Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Malaysia Airlines Brain Teaser?

Kad Permainan Teaser Otak MAS?
51 soalan untuk Anda jawab dengan muka selamba!
Terdapat 64 keping kad kesemuanya di dalam kotak
khas, seperti milik si Joker yang berwarna oren.
Tak dapat jawab kena hukum buang negara...
Tak pun kena hukum merangkak sambil tepuk kaki!

Susu Enfagrow Akrilik Eksklusif

Kotak Susu Enfagrow mini terkecil khas untuk
jualan di daerah orang kenit, tapi telah di akrilikkan
sebagai souvenir yang eksklusif.
nanti sambung cerita...

Acuan Ais Ribena Dan Resipi Percuma!

Gembirakan suasana dengan Aiskrim Ribena!
Promosi Ribena Tengah Tahun 2012!
Acuan ais ini baru dapat semalam di Pasaraya
Baru Hijau Kuning Cheras, Jauh sungguh!.
Ada banyak pilihan warna , hijau, merah, oren, ungu
dan mungkin juga ada biru dan kuning?.
iaryylr pun tidak pasti sebab tidak periksa habis.
Penggemar Ribena pasti beli lebih, lagi-lagi ada perisa
Blackcurrent & Strawberi, lagi pula beli 1 percuma 1.
Musim air bergas di musim perayaan pun sudah
berkurangan sejak kempen kurangkan gula sempena
gula naik harga. iaryylr pun sudah lama tidak minum
air Ribena, itu yang beli sebotol, boleh buat 
minum waktu berbuka nanti.
 Selain dapat bekas acuan ais, terdapat juga risalah
resepi minuman berasaskan bes minumam buah
Ribena yang pasti menceriakan lidah dan
menyegarkan anak beranak tekak.
Ribena, nyaman.. segar.. dan berkhasiat!
Teringin  nak minum Ribena pula... kih! kih! kih!

Cari Barang 23 Jun 2012

Jember , memburu atau cari barang yang penting
sudah berusaha, sikit banyak atau tiada langsung
hasilnya itu soal ke dua, ketiga atau tidak perlu soal.
Kadang dapat barang penting hati tidak puas, kadang
dapat barang biasa biasa tetapi puas hati.
23 Jun 2012, iaryylr memanaskan badan dengan
aktiviti diatas. Dapat juga mug dan gelas souvenir
seperti dari jenama Cocoa-cola Mcd, Colgate,
Gold Choice, Dmah, Power Roots dan sebagainya.
Barangan tin juga tidak terlepas, dapat juga tin
Milo lama dan dulang Minyak Cap Kapak.
Alat tulis dan Fridege magnet juga termasuk.

Dari kedai lama ke kedai terpakai. Di tempat iaryylr kedai
lama dah kira pupus, jadi kena jalan jauh sikit atau
mengharapkan kedai barang baru dan terpakai.
Dapat juga dengan membeli dari rakan-rakan dan
juga kolektor serta sumbangan orang ramai :) .

Malaysia Airlines - Champion of the earth

3R - Reduce - Reuse - Recycle
Permainan kad Malaysia Airlines yang membawa
tema kehijauan dan mendidik untuk menjaga alam sekitar.
Atas depan kotak dan bawah belakan kotak
Yang ini bahagian belakang kad, ada 58 keping kad
kesemuanya yang boleh dimainkan sehingga 4 pemain.
Cara untuk memainkan kad ini turut disertakan.
Bahagian muka depan kad permainan yang menentukan
siapa 'Champion of the Earth'.
Bukan sahaja dapat keseronokkan tetapi juga dapat
panduan berguna untuk menjaga alam sekitar 
Berminat untuk main atau berminat untuk kumpul?

Barang Panas Dari 100 Plus! HOT ITEM!

Fridge Magnet Besi Dan Emboss 100 Plus Sempena
"ROAD TO LONDON"
Sejiwa Kecapi Kejayaan
Beli 2 botol 100 plus 500ml di Stesen Minyak Harimau
untuk dapatkan satu fridge magnet emboss.
Ada 4 jenis kesemuanya untuk melengkapkan set.

