Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Hot Wheels 2011 HW PREMIERE '63 Studebaker Champ

Mengapa Bercermin Jernih Sedang
Gambar Bercermin Hitam?
Memperkenalkan Trak Lama...
'63 STUDEBAKER CHAMP
Model No:29 dari 50 Model bagi
siri '2011 HW PREMIERE'
Hot Wheels Keluaran Tahun 2011
No: 29 Dari 244 Model
Wah! kuningnya trak lama ini!
Menarik sekali trak ini dengan
kombinasi tayar 'Good Year Eagle'.
Cuma dalam gambar bercermin
hitam, yang ini bercermin jernih.
Mengapa ya jadi begini?...
Hasil pemeriksaan iaryylr mendapati
Hotwheels Malaysia tidak mendapat
kelulusan JPJ kerana ianya
menyalahi peraturan undang-undang
jalan raya dan jalan denai.

Hot Wheels 2011 Night Burnerz 11 - Porsche 911 GT2

PORSCHE 911 GT2 CKD
Model No:9 dari 10 Model bagi
siri 'NightburnerZ'
Hot Wheels Keluaran Tahun 2011
No: 119 Dari 244 Model

Apa Pendapat Anda?
Bagi pendapat saya, model berwarna
putih metalik ini menarik pada
bahagian spoiler belakang yang
diperbuat dari bahan plastik yang
menarik . Pada bahagian lampu
hadapan ianya pula dikemaskan
dengan plastik lutsinar warna biru.
Pada bahagian tapak kereta pula
ianya berwarna hitam.
Apa yang kurang menarik adalah
pada lampu brek belakang. Ianya
kelihatan kurang menyerlah.
Apapun kita enjoy dengan sport rim
kereta ini yang kelihatan mantap.
Memang menarik!

Hot Wheels 2012 HW Thrill Racers - Space 12 JET THREAT 4.0

Jet Threat 4.0
Model No:3 dari 5 Model bagi
siri 'Thrill Racers - Space 12''
Hot Wheels Keluaran Tahun 2012
No: 193 Dari 247 Model
Ya! apa yang menarik tentang model
ini adalah ianya mengingatkan saya
pada drama bersiri di awal era 80an.
Siri Sains Fiksyen 'Buck Rogers',
ops! bukan 'Buck Rogers' tetapi
'Battlestar Galactica'. Bahagian sayap
motosikal 'Battlestar' akan terbuka
bila mode penerbangan diaktifkan!.
Lebih kurang seperti sayap Jet Threat ini.
Siapa yang masih ingat lagi siri
'Battlestar Galactica'?

Hot Wheels 2011 HW PREMIERE Astro Funk

HW PREMIERE - Astro Funk
Model No:27 dari 50 Model bagi
siri 'HW PREMIERE'
Hot Wheels Keluaran Tahun 2011
No: 27 Dari 244 Model
Apa yang menarik Hot Wheels ini
adalah pemberian percuma .
Mujur yang percuma semua tidak
serupa, kalau tidak pun, tidak apa.
Terima Kasih Hot Wheels!.

Hot Wheels 2011 HW City Work Rapid Response

HW CITY WORKS - Rapid Response
Model No:7 dari 10 Model bagi
siri 'HW City Works'
Model Tahun 2011
No: 177 Dari 244 Model

Poster Car 2 dari Mattel

Kumpulkan Kesemuanya!
itu seru Mattel, tetapi bagi iaryylr
cukuplah ada poster.

Koleksi Sampul Surat Bukan Hari Pertama

Ya! Koleksi Sampul Surat Bukan Hari Pertama!
Yang ini macam sampul surat bank...
banyak hutang ya?
tapi seperti ada tema gambar kapal terbang?
Ya! ada tema gambar kapal terbang!
Sistem Penerbangan Malaysia @ MAS.
Malaysian Airlines System

FIDO DIDO 7-UP 2011

Senyuman Di Hujung Tahun...
Selamat Tinggal 2011!
Mug 7-up Berbaju Hijau

Adakalanya kita perlu berusaha lebih,
ada masanya jaringan memudahkan...

bila 'mama' buat panggilan,
maka 'berdesup' iaryylr membakar jalan...
meninggalkan karbon kelabu untuk dihidu.
ya be da be du!

