Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Penyukat Ounces & Grammes

Menyukat cecair dengan sukatan Auns & Gram
Ada yang guna di makmal mahupun dirumah.
Ada yang buat sukat susu untuk anak.
Bukan main sumbat saja, he he he.
Alat sukat, penyukat, menyukat....

Koleksi Maggi - Tuala Maggi

Berpeluh lepas makan Maggi?
Lap keringat anda dengan tuala Maggi!
Kain Fabrik serbaguna tetapi mengapa
tidak diguna? mengapa di simpan saja?
Tak diguna sebab ada satu, kalau ada
lebih baru boleh diguna pada waktu
tertentu. Kalau hari hari buat lap
maka hilanglah serinya.

Dulang Kalendar Minyak Cap Kapak

Dulang Kalendar yang terakhir ke ini?
Minyak Kapak dan Minyak Bunga Merah
Dapat percuma dari kedai lama.

Kole Energizer Mari Bersenam

Mug Energizer
Bateri yang pandai bersenam dengan 1 jari!
Pandai berlari sambil bergaya!
Juga sasa bak jaguh bina badan dunia!
Mari bersenam!

Duit Dari Pekerja Bangladesh

2 Dhaka pun 2 Dhaka
Duit Bangladesh terakhir dari dompet
pekerja kontraktor bernama Hasad.
Sebab iaryylr lambat, yang cun-cun dengan
nilai lain sudah kawan-kawan lain dapat.
Terima Kasih Hasad.

Pinggan Kuih Nescafe Gold

Hitam Itu Menawan - Nescafe Gold
Pinggan kuih ini ada set. Tidak pasti, tetapi setakat
ini ada bekas susu Nescafe Gold & Cawan berlapik
Nescafe Gold. Kalau ada teko lagi best!.
"Koleksi Nescafe Pasti Menawan"
- Nikon D40X -

Klassno Arabica

Mug Klassno Arabica
Promosi terbaru Klassno. Best juga syarikat
ini dalam mempromosikan Jenama Klassno.
Sejak memasuki pasaran rasanya sudah banyak
mengeluarkan Souvenir mug, Mungkin lebih
dari 4 jenis mug dengan beberapa tema.

Kole Susu Carnation

Mug Susu Carnation
Bunga apa?
- Koleksi Mug Lama -

Maggi 100 Tahun

Siapa yang tidak pernah makan Maggi?
Siapa nak beli atau makan Maggi 100 tahun?
Pastikan ada logo 100 tahun Nestle di sisimu!
ha! ha! ha! ha!

Azizulhasni Awang Pelumba Basikal Kebangsaan

Mari Minum 100 Plus Bersama
Pelumba Basikal Kebangsaan!
Penyeri pada botol pet 100 Plus 1.5 liter, 500ml
dan tin 325ml Sempena Peraduan 100 Plus
'Road to London'.
Untuk perisa biasa, 4 atlet telah terpilih
menjadi penyeri. Atlet atau Wira sukan
tersebut adalah Azizulhasni Awang
' Pelumba Basikal Kebangsaan'
Dato Lee Chong Wei ' Pemain Badminton No:1',
Khairul Fahmi ' Penjaga Gol No:1 Malaysia' dan
Pandelela Rinong 'Penerjun Kebangsaan'.
Inilah tandatangan Azizulhasni Awang.
100 Plus, Minuman Juara!

100 Plus Dato Lee Chong Wei

Minum Tengahari Bersama Dato Lee Chong Wei,
Nikmati 100 Plus Tangrine Oren.
Mari bersama beliau dengan sambil berpeluang
menyertai peraduan 'Road to London'
Hadiah menarik! selamat mencuba!
Ada tandatangan Dato Lee Chong Wei!
Suatu hari nanti pasti ada juga yang mencari.
( Koleksi tin minuman )

Mug Edisi Terhad ELF TOTALFINAELF

Mug Edisi Sukan Perlumbaan dari ELF
Membakar semangat Si Tua untuk terus
berlumba di Litar Alam Angan-Angan.
Pilih antara kereta atau motosikal?
Asal dapat kita berlumba, membakar jalan!