Fridge Magnet 100 Plus Azizulhasni Awang
Fridge Magnet 100 Plus Dato Lee Chong Wei
Fridge Magnet 100 Plus Khairul Fahmi
Fridge Magnet 100 Plus Pandelela Rinong

Yang ini dapat lebih sebab Adik bangla beri,
keh! keh! keh!, banyak terima kasih!

Lari dari Lensa

Lari Bawa Ku Pergi...
Sang Semut, Kapten Semut
Kamera Nikon D40X - dISCO ops! Discontinued

Lari! lari! lari! yehaaaaa!, Sang Semut cuba lari dari ditangkap
lensa, Sang Semut Hitam yang  pantas berlari.

Kerdil Angkasa Bukan Kapal Angkasa

Kerdil Angkasa
Kapal terbang
Kamera Nikon D40X - Discontinued

Yang besar di bawah, nampak kecil pula di atas!
Cuba teka kapal terbang syarikat penerbangan apa?
MAS?, AIR ASIA? atau lain-lain?

Setem Jepun Nippon 90

Setem Jepun NIPPON 90
Setem Gambar Itik dari Osaka
Dulu iaryylr mengumpul, memang tidak beritahu
rakan-rakan sekerja, tetapi setelah mereka tahu,
ada juga iaryylr dapat sokongan dari mereka
yang menghargai hobi. Seperti setem ini, tahu tahu
sudah ada atas meja pejabat, kadang-kadan ada
dapat panggilan, "hallo! iaryylr dah dapat ke belum
Thermos mug coca-cola? aku nampak kat K4" .

> Koleksi Setem <

Pin Lencana Coca-Cola

Pin Coca-Cola Sempena EURO 2012
コカコーラ・コレクション
Koleksi Pin Lencana Coca-Cola
Sangkakan dapat Putih dan merah rupanya putih
dan oren, oren lagi! , tinggal lagi 2 saja lagi...
Coca-Cola oh! Coca-Cola!

Fridge Magnet Kit Kat

Pelekat Peti Ais Bermagnet Kit Kat
Coklat Kit Kat, Tak Kering Gusi!

ada 3 kesemuanya, tapi software problem
dapat update 1 dulu, dapat lebih kurang 2
minggu lalu kat pasaraya hijau kuning.
Kena main permainan dulu baru boleh dapat.
Isteri juga yang dapatkan untuk suami.
Promosi Kit Kat

Pin Coca-Cola EURO 2012

Pin Atau Lencana Coca-Cola Sempena EURO 2012
Lepas dapat info dari blog  Koleksi Aku Punyer!!!
maka iaryylr pun semalam 'go! go! go!' ke stesen
minyak Shell untuk mendapatkan Pin Coke
keluaran Malaysia. iaryylr dapat 3 pin tapi beri
1 pada Bro Rosly sebab kongsi beli air coke.
Lagi pun semua pun warna oren, 
Kira kes dapat lebih jugalah. Tak sempat 
memilih sebab ramai orang dan tidak boleh
tunggu lama sebab ada kerja. Tak cukup 3 lagi.

Menongkat Langit

Menongkat Langit
Kamera Nikon
Kamera Nikon D40X - Discontinued
Bagai menongkat langit bagai pembinaan Piramid

Merokok Rindu Kampung

"Kampung Rindu Rokok Hisap"
Kamera Nikon D40X - Discontinued

Nikon D40X - Discontinued
Perlu diservis kamera lama ini, hampir 5 tahun agak
iaryylr usianya, sudah ada habuk sensornya. Kalau
setting tertentu boleh nampak kesannya.
Hari tu 'frost' sebab ambil gambar dalam bilik ais ICT.
Main bersih guna tisu lens sahaja sebab tiada pilihan.
Kalau lalu KL bolehlah singgah pusat servis Nikon.
Nak servis sendiri kena beli kit membersih.
Lens 18-55mm, nak tingkatkan belum ada bajet :) .
Mungkin cukupkan umurnya 10 tahun.