KOPI KAPAL API BETUL-BETUL "KAW"

Biar Betul "KAW"? Cepat bagi 'PERCUMA'!
Biar Iaryyr cuba Seminggu baru SYOK!
iaryylr dapat secawan sahaja, jadi memang
"KAW", kalau cuba seminggu baru
dapat pastikan BETUL-BETUL "KAW"
atau tidak?, ha! ha! ha!
Tema : Kopi Kapal Api 'Betul-Betul "KAW"
Diperbuat oleh : Multi-ways Packaging
Kod : 1 / Golden Cup / GP100 / 3.8 oz paper cup
Saiz mm : Atas:ø62 Tapak:ø45 Tinggi:65
Jenis/Untuk : Cawan Persampelan
Kegunaan : Cawan Persampelan

Mangkuk Dodol Swordman

Mangkuk Dodol 'SwordMan' 6"
Ya! Swordman!, mangkuk dodol yang diperbuat
bukan dari kaca, tetapi dari bahan plastik.
Sama tidak serupa punya kes juga ini.
Yang lama adalah paten yang serupa, yang
tidak beberapa lama, kilang plastik Swordman
ini sudah tidak beroperasi lagi sejak
beberapa tahun lalu. Kilang tersebut
terletak di Seksyen 15 Shah Alam.
Logo emboss Swordman terdapat pada
bahagian bawah mangkuk plastik ini.

AIR TONIK F&N

Air Tonik F&N
Cubalah Sebotol... Pasti Menyegarkan!
Tak percaya cuba sapu sikit pada bibir
kawan yang tengah tidur, nescaya
terbeliak biji matanya kesegaran!
Sudah tamat tempoh, tidak boleh dibuat
minum atau main-main.

Poster Hot Wheels 2011

Jangan di Ucap Selamat Tinggal...
Peluang berburu masih ada, kalau tahap pontianak
masih ada paku, tahap serigala jadian, kena ada
peluru perak, tahap naga pula perlu senapang
gajah... kalau tahap gaban pula perlu banyak wang!
Ha! Ha! Ha! Ha! Selamat Berburu!

Mangkuk Dodol Lama 5 1/2"

Mangkuk Dodol Bersaiz 5 1/2"
Hijau Ombak...
Susun banyak-banyak, warna-warni ...
di bawah cahaya lampu... perghhh!
sambil makan dodol dan wajid...
kena pula air kopi panas di waktu petang...
angin sepoi-sepoi bahasa inggeris pula tu!

Mangkuk Dodol Lama

Mangkuk Dodol Lama
Mangkuk Dodol 6"
Tak kisahlah dodol apa yang kita nak letak,
apapun dodol durian memang sedap!

Protex ProExpert Shower Shampoo

Protex Pro-Expert
Perlindungan Anti Bakteria 24Jam
Inilah persampelan dari Protex, Shampoo
mandian anti bakteria,
Yang ini nak kena minta baru dapat.
Belum di uji sebab ada 1 sahaja.
Hendak juga tahu bagaimana nikmatnya.

F&N Clearly CITRUS

Minum Air Berkarbonat Clearly CITRUS
Keluaran F&N, Minuman Ringan Bergas
yang ringan-ringan... Nyaman...
Sudahkah Anda menikmati clearly CITRUS?

Tema : F&N clearly CITRUS
Diperbuat oleh : Multi-ways Packaging
Kod : 1 / Golden Cup / GP100 / 3.8 oz paper cup
Saiz mm : Atas:ø62 Tapak:ø45 Tinggi:65
Jenis/Untuk : Cawan Persampelan
Kegunaan : Cawan Persampelan

Mangkuk Dodol Lama

Mangkuk Lama Warna Biru
Bukan sekadar untuk diletak dodol,
juga manisan, asam, kacang, dan
sebagainya untuk tetamu ... .

Kalendar Nestle Kit Kat 2012

Kalendar Kit Kat 2012
Kelazatan Coklat Dengan Wafer Ranggup
Bila tengok kotak Kit Kat Nestle
'100 Tahun Nestle Bersamamu'
Nampak macam biasa sahaja...
Tetapi bila kita lihat pada bahagian belakang
kotak tersebut maka ada sesuatu untuk 2012.
Nak tak nak, kena beli juga ini, alang-alang
sudah ada sedikit koleksi Kit Kat boleh
tambah-tambah sikit, masaalahnya nak
potong atau simpan dengan kotak sekali?
'100 tahun Nestle di sisimu'

Mangkuk Dodol Lama

Mangkuk Dodol Lama Berwarna Hijau
Mangkuk ini bersaiz 6 inci diameter luaran.
Sentiasa laku dijual oleh peniaga PML.
Tahun berganti tahun, maka pemilik
juga saban waktu bersilih ganti.

