Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Ovaltine Indecision

Ovaltine Rock Kapak
Ovaltine suatu peralihan nikmat dan saingan... .
Juga punya cerita di antara kita berlidah merasa,
Rasa coklat yang berbeza dari yang sedia ada

Susu Unta

Minumlah Susu Unta Padang Pasir!
Susu unta baik untuk perkembangan Minda
Susu Unta tinggi kalsium, potasium,protin dan mineral
Yang ini bukan koleksi, tetapi saja nak kongsi.
ialah sebab dah tua-tua baru dapat nikmati
susu unta. Baru cuba 2 paket. Tentu ramai
yang tidak pernah merasai susu unta.

Earphone Kit Kat Nestle Edisi Terhad

'Kit Kat Limited Edition Stereo Headphones'
Fon Kepala Stereo Kit Kat Edisi Malaysia
Setelah mendapat info terkini hiburan sensasi dari
blog '...dah masuk Kotak' iaryylr pun berusaha
untuk mendapatkannya, tapi isteri iaryylr yang
kena pergi dapatkan sebenarnya sebab iaryylr
sedang bertugas di sebalik perbatasan negara.
Maklumlah takut peluru tak bermata bolehlah
kurang waspada. Ahhh! layan lagu lama kejap!

Si Baju Hijau 

Si baju hijau
Sedang bertugas
Di perbatasan
Peluru tak bermata
Harus waspada

Datangnya ia
Tak kenal saudara
Lawanlah ia tentu
Dengan hati semangat waja
Tanda putra setia

Gagah perkasa
Bersedia
Siang dan malam
Di persada negara

Lirik di salin dari  http://www.ilirik.com 

dah menyanyi lagu lama kita sambung balik tengok
fon telinga kit kat ini dari jarak dekat pula.
7.20am     -    9.00pm
Pagi tadi nak entri, sampai ke malam baru dapat
sambung, biasalah agaknya bagi semua blogger.
Berbalik fon telinga Kit Kat ini, kalau kita cari
di internet maka kita akan jumpa fon telinga yang
sama tetapi dengan pembungkusan yang berbeza.
Tetapi itu untuk promosi Kit Kat di Singapura.

Kadang-kadang terasa promosi atau souvenir
di Singapura oleh Syarikat terkemuka lebih
menarik dari Di Malaysia. Jika demikian maka
peluang lebih cerah jika iaryylr berpindah ke
Singapura, Jadi pemain bola sepak di Singapura,
sertai kelab atau jadi pemain kebangsaan.
Kah! Kah! Kah! wah! kah! kah!
Kalau setakat main futsal pun iaryylr cepat
pancit macam tayar basikal bocor, ada hati
pula nak jadi pemain bola sepak handalan!
Kah! Kah! Kah! wah! kah! kah!

Yit Foh Tenom Coffee - Since 1960

Jom Pekena Kopi Susu Yit Foh!
- Sejak 1960 -
Juga terdapat Kopi 2 dalam 1 dan Kopi 'O'.

 - Koleksi Kopi -
Sumber petikan dari tenom.pid.net.my
YIT FOH COFFEE FACTORY SDN.BHD
Kilang kopi YIT FOH ditubuhkan pada tahun 1960 lagi.
Hingga ke hari ini YIT FOH telah berjaya mengeluarkan
12 jenis produknya. Kesemua produknya ini dipasarkan
di seluruh Sabah dan Labuan. Terdapat juga permintaan
daripada Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Pembuatan cara tardisonal membuatkan kopi
YIT FOH lain dari yang lain.

Tumbler Pak Singa Belaan Fraser dan Neave

Singa Fraser And Neave
iaryylr baru ada 1 sahaja dari beberapa
jenis, Jika Anda hendak lihat yang lain
bolehlah berkunjung ke blog
Bro Spallan "...dah masuk kotak"

Energizer Aluminum Sports Tumbler

Energizer Aluminum Sports Bottle
Riang ria bersama Energizer!
Banyak juga souvenir Energizer berupa bekas
air sukan. Banyak juga yang belum ada.
Tidak apa, satu campur satu jadi dua....

Beg Penyejuk Coca-Cola Malaysia 2012

'2012 Malaysia Coca-Cola Cooler Bag'
Dapatkan Sekarang!!! Sangat Untung!!!
Sangat berpuas hati memandangkan ianya boleh
memuat kan sehingga 6 tin 325mL!
Promosi di pasaraya gergasi bermula 25/5/2012.
Sehingga stok masih ada! tapi kena beli
produk coca-cola bernilai RM 15 lah
Beg penyejuk jenis sandang yang bebas digayakan!
Dah dapat semalam, tapi hari ini nak lagi... .

Kopi Lagenda - Jom Kena Dulu.....

Pagi Jumaat ini jom kita nikmati Kopi Lagenda
terlebih dahulu sebelum bertugas... .
Kopi Lagenda adalah kopi pracampuran
Tongkat Ali dan Ginseng.
Berat bersih sepaket 25gram. Terdapat
di kedai makan, warung, restoren.
Dikilang dan diedarkan oleh
SUPERHERBS SDN. BHD

DUMEX A Baby's Book

Buku untuk si manja anda....
"Ibu, Ayah, betul ke ikan lumba-lumba
berwarna merah dan ungu?"
Tak kisahlah ditanya bukan kita faham.
Asal dapat Souvenir dari Dumex :) .
Wah ada cermin keselamatan untuk
bayi anda melihat bagaimana tersenyum.
Ada 'target' pula untuk impian bayi anda.
Kalau ditekan pada titik hitam maka
akan mengeluarkan bunyi "pit! pit!"
Ada abjad dan bintang
Beginilah rupanya buku yang diperbuat dari
bahan fabrik, boleh untuk digigit agaknya.
Pun baru dapat juga semalam. Sesuai dijadikan
sebagai hadiah buat kolektor yang baru
jadi Ayah dan Ibu.