Mengguna kamera DSLR ini lebih banyak 'try and error'.
Antara minat, bakat dan berbakat iaryylr dalam kategori
minat sebab iaryylr cuma lebih berminat ambil gambar
dan dunia gajet, cuma sekarang jauh berbeza dengan dulu.
Dengan DSLR imej yang terhasil adalah  lebih terperinci,
hasilkan apa yang kita mahukan, namun kamera
kompak terkini dan separuh SLR juga mampu menghasilkan
keperincian imej dengan mod dan teknik penggambaran.

"Gambar menceritakan segalanya", ya!? segalanya walau
tidak terungkai sepenuhnya. Bagi iaryylr, imej yang
terhasil dari lensa apa jua kamera pun yang penting
kepuasan penggambarnya. Puas dengan tujuan,
puas kehendak atau puas dengan keperluan.

Bakat perlu diasah dan berbakat itu semulajadi. Apapun
itu pandangan peribadi sahaja. Kawan iaryylr
yang berbakat melukis di lantai pun rialistik hasilnya.

Kamera filem pertama iaryylr bernilai kira-kira RM65.
Manual penuh, Bertahun juga guna kamera filem manual
 sebelum bertukar ke kamera automatik bernilai RM180.
Kamera pun kena kena kebas dengan rakan sekerja,
Guna pula kamera syarikat, kamera syarikat pun kena
kebas dengan rakan sekerja keh! keh! keh!

Cerita tentang fotografi sampai bila pun tiada
kesudahannya, dari kamera filem, kamera digital,
kamera telefon dan yang jarang dengar kamera teropong.
Apapun yang penting kita 'Enjoy!', joli dengan kamera
kita, ceria dengan hasilnya! yehaaaa!

Cawan Kertas Nestea

Nestea Teh Lemon Yang Menyegarkan!
Semuanya lebih sedap jika PERCUMA!
( tapi yang ini kena beli air da! )

Nestle Stainless Steel Scoop

Sudu Aiskrim Nestle
Tak dapat sudu, dapat kad  iklan pun jadilah!
promosi beberapa minggu lalu di pasaraya.
Aiskrim mewah 'La Cremeria' , argh!!!!!
terpaksa dilepaskan! erghhhhh!!!!!!!! :( '
oh! oh! nasib baik ada 100 tahun Nestle di sisimu!
sejuk sikit hati kih! kih! kih!

Beg Malaysia Airlines System

Beg MAS 'Is A Small Small World'
Boleh buat isi pasport dan sedikit duit
Gantung di leher dengan penuh gaya :)

Kacang Ajaib Magic Bean

Kacang Ajaib
Kacang Ajaib ini Pakcik dapat dari Pakcik Mead Johnson.
Tetapi melalui sebuah kedai sebagai perantaraan.
Biasanya benda benda ajaib memang begini
caranya, cuma tidak sampai peringkat tapa,
Kalau peringkat tapa Pakcik perlu bertapa, kalau bertapa
maka tiada pula makan minum yang sedap sedap
seperti air berkarbonat, laksa penang, KFC, Mac'D,
air jus, oren, sirap, air kelapa dan sebagainya. 
O.k, inilah bekas Kacang ajaib yang bulat 
seperti bekas celak atau bekas gula-gula.
Tertera Enfagrow dan Enfakid Magic Bean.
( bukan Mr.Bean! )
Kita buka dan lihat isinya , wah! kit bijak semulajadi
untuk anak-anak menanam benih kacang. Juga
menanam minat anak-anak untuk menghijaukan bumi
dan mendekatkan diri kepada alam semulajadi.
Di dalamnya terdapat  tisu, kacang ajaib dan bekas
pasu plastik yang lebih ajaib dari kacang ajaib.
Tarik pasu kecil boleh pula jadi pasu besar.
Arghh! pelik juga untuk menerangkannya!.
Apapun ada sesiapa yang hendak cuba menanam
kacang ajaib ini? mana tahu pokok kacangnya
boleh tinggi hingga ke puncak awan!

Doremon Mamee Puzzle

Puzzle Doremon 2012
Terdapat 10 rekaan menarik