!"
( dengan riangnya mereka menjemput! )
"Tengok badan aku ada lampu! lip lap lip lap!"
"O.klah! saja nak tunjuk kat Bumblebee sebelah ni
sebab dia cuma ada sistem bunyi sahaja! he he he"
Bumblebee "Pigidah Optimus! itu pun mau eksyen!"

'Robot Transformers KFC'
Pada 21 Jun 2011, maka lengkaplah set robot
Transformers yang terdiri dari
Starscream, Bumblebee, Ironhide & Optimus Prime.
Apa yang menarik, keluaran permainan Robot kali
ini adalah lebih menarik dari yang terdahulu.
Walau tidak boleh bertukar, namun ianya boleh
digerakkan dan ada lebih fungsi untuk dimainkan.
Robot yang diatas itu anak buah yang punya,
Saya punya dalam plastik lagi, he he he!.

GELAS SUNQUICK KIG

Gelas Sunquick KIG 285ml
Sunquick, berapa banyak gelas sunquick yang ada?
Saya pun tidak tahu....

FERRARI 599 GTB FIORANO

'Offical Licensed Product'
Dulu Orang Beli Minyak Helix Percuma Ferrari
FERRARI 599 GTB FIORANO
FERRARI 599 GTB FIORANO
Kini Saya beli di pasar karat sahaja sebab tidak beli
minyak Helix. Belipun nak sumbat dimana... .
Shell Helix FERRARI 599 GTB FIORANO
Memang seronok kumpul replika model Ferrari.
Yang ini adalah keluaran Hot Wheels bersaiz 1:38
dengan aksi "pull back action", tarik kebelakang
dan lepas. Apa yang lebih menarik ianya ada
bunyi deruman enjin apabila dimainkan.
Koleksi Kereta Ferrari
Masih berfungsi baik dan sedia mengganas di litar
imaginasi pemainya...

MUG @ MANGKUK QUAKER OAT

QUAKER INSTANT OATMEAL
"Great New Taste, Same Oatmeal Goodness"
Favourites....
Lama dah tak makan bubur oat nie....
 - Mug Quaker Oats - 

KLIP DAN SUDU KOPI 2 DALAM 1 INDOCAFE?

Klip bungkusan dan Sudu kopi Percuma!
...dengan pembelian Pek Isian Semula Indocafe 200 gram.
Selagi Stok Masih Ada, Di pasaraya terpilih.

Panjang klip sudu ini adalah sepanjang 8 inchi.
Didatangkan dengan dua warna, merah & kuning.
Terdapat emboss 'Indoncafe' pada sudu klip ini
yang perlu menjadi kemestian untuk dimiliki.
Gabungan klip bungkusan dan sudu kopi ini memang
serbaguna dan rekaan kreatif . Semakin bertambah
benda-benda sebegini makin bertambah pula nama
nama baru diluar kebiasaan pendengaran kita.

Baru dapat kelmarin. klip + sudu nak panggil apa ya?

TRANSFORMERS RPMS DECEPTICON

05 of 08 'METAL HEROES SERIES'
Highway Patrol Barricade
'Robot Powered Machines'
Barricade, always prefer to hide among the
native law enforcement of he infiltrates.
It gives him easy access to protected sites &
and information, and often drives his quarry to
trust him up to the point he's ready to strike.
Barricade adalah dari puak 'Decepticon', Kereta
Polis dari model Ford ini sebenarnya boleh
bertukar menjadi robot, namun untuk model
siri ini ianya adalah replika semata. Namun
terdapat emboss 'Barricade' dibawahnya.

Die cast ini dibeli pada harga RM5. Lebih
murah dari jenam lain. Mungkin faktor turun
harga membuatkan saya membelinya.

LESEN TV & RADIO 1991

Lesen Radio TV Lama 14 Mei 1992~13 Mei 1993
Bangunan Mara Pulau Pinang
Peraturan-peraturan penyiaran ( Lesen-lesen bagi
alat terima siaran televisyen dan untuk berniaga
alat terima siaran radio dan televisyen ) 1991

Lesen TV dan Radio ini saya dapat sewaktu
'Garage Sale' di Anggrik Mall 2~3 Julai 2011
dari Koleksi Fitri Barangan Old Skool.

Kalau dapat kumpul 14 Negeri + Ibu negara?

Berita Garage Sale Anggrik Mall
Kedai Ipoh Loken
Lesen TV juga terdapat di jaringan
Blues Riders
Lan Antique Collection
Koleksi Ahmad Tahir

TIKET BAS PEKAN IPOH I.O.C SDN BHD

Tiket Bas sememangnya menarik diperhatikan,
Ada pelbagai warna dan rekaan.
Tiket bas Pekan Ipoh ini saya dapat dari Bro Fitri
di 'Garaj Sale Angrik Mall' pada 2~3 Julai 2011.
Mula-mula saya kumpul tiket pada usia bawah
10 tahun. Tiket Bas Kelang Perhentian Bas Klang
( kini ditutup sudah robohpun! ) memang banyak
pada waktu itu. Rasanya hampir keseluruhan
warna dan nilai tiket berjaya dikumpulkan.
Memang mudah memilikinya bila Makcik yang
kumpul bantu tambah koleksi.
Namun apakan daya, bukan semua boleh dipertahan.
Maka terkubur koleksi tiket bas tanpa sesalan.

Kini tiket bas tidak seindah dulu, banyak yang
hitam putih dan kelabu keluar terus dari pencetak
atau tanpa sebarang tiket bila kad 'Touch n Go'
telah diguna pakai mengambil alih dunia tiket
manual yang telah tersisip dimemori pengguna.
Ramai kolektor tiket di Malaysia ini sebenarnya.
Cuma kenal atau tidak, tahu atau tidak tahu.
Namun untuk lebih mudah mencarinya adalah
dengan teknologi internet selain masih terdapat
dijual dikedai hobi dan koleksi atau kedai antik.

Jika anda hendak melihat pelbagai jenis tiket,
bolehlah berkunjung ke Blog Bro Spallan.
Masuk Percuma, 24jam Sehari, Jom Saksikan!
"TIKET"
"dah masuk kotak..."

MALAYSIA AIDS COUNCIL 2003

Educate a women on HIV/AIDS, Educate the nation.
As of 2003, a total of 17 million women were infected
with HIV/AIDS globally. In Malaysia the numbers
are also increasing alarmingly.
With knowledge and better understanding we can
turn the tide of HIV/AIDS infection in Malaysia.
Poskad dari 'Malaysia Aids Council' ini mungkin
dikeluarkan pada 2003 atau 2004 berdasarkan
kenyataan yang terdapat pada poskad ini.

Sebenarnya kerap juga dulu beli dan dapatkan
poskad sebagai sebahagian koleksi.

JERSI LG 'LIVE BORDERLESS'

Baju Jersi Biru LG 'Live Borderless'
Borderless Seamless Limitless
Beli dikedai Barangan Elektrik....

BUKU NOTA DAN ALAT TULIS MILO NESTLE

Bila keluar buku nota atau 'note pad' Milo ini???
Ada pensil dan pemadam lagi! Fuyoooo!
Inilah dan pensil milo dan pemadam berlobang... .
Tulislah apa saja tentang milo didalam nya...
Ada banyak lagi kat kedai lama ....., beli lima saja... .

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.