Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA UTM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA UTM
Johan Bola Tampar Pegawai Palapes 1994
Jom bersukan untuk badan...
...nanti badan boleh jadi sihat dan kuat!

Sempena 100 tahun Nestle di sisimu...

Entri Sempena 100 tahun Nestle di sisimu...
'Bekas Alat Tulis Milo'
Baru dapat di Stesen Minyak Cengkerang pada
minggu lepas pada hari dan waktu yang sama
dengan pemadam bola takraw & pensil .
Milo oh! Milo....
- koleksi milo 2011 -

PERSATUAN POLIS PENCEN NEGERI JOHOR

PERSATUAN POLIS PENCEN NEGERI JOHOR
P.P.P.N.J
Koleksi Lencana

100 tahun Nestle di sisimu

Sempena 100 tahun Nestle di sisimu...
iaryylr akan entrikan barangan nestle secara
berselang-seli atau berterusan.

- Alat tulis Milo -
Pensil dan pemadam milo ini pernah menjadi
rebutan di beberapa stesen minyak pada
beberapa bulan lalu. Masih ada di antara kita
yang masih belum memilikinya atau belum
melengkapkannya. Rasanya iaryylr belum ada
pemadam gambar bola takraw lagi, sebab itu
iaryylr beli air Milo kotak lagi untuk
melengkapkan set barangan Milo.
- koleksi milo -

AXION MIGI INDONESIA

AXION MiGi INDONESIA
Lepas mangkuk Ovaltine kita tengok mangkuk ini pula...
Beli di Kedai Buku Ali pada minggu lepas. Waktu
gian sangat sebab rasa dah lama tidak cari barang.
Mangkuk pun mangkuk asal barangan cenderamata.
Barang import pula tu, nak beli lebih kalau ada lagi.
Kalau boleh semuanya hendak berjenama tetapi
yang murah seperti barangan cenderamata atau
barang percuma yang menarik.. emboss lagi best!.
- koleksi pinggan mangkuk 2011 -

Sekolah Menengah Jalan San Peng

Lencana Pusat Sumber S.M Jalan San Peng
Lencana besi tapi bukan besi kursani

Fraser & Neave Anti Slip Pad

Fraser & Neave Anti Slip Matt
Hasil kebocoran maklumat terkini dari Bro Spallan,
maka pagi-pagi tadi sebelum berserapan....
Singgah dulu stesen minyak cengkerang untuk
mendapatkan hasil kebocoran maklumat tersebut.
Syok ooo! tapi mana nak dapat lagi buku nota dan pen
pelik F&N? sebab habis pusing disini kehabisan stok.. .

KOLEKSI VOLKSWAGEN BEETLE

'Koleksi Volkswagen Beetle'
Warna Hijau Gelora
Koleksi Volkswagen Beetle
Kelebihan kereta ini adalah pada kekemasan,
Sport Rim Tarantula, barang Jepun buatan
China, pengedarannya yang meluas, dan
pengeluarannya yang mungkin agak terhad.
Ada macam-macam tuliasan pula tu!, harga
pun rasanya harga patut, dan lebih murah
kerana cuma perlu bayar duti import sahaja.
Volkswagen Beetle
Model Kenderaan : Volkswagen Beetle
Material / Body : Diecast Metal
Chassis : - Wheel : -
Saiz : 1/60
Siri : Mini Car Auto Series
Dibuat Oleh : Welly Die Casting FTY. LTD
Dibuat Untuk : Daiso Japan
Harga : RM5

Gambar menggunakan kamera

SAMSUNG PL150 / VLUU PL150 / SAMSUNG TL210 / SAMSUNG PL151

LENCANA DUMEX MENUJU ISO 9002

Lencana Dumex Menuju ISO 9002
Dulu memang minum susu Dumex..... .
Teringat waktu berlagak main drum guna tin dumex,
lepas tu muncul pula ular sawa yang besar!!!
Koleksi Dumex, masih dicari!