Ericsson Sebelum Sony Ericsson

Gelas Seramik Ericsson
'Taking You Forward'
( Kehadapan bersama SONY )
Gelas 'Ericsson Racing Team'
Tinggalan Ericsson dalam dunia perlumbaan.

Minum Bersama Dato Lee Chong Wei

Tandatangan Dato Lee Chong Wei
Pemain Badminton No:1
100 PLUS 'Road To London'
Tema botol pet 500ml terkini sempena
peraduan dan promosi 'Road to London'.
Menggambarkan kebanggaan rakyat
Malaysia terhadap kejayaan Dato Lee
yang mengharumkan nama Malaysia
di persada sukan antarabangsa.
Siap ada tandangan Dato Lee Chong Wei.
Selain botol pet, promosi ini juga telah
menjadi tema di botol pet 1.5 liter dan juga
tin minuman 325ml pada semua jenis
perisa. Mungkin ada 12 atau lebih yang
perlu disimpan untk melengkapkan set.
Fikir-fikirkanlah :).

Kole Jacob's

Kole Jacob's Mug Jacob's
Nampaknya yang pecah telah berganti.
Kini kole bertambah lagi. Cuma iaryylr
tidak pernah tahu adakah asalnya kole
ini siap dengan kotak atau tidak :) .

A&W Sarsaparilla

A&W Wajah Baharu?
Tidaklah baru, cuma botol pet 1.5 liter
A&W Sarsaparilla. Sedap betul diminum
dengan aiskrim vanilla. Gabungan air
soda dan aiskrim menghasilkan buih-buih
yang bagai hidup di dasar gelas atau mug.
Tutup botol ini masih ada logo, Sekarang
banyak pengeluar menggunakan penutup
kosong tanpa logo , nampak hambar.
Lama tidak minum A&W, Kelmarin beli
sebotol buat lepas mengidam :) .

Dulang Nescafe 1 Sip 1 Smile

Dulang Nescafe
Gantung saja atas pintu bilik.

Pisang Kembar Dua

Khasiat Pisang Kembar Dalam Perubatan
Pisang memang berkhasiat, namun ramai
yang takut untuk makan pisang kembar.
Mungkin kerana termakan momokan.
Ada yang mencari pisang kembar untuk
tujuan perubatan alternatif.
Seperti juga Pisang Hitam? atau Merah?
Dulu juga di khabarkan takut untuk
di makan, namun kini tidak lagi.

Ya! sengaja entri buah pisang kembar kerana
kebetulan minggu lepas asyik terjumpa
pisang kembar di mana-mana.

P1, U MOBILE, UNIFI

2 minggu ini jarang online. Hendak entri pun tidak
dapat sebab ada masaalah internet. Lagipun iaryylr
sudah malas nak guna talian internet P1 sebab
selalu sangat lembab, malas pula nak sambung bayar
bil sebab nak tutup terus dan beralih pada Unifi.
P1 kalau di Kampung Laju sikit dan kekal kelajuan.
Jarang lembab kecuali jika habis kuota. Cuma
di tempat tinggal iaryylr ianya bermasaalah. Mungkin
sebab pro-rata bila pelanggan kian meningkat tetapi
kapasiti tiada peningkatan. Setakat kelajuan yang
di war-warkan bukanlah satu jaminan jika
tidak berani menjamin kelajuan minima.

Kalau Tambah sikit boleh guna Unifi, dapat lebih
kuato 45GB dari P1 cuma 15GB. Dapat lagi talian
TV Kabel. Pakej yang tidak dapat di elakkan, tetapi
mana nak cari duit lebih?. Mungkin dengan
menjual apa yang ada agaknya, ha ha ha!. Nak
tunggu keputusan gaji minima lama lagi, kerja
makin bertambah, kan bagus jadi pekerja asing,
1 tugas RM700, makan minum, tidur, Astro
semua percuma. Patut lebih satu tugas cuma
perlu top-up sikit sahaja dan bergantung pada
budi bicara masing-masing, tetapi siapa yang
hendak ambil iaryylr bekerja, seorang tua yang
tiada pencen, tidak tahu buat kek dan biskut.
Kerja pun nanti asyik minta barang souvenir
dan barang lama dari siapa yang jadi majikan.
Tidak pun hari-hari minta 2 ringgit, ha ha ha!.