Beg Sandang Mas malaysia AIRLINES

Petang tadi pergi bayar hutang...
 Mas - Malaysia AIRLINES, kadang-kala
tertanya, mengapa Malaysia 'M' jadi huruf 
kecil. Rasanya terlupa tanya cikgu.
 Beg sandang bersaiz kecil entah apa fungsinya.
sama ada asalnya ada isi atau kosong.
Beg ini baru dapat petang tadi, banyak kat kedai
baru dan terpakai, mungkin ada 40 lagi agaknya.
Terus angkut sebab kondisinya AAA.
Kalau lambat pasti tidak dapat Pak!

Labu Kaca Atau Bekas Air Kaca?

Labu Kaca, koja, tabung air atau bekas
air ? yang pasti ianya baru... .
Barang baru ini isteri dapatkan dari kedai
serbaneka dan hadiah. Bolehlah buat
kawan labu kaca lain yang kesunyian.
Ada gelas sekali sebagai penutup bagi
mengelakkan lipas berenang di air
tenang yang disangka tiada buaya.

Kopi Super Power Dan Payung Edisi Terhad

Kopi Super Power ! 
"Kopi Sedap Teman Sejati Kita"
Sudah minggu kedua rasanya iklan Super
Power ini, namun masih belum muncul
di sekitar sini. Tunggu atau tak dapat sahaja.
Biasalah kena sabar. Entah ke berapa punya
payung Super power. Sebab sebelum ini
pernah nampak 2 jenis payung Super Power.

Kopi Super JANTAN

Kopi Super JANTAN! Sudah cuba ke belum?
Kopi Pracampuran Super JANTAN!
Yang ini tidak sama dengan Kopi Jantan,
Yang ini keluaranG.L.E Centre Enterprise.
iaryylr ada sikit-sikit kumpul produk kopi
sebab ianya produk silih berganti dan ada
sahaja yang terkini, Kopi 'O' lagi Best!

Iwan Syahman - Segalanya Allah

Bertemu Iwan Syahman
Pada Bulan 7 2011 yang lalu ( tidak silap ) Saudara
Iwan Syahman telah membuat promosi album
baru yang berjudul "Segalanya Allah" di
siri jelajah Pasaraya Gergasi. Maka di kesempatan
itu dapatlah iaryylr bertemu beliau yang jauh
berubah. Perubahan Positif dari segala segi.
Tiada lagi imej Glamour dan dangdut.
Kesempatan yang terhad itu dapatlah iaryylr beli
CD terbaru dengan harga istimewa dan poster.
Poster dan CD istimewa sebab telah ditandatangani
oleh Iwan Syahman sendiri.
Semua lagu CD Original sudah didengari.
Rasanya inilah CD Nasyid pertama iaryylr beli,
 He! he! he! he!....

Avengers Tiny Tumbo Assmeble Semuanya Coca-Cola

Marvel Avengers di Malaysia...
Hari ini wayang masih penuh...
Iklan di sedut dari laman Web TGV
Jom Ke Facebook Avengers!

Thermographic Measurements

Pengukuran Thermografik
Buatan England
Untuk kegunaan pada suhu tinggi, bukan
untuk kegunaan di rumah, namun fungsinya
agak sama sebagai penyukat suhu.
Ianya di tampal pada pemanas untuk
mendapatkan bacaan suhu.
iaryylr kutip setelah di buang oleh pihak
kilang kerana tidak diguna lagi.

Marvel Avengers Coca-Cola

Iron Man Adiwira Berbaju Besi Berseluar Yenki
Coca-Cola
Baju besi seluar yenki tapi minum air guna tumbler
tgv cinemas coca-cola malaysia
Tumbler dengan bekas makanan dan bersudu pula.
iaryylr cuma dapat tumbler pakcik iron man ini sahaja
Coca-Cola Malaysia
Tak kisah katanya asal ada TGV Cinemas dan Coca-Cola
Adiwira Baju Besi pun berlalu dengan muka selamba...

CALTEX SUPA STRIKAS COMICS

Komik 'Caltex Supa Strikas'
"The Ultimate Football Story"
Pasti ada yang kumpul set lengkap...
Sebelum ke versi digital laman web dan tv.
iaryylr cuma ada 3 isu sahaja. Yang ini isu 37.
Jika ada geng-geng kolektibel punya set lengkap
atau sebahagiannya, bolehlah kongsi gelap dan
kongsi terang jika ada yang menarik. Paling
menarik jika dapat lihat muka depan setiap isu.

Kononnya Koleksi Petroliana Caltex

Milo Sejuk Baharu

Milo Sejuk Baharu
Milo sejuk kotak lama, iaryylr sudah tidak simpan.
Sebab Kotaknya dah buat tebus lori milo.
Beberapa bulan lalu pun sudah keluar kotak milo
sejuk yang baharu. Rasa hendak minum pula... .

Skateboard Milo

Nampaknya pemain papan luncur Milo
ini wajahnya menyerupai seseorang.
Apapun kita minum Milo Mocha dulu.
Lepas itu baru kita fikir-fikir siapa yang
kita kenal menyerupai pemain tersebut.

Mug Darlie Minie Micky Mouse

M-I-C-K-E-Y M-O-U-S-E
Mickey Mous, Kuek! Kuek! Kuek!
Mickey Mouse, Kuek! kuek! kuek!
Mug Darlie Februari 2012
Minie keseorangan tanpa Mickey
Tak kisah kata Minie sebab Mickey
telah tinggalkan insuran berjumlah
berpuluh juta buat Minie.. .

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.