2011 HW PREMIERE RENNEN RIG 19/244

HOT WHEELS RENNEN RIG 19/244
di sebalik selimut putih...
Awesome Hot Wheels Truck...
Koleksi Percuma, Dapat Percuma...
Senyum Percuma :)

HOt WHeeLS REJECT Yang Merugikan

HW MAIN STREET 11 / 68 EL CAMINO 167/244
Siri Perkhidmatan Awam @ Jalan Utama
Siri Main Street 2011 ini adalah model
no: 7 dari 10 dan list ke 167 dari 244.
Nampak seperti tiada cacat cela, tetapi
apa yang Rosak dan apa yang Rugi?
'Made in Malaysia'
Kita tengok bahagian belakang, terlebih
tekanan dan retak sewaktu pemasangan?.
Ianya tidak sekata dan begitu jelas.
Kita tengok bahagian depan pula, pemasangan
yang tidak sempurna, mungkin disebabkan
masaalah yang sama sewaktu proses
mencantumkan bahagian atas dan bawah.
Bila kita membeli, sememangnya kita perlu
meneliti produk terlebih dahulu, namun pasti
ada juga yang terlepas pandang.
Kerosakkan pengilangan adalah sesuatu yang
merugikan pengeluaran. Adalah lebih malang
jika dibeli pelanggan. Pelanggan yang tidak
kisah maka pengeluar bertuah, pelanggan yang
cerewet maka bagaimana pula? lebih-lebih lagi
kolektor dan bukan sekadar kanak-kanak yang
hanya membeli atau dibelikan untuk bermain.

Terus terang saya katakan adakalanya saya
begitu lama berada di rak Hot Wheels untuk
memilih dan mencari. 2011 sememangnya
banyak pekara yang tidak menarik dalam
membuat pemilihan, sama ada disebabkan
pengilang atau penjual.

Pengilang / Pengeluar
Terdapat kerosakkan kecil seperti warna
yang tidak sekata, pelekat logo yang rosak,
penyambungan tidak sekata, pemasangan
tidak sempurna, retak, calar, dan apa lagi?

Penjual
Kotak dipotong, dilipat, di stapler, di pin,
harga tinggi, Plastik kemek, pelekat harga
di bahagian depan dan sukar ditanggalkan
dan apa lagi?

Mungkin selepas ini saya terpaksa juga
memilih dan terpaksa membeli tanpa
berpuas hati untuk memiliki Hot Wheels
jika disebabkan pekara-pekara di atas :( .

Namun jika dapat percuma saya tidak
kisah, he! he! he!

Apapun saya berharap agar kualiti
Hot Wheels dapat dipertingkatkan.

Tentang operator pengeluar, QC, QA, dan
lain-lain, itu semua urusan Syarikat dalam
meningkatkan mutu pengeluaran, imej dan
pencapaian, atau asal Hot Wheels ada
pembeli / kolektor perlu lebih berusaha... .

Namun jika dapat percuma sesiapa pun
tidak kisah, he! he! he!

NESTLE NESVITA PAPERCUP

Papercup Nestle Nevista...
Jom Kumpul Cawan Kertas!
Kalau ada lebih boleh sumbang o.k?

Tema : Nestle Nesvita
Diperbuat oleh : Multi-ways Packaging.
Kod : Golden Cup / GP100
Saiz mm : Atas:ø62 Tapak:ø45 Tinggi:65
Jenis/Untuk : Cawan Persampelan

'100 tahun Nestle di sisimu'

Papercup Persampelan Ribena

Siapa Tidak Pernah Minum Ribena?
Pernah atau tidak?

BioGreen Papercup

BioGreen Papercup
Pernah cuba?

National Convection Microwave Oven NN-9853

Siapa Masih Menggunakan Microwave National?
Siapa Pernah Guna Perisa Star Brand?
Siapa Pernah Suka Sos Lada Tabasco?
Siapa pula tercicir buku Resepi National ini ?
Ya! tiga jenama dalam 1 buku resepi percuma!
pasti ada yang mendapatkannya...

Kunci Loker Jenama L&F Dari Australia?

Dari Kunci Folklift Kita beralih pada
Kunci Loker pula.... L&F.
Kunci loker ini kebiasaan terdapat
di tempat kerja walau dimana jua
selagi majikan menyediakan loker
bagi pekerja untuk menyimpan
barang peribadi atau sebagainya.
Kunci ini bernombor 60069.
6 Nombor Bukan Ekor...

Nescafe Tarik, Ipoh White Coffee & Kopi Neslo ?

Mana yang lebih sedap dan Anda digemari?
Antara Nescafe Tarik, Nescafe Ipoh White
Coffee atau Nescafe Kopi Neslo?
Undian Anda AMAT di HARGAI !
Yang Mana Juara 1 Now 1 Nescafe?
Papercup ini tidak silap jangka hayat
telah berusia lebih setahun yang lalu.
Sememangnya terlambat untuk dikongsikan
kerana alasan tiada kesempatan waktu,
walau hakikatnya waktu kekal 24jam sehari.
Apapun Kita Enjoy!, ya! yang mana lebih
lebih sedap antara 3 menu yang disediakan?

'100 tahun Nestle di sisimu'

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.