Buat sementara guna Prabayar U-Mobile, lebih
kurang P1 lajunya tetapi tidak selembab P1
lembabnya. Rasa tidak biasa tetapi perlu juga
bertukar setelah kira-kira 3 tahun bersama P1.
U-mobile RM28 sebulan, data 500mb dan
boleh buat panggilan, boleh juga buat jalan.

Coca-cola Signboard

Papan Tanda Fraser & Neave
"Nikmatilah setin hari ini"
"Sila Jaga Kebersihan"
Ada gambar tin Sprite, F&N, Coaca-cola,
100Plus, Season & Fruit Tree.
Di cetak pada kepingan plastik yang
bermutu tinggi menjadikan ianya papan
tanda yang berkualiti dan tahan lasak.

Cawan Kopitiam Kopi dan Teh 888

Set Cawan Teh Dan Kopi 888
Minum-lah, jangan malu-malu mahu!
Cawan 888 Kaya Kaya Kaya!
Cawan keluaran Claytan yang berharga!

Paper Accordion

AKORDION KERTAS
Permainan alat muzik untuk kanak-kanak.
Permainan lama yang kini tidak dikenali.
Caranya, pegang pemegang kiri dan kanan,
buka dan tutup untuk mengepam angin
bagi menghasilkan bunyi, sambil itu tekan
tutup lobang untuk menghasilkan melodi
yang anda kehendaki.
Anak gajah pun tahu main alat muzik!

Dapat dari Bro Fitri tahun lepas, tapi
baru cuba main akordin ini. Wah! masih
berfungsi dan menghiburkan!.


GELAS LAMA WINCARNIS

Gelas Lama Dan Unik Wincarnis
Wincarnis
Gelas yang berbeza dari kebiasaan.
Koleksi Gelas Lama
Hanya 1 jenis sahaja dalam simpanan.
Drinking Glass Collectible
- Seni Gelas Kaca -

Koleksi Mug Susu - Mug Dutch Lady

Kole Dutch Lady "Transform Food To Energy"
Jom lawan main papan luncur dengan atuk!
Pantun Seloka

Hidup muda terumbang-ambing,
Muka toya wajah sebu,
Atuk minum susu kambing,
Cucu minum susu lembu...

KAD TOP TRUMPS

Kad Top Trumps
Minggu lepas iaryyr pergi sebuah pekan
sebelum Pekan Sekincan, ada sebuah kedai
lama tapi rasanya dah tutup terus agaknya.
Saja hendak tengok barang-barang yang
ada, sebab dulu di situ iaryylr dapat minyak
rambut Merdeka 1957. Sudah 3 kali pergi,
tetap tutup juga. Sah lah sudah tutup?.
Harga barang-barang disitu pun agak
tinggi, sebab sudah tahu ramai peminat
barang lama mencari. Kadang-kadang
tidak logik pula kalau bekas kuih lama
plastik di jual dengan harga RM50?.
Bukan 1 set, tetapi 1 sahaja.

Di situ juga iaryylr dapat kad Top Trumps.
Tidak kisahlah kalau sudah tutup sebab
iaryylr pun baru dapat 1 dari Bro Fitri
tempoh hari. Pasti berkhasiat Top Trumps
itu sebab ianya sudah beranak-pinak
apabila bau yang sama dapat di hidu di
sebuah kedai di Sungai Besar. Memang
pernah singgah kedai ini dulu, tapi tidak
nampak pun, mungkin dulu tiada bau?.

Banyak sungguh keluaran Top Trumps
permainan kad yang pernah mengungguli
carta 'Top Ten' suatu ketika dulu. iaryylr pun
tidak tahu jumlah keseluruhan set yang ada.

Ada kapal laut, kapal terbang, jentera berat,
jeep, motosikal, motocross, kereta kebal,
jet pejuang dan banyak lagi!???.

MUG PESTA NATIONAL 1982

Mug Lama Dari Pesta National, 1982
di mana Anda pada 30 tahun yang lalu?
Lagenda Jenama yang tahan lama
Waktu itu iaryylr masih bersekolah lagi.
Mug atau kole lama ini pun dapat selepas
29 tahun pesta berlangsung. Siapalah
yang begitu sayang pada mug ini sehingga
ia di simpan begitu lama.

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.