Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Selamat Hari Raya Aidilfiri

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Kepada Semua Jaringan Blog ini, follower, pengunjung
dan sesiapa yang mengenali iaryylr.
Diucapkan Sekali lagi , "Selamat Hari Raya" &
Maaf Zahir & batin Kepada semua..... .

Maafkan andai iaryylr ada salah & silap
sepanjang berblog, ziarah, shoutmix,
mahupun diruang komen.

"Selamat Hari Raya Aidilfitri !"

VOLKSWAGEN NEW BEETLE

VOLKSWAGEN BEETLE COLLECTIBLES
KOLEKSI VOLKSWAGEN BEETLE KFC
Tarikh Keluaran : Awal 2009 Saiz 1:60
Model : New Beetle Warna : Kuning
Fungsi extra : 'Pull back on Action'
kelebihan : Edisi terhad KFC

GELAS KONTOT EMBOSS DARLIE

Gelas Kontot Lama Darlie
Tempah Khas dengan Emboss Tampak Retro...

KFC Spot & Win

Stiker Cermin KFC Spot & Win
Pada 24 Jun sehingga 4 Ogos 2011, KFC telah
mengadakan peraduan mudah tanpa borang
'Spot & Win'. Bagi mereka yang ingin
mengambil bahagian, cuma perlu membeli
produk ayam KFC minima RM 20 dan menampal
pelekat cermin 'Drive-Thru CEO' yang
diberikan pada cermin kereta.

Inilah rupa stiker cermin itu...

Jadi? semakin banyak stiker kfc ini pada kereta
peserta maka semakin cerah peluang untuk
mereka terpilih atau di spot penyepot. Namun
jika peserta melalui laluan yang tiada penyepot
maka jangan harap kereta akan di spot...
tiada cerah maka mendunglah jawabnya... .

BUKU NOTA NESCAFE

Buku Nota Nescafe
Tidak silap ada 2 jenis, Saya cuma ada 1 saja.

VOLKSWAGEN DIECAST CARS

Bagi Mereka yang Minat Volkswagen!
Model Kereta Volkswagen Dari MAISTO
"Kini kembali menggegar sanubari"
Wah! dengan warna oren krom dan bercermin
gelap!, sah kena saman di jalan-raya Malaysia!.
Bumper dan sport rim pun juga krom
Cuma kurang menarik pada bahagian lampu
depan dan belakang kerana tiada warna asal.

Model Volkswagen 1300 ini adalah Keluaran
Maisto siri 'Fresh Metal' 2010 & 2011.
Siri saiz 3 inchi
Baru dapat minggu lepas di JJ, hendak cari
keperluan Raya tersambar pula kereta ini.

- koleksi model kereta iaryylr 2011 -
kamera : nikon d40x

SAMPEL KRIM CECAIR CIF

Sampel Krim CiF
Hilangkan Kotoran! Serikan Permukaan!

KOLEKSI RESEPI PERCUMA !?

Koleksi Resepi Makanan dan Minuman ini adalah
PERCUMA! dengan pembelian 2 tin susu IDEAL!
Wah! seleranya untuk dijamu! perghhhhh!
Aneka resepi mudah lagi sedap dan berkhasiat.
Kadang kala kita tidak perlu mengeluarkan wang
untuk mendapatkan resepi istimewa lagi mudah.
Pejam celik & celik celik pejam, rupanya telah
banyak resepi makanan dan minuman dalam
bentuk buku, pamplet atau keratan yang
telah disimpan. Secara Percuma!.

FRIDGE MAGNET SENTUHAN SELEBRITI

Pelekat Peti Ais Bermagnet 'Selera Chef' Susu Ideal.
Percuma di dalam buku Resepi 'Sentuhan Selebriti'
yang juga didapatkan secara percuma!.