Kenderaan Serbaguna Polis Khas

Kenderaan Mewah Polis Khas
'Special Service Unit'
Mini Car URGENT CAR Series
Kenderaan yang agak mewah ini adalah keluaran
Syarikat Permainan Welly untuk Pasaraya Daiso.
Polis pun guna Mercedes Benz hasil duit Rakyat.
Agak menarik model replika ini sebab ada 4 set sahaja.
Jadi tidak payah pening. Kalau Hendak set tambahan
bolehlah beli set Bomba sekali. Hendak kumpul pun
perlu bajet juga, tidak boleh main beli sahaja. Jadi
bila ada keluaran berkualiti dengan harga yang boleh
di kira berbaloi maka adalah sesuatu untuk dibawa
pulang sebagai apa saja yang difikirkan oleh yang
empunya barang tersebut.
Model Kenderaan : Mercedez-Benz
Material / Body : Diecast Metal
Chassis : HDPE Wheel : HIPS
Dibuat Oleh : Welly Die Casting FTY. LTD
Dibuat Untuk : Daiso Japan
Harga : RM5

Mencari Cenderamata Lama Ovaltine

Mangkuk Kaca Ovaltine Lama?
Adakah ianya bekas rokok?
Adakah ianya bertutup?
Sudah lama iaryylr tidak minum ovaltine...

100 Tahun Nestle Bersamamu !

Cantik Jersi Milo ini, Baju Milo yang Menarik...
Keriangan Milo dari Nestle...
Sempena 100 Tahun Nestle Bersamamu...
Maka tibalah waktu menyelongkar barangan Milo...
Kita kongsi-kongsikan keriangan dan pencarian!

Keputusan Juara Bola Sepak Sukan Sea Ke-26

Keputusan Juara Bola Sepak Sukan Sea Ke-26
Harimau Dan Garuda Bertembung!
Jaringan Penentuan.....
Semangat Kesukanan Yang Luarbiasa....
Pertembungan Sihat Yang Pasti Berulang...
Terus Berusaha!
Malaysia Emas - Indonesia Perak - Mymar Gangsa
He he he! entri keluar tajuk pula menjelang pagi...

MILO DI SUKAN SEA INDONESIA

Milo Di Temasya Sukan Sea Di Indonesia
Keputusan masih 1-1 disaat ini....
Sementara itu kita cari dimana Milo ?
Ya! dimana Milo? nampak tak?
Kita tunggu debaran hangat yang menggemparkan!
Kita minum Milo dulu!

TABUNG TIN APPETON

Tabung Besi Appeton
'Vitamin C untuk Kanak-kanak'
"Chewable Pastilles For Children"
Appeton A-Z Kid's Vitamin C
Tabung ini tidaklah lama sangat, mungkin
beberapa tahun lepas dikeluarkan... .
Jom, menabung!
- Koleksi Tabung Iaryylr / Koleksi Appeton -

DAISO MAISTO MALAYSIA DIE CAST MINI CAR

Mini Car En Fonte, Keluaran Maisto Untuk Daiso
World super car! it's cool!
Ya!, tak perlu ke Daiso Jepun untuk mendapatkan replika
kereta mini keluaran Maisto untuk Daiso, kedai
serbaneka Jepun yang bertapak di Malaysia... .
Dapatkan sahaja di kedai Daiso terpilih.
Yang ini baru beli minggu lepas di Daiso 'Harbour Place'
Klang Selangor. Menarik dapat kereta mini ini.
Bersedia untuk berlumba!