SAMPUL DUIT RAYA NESTLE 2011

Sampul Raya Percuma Dari Nestle
dengan pembelian Aiskrim.
Terus cari aiskrim untuk memilikinya
setelah mendapat info dari Bro Spallan.
Best juga sebab dapat 2 paket

SHAMPOO SUNSILK DAN UJIAN SIKAT

Sampel Shampoo & Perapi Berserta Sikat Penguji
'Sunsilk C - Creations'
Sampel percuma ini mengandungi paket shampoo
7ml dan sepaket perapi juga dengan kandungan
sebanyak 7ml. Keduanya tertera
"Not For Sale"
Jadi? selepas shampoo dan perapi ini digunakan,
bolehlah pula melakukan ujian sikat dengan
menggunakan sikat khas yang disertakan
untuk membuktikan keberkesanan .
"Selepas menggunakan perapi, rambut bebas kusut
dan sikat meluncur lembut dari akar kehujungnya"

Sampel Cecair Serbaguna ZIP

ZIP - Cecair Pembersih Serbaguna
Dulu selalu ada iklan ZIP sebagai pembersih
barangan dapur kalau tidak silap, tetapi itu
dulu. Kini ZIP jauh berubah.... .
Sampel yang wangi ini tidak silap dapat pada
2010 sewaktu membeli-belah dipasaraya.
( berapa banyak mau silap da? )

TUMBLER MARIGOLD PEEL FRESH

Tumbler Kecil Marigold Peel Fresh
Sesuai untuk kanak-kanak kerana saiznya.

JAM TANGAN F&N FUN CLUB

Jam Tangan Fraser & Neave Fun Club
Jam detik berkuasa bateri yang berwarna-warni!
Stok lama tapi baru, dapat tahun lepas dikedai
perabut terpakai di Selangor.
- koleksi Jam iaryylr -

F&N INSTANT FULL CREAM MILK POWDER 2

Mug Plastik F&N Dengan Logo ACE Biru
Lain kali kalau nampak, kenalah belek.
Sebab tidak sama tapi serupa....

F&N INSTANT FULL CREAM MILK POWDER

Mug F&N INSTANT dengan logo ACE
'FULL CREAM MILK POWDER'
Dulu satu dapat di PJ dan satu dapat dari
Bro Fitri, Bila ada dua baru perasan ada
perbezaan pada kedua mug plastik tersebut.
Yang ini ada logo ACE merah.
Adakah ada yang lain?

PEMETIK API DUNHILL

PEMETIK API DUNHILL ASLI
Keting! keting! bunyi pemetik api...
Main api membakar diri...
Lama tak keluar entri pemetik api...

MUG SNOOPY DARLIE

Mug Snoopy Darlie
'Feel cool , Feel clean , Feel Darlie'
'Merah & biru yang tidak berunsur Politik'
Snoopy rasanya pergerakkannya macam itik...
apa pula yang Snoopy petik?
Dah dapat, ambil saja....

4 Keping Sampul Duit Raya F&N 2011

4 Sampul Duit Raya F&N 2011!
Bahagian belakang dengan logo F&N warna emas!
Bahagian depan dengan ucapan dan sebahagian
gambar juga berwarna emas!, tetapi cuma warna
dan bukan emas 916 yang bernilai 180 se gram!
4 keping sampul ini boleh didapatkan percuma
dengan sebarang pembelian 2 botol kecil air
berkarbonat keluaran F&N
seperti 100plus di Stesen minyak Petronas.
Tidak dapat duit sedekah pada Hari Raya pun
tidak mengapa asal dapat sampul duit raya!
He! he! he!, tapi kalau nak bagi ambil saja....

Sampul Duit Raya ADABI 2011

Sampul Duit Raya Adabi 2011
'Bersih Dan Asli'
Sememangnya sama tidak serupa....
Giant & Adabi

Sampul Duit Raya Unilever 2011

Sampul Duit Raya Unilever 2011
Wah! Sampul duit raya! bukan duit raya!
Jom dapatkan dimana mana!
Yang ini saya dapat di pasaraya hijau kuning,
memang sama tidak serupa sebab bergantung
pada pengiklanannya. Maksudnya seperti
diatas, ada unilever dan lain-lain jenama
yang mengambil bahagian.

IBIS HOTEL INDONESIA

Mancis Ibis Hotel Indonesia
Jenis : Mancis Keselamatan
Tema : Hotel
Harga : Free
Sumbangan : En.Hairol Karim

GELAS YEO HiAP SENG RUMAH API

Gelas Yeo Hiap Seng atau Yeo's!
Bahagian ini menunjukkan penutup atau
tudung botol di dalam mulut pembuka botol.
Tertera 'SOYA BEAN DRINK' dan
'THE GOOD DRINK' pada bahagian yang sama.

Bahagian ini pula menunjukkan rumah api,
Bahagian saya pula menyatakan bahawa....
Air kacang soya sedap diminum sejuk!.
Lagi sejuk lagi Kaw!

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.