-Koleksi Kereta Mini Cooper iaryylr November 2011
-

Coca-Cola Heritage Fair


Coca-Cola Heritage Fair:
A Passion For The Real Thing
Since its invention by pharmacist John S. Pemberton in 1886, Coca-Cola has refreshed the world for 125 years with not just its tasty beverage but also its creative commercials and has entrenched itself in the hearts and minds of millions to become an iconic brand worldwide.
To bring the passion for the brand closer to Malaysians and to welcome a new era of refreshing the new generation, the public is invited to the Coca-Cola Heritage Fair. Held on Saturday, November 19th at Empire Shopping Gallery (Main Atrium, Upper Ground Floor), the 1-day showcase promises to be a treat for Coca-Cola fans and a feast of senses for all.
One of the fair’s highlights will be a mobile heritage exhibition consisting of interactive exhibits featuring original Coca-Cola memorabilia from the Coca-Cola Archives in its headquarters in Atlanta, USA. Items on display will include a chronology of its iconic bottles from the past 125 years; pop culture items from the art, music and fashion worlds; and special edition memorabilia of its global properties through the brand’s partnerships with major global events, Olympics and FIFA.
Passionate Coca-Cola collectors from around the country will also be displaying their personal collection preciously accumulated over time. Having caught the attention of the company, the Coca-Cola collectors have been invited to be part of this historic day and to share their passion amongst like-minded people. Other collectors are invited to visit their booths to trade on this day.
The heritage fair is one of the many activities under the brand’s latest marketing campaign “Buka Semangat, Buka Coca-Cola”, that invites Malaysians to release their positive energy and passion to reach greater heights.
Promising lots of fun and vibrancy, the Coca-Cola Heritage Fair also seeks to bring positive changes to the lives of those in need by working in partnership with the Children’s Wish Society of Malaysia, a national charity dedicated to bringing a smile to children suffering from terminal and life threatening illnesses by granting them a wish.
The fair will see some fundraising activities such as a public charity auction where limited edition Coca-Cola memorabilia will be put up. Auction items include a bicycle, foosball table and collectors’ box sets for the 2006 FIFA World Cup Germany and Beijing 2008 Olympic Games Contour Glasses.
“This year is indeed an exciting one for Coca-Cola as we celebrate our 125 year of bringing happiness to our consumers and through this heritage fair, we wish to thank all our consumers here in Malaysia for making Coca-Cola their brand of choice by indulging their senses with fun and happiness, characteristics that we have always embodied. We look forward to seeing a huge crowd at this event,” said Antonio del Rosario, General Manager of Malaysia-Singapore-Brunei Region, The Coca-Cola Company.

Events - Empire Shopping Gallery

Events - Empire Shopping Gallery

BEG CADBURY KRAFT FOODS

Beg Berwarna-warni Souvenir Murni berguni-guni
Ada yang perlu membeli, perlu bersyarat...
ada yang dapat begitu sahaja dan ada yang
bermasam muka melihat ketidak-adilan
dalam mana-mana pemberian sebegini.
Namun yang ini iaryylr terjumpa pula...
Jadi, dari yang berguni-guni ditempah sebagai
pemberian percuma, jadi yang satu ini memang
benar-benar percuma!
- koleksi beg 2011 -

ALAT TULIS MILO GO FUTHER

Senyuman Yang Dibawa Pulang Adalah Sorakkan Keriangan,
Jangan Beri Anak Anda Penangan Sebagai Kenangan...
Berilah Kebahagiaan Agar Doa Berpanjangan...
Ya! pasti seronok anak-anak anda jika diberi set
alat tulis untuk persekolahan seisi 2012 nanti.
Tetapi bagaimana andai mereka ini tidak dapat
menerima atau bermuram dengan pemberian
seperti ini? apa yang harus dilakukan?
Katakanlah sahaja "Minum Milo Jadi Sihat & Kuat!"
Kisahkan betapa beruntungnya dapat alat tulis ini,
Begitu tinggi nilainya jika ditemui 1000 tahun
akan datang, atau cukuplah 100 tahun lagi... .
Bukan sahaja itu ini, boleh juga ditokok tambah
dengan betapa bertuahnya mendapat alat tulis
yang HALAL, siap ada tanda HALAL lagi !
Selamat Bercuti Dimusim Cuti Persekolahan!
Jika di perjalanan, berhati-hatilah selalu!

KOLEKSI COCA-COLA TOPI COCA-COLA

Koleksi Coca-Cola Topi Coca-Cola 2011
Persaingan Sihat 3 Syarikat Gergasi Soda membuatkan
ramai tidak keruan, mengejar souvenir idaman....
Topi Coca-Cola 2011 ini masih panas dan hangat!,
dapat minggu lepas di Pasaraya Hijau Kuning.
Kelam tak kabut ke sana selepas mendapat info
hobi dan koleksi coca-cola dari Bro Spallan.
Rasanya berbaloi juga dapat topi ini dengan setiap
pembelian barangan coca-cola bernilai RM25.
Penjaga kaunter memberitahu, jika saya datang
pada hari Isnin, cuma perlu beli 3 botol coke 1.5
liter bagi mendapatkan topi percuma tersebut.
Agak kemas dan berkualiti topi coke ini. Dapatkan
sepasang baru lebih menarik. Topi ini 'free size' ,
dan ada lubang pengudaraan lagi... .
Berminat? Dapatkan selagi sempat!
- Koleksi Coca- Cola 2011 / November 2011 -

PAD NOTA TWISTIES DAN GOSIP HANGAT!

Pad Nota Dari Makanan Ringan Twisties
Sempena Bola Sepak Piala Dunia 2010.
Twisties adalah makanan ringan kegemaran ramai.
Ianya salah satu Jenama popular keluaran Kraft.
Waktu dulu memang sedap makan Twisties
sebagai senaman mulut dan muka.
Sejak beberapa tahun ini, Twisties sering
memperkenalkan pelbagai perisa dan pembaharuan
didalam dunia makanan ringan seperti
dwi perisa, dwi warna sehinggalah pada teknik
pembungkusan dan tema grafik yang segar.
Apa yang lebih menarik adalah kegilaan yang
menguntungkan, seperti iklan terbaru yang
menduniakan jenama Twisties. Ada juga yang
agak nakal dengan Twisties ini seperti tindakkan
berani dengan mengeluarkan makanan ringan
khas yang meninggalkan kesan warna pada
lidah pemakan Twisties edisi khas.
Twisties semakin menceriakan penggemarnya
dengan sering mengadakan peraduan menarik
dalam beberapa bulan dalam setahun.

Syoknya Twisties! Syabas Twisties!

PEN PEPSI BOLA SEPAK

PEN PEPSI BOLA SEPAK
Setahun beberapa bulan sudah berlalu...
Pen biru pen Hitam, You marah i Pitam?
yehaaaaaaa!
Pen Pepsi Bola Sepak tak beri kena sepak
ini adalah promosi Pepsi di beberapa stesen minyak.
Agak gila bermotoran, berpeleseran dengan lagak
ngeri yang menakutkan, bagai menghinggap
satu persatu bumbung stesen minyak untuk
mendapatkannya. He he he! ini semua gara-gara
info terkini hiburan sensasi pepsi oleh Bob Pepsi
di blog Pepsi World Malaysia Chenta Pepsi .

koleksi pepsi, koleksi pen jun 2010

CHIPSMORE MALAYSIA

Chipsmore Malaysia
Pemegang kunci Atau Gantungan Chipsmore
Dapat pada tahun lepas, promosi di stesen Minyak.
Kisahnya cari barang pepsi, bila dah habis stok
pepsi, apa lagi? bermuram durjalah iaryylr...
maka si penjaga kaunter menghulurkan
anak chipsmore sebagai gula-gula...

Chipsmore salah satu jenama 'Kraft Foods'.
Jenama lain dibawah 'Kraft Foods' adalah
Jacob's, Tiger, Oreo, Twisties, Cheezels,
Twisties Lurve, Chipster, Chacho's,
Toblerone, Singles, Craft & Craft Philadelphia.

Kadang-kadang pening juga hendak buat
link-link untuk semua ini.. ha ha ha!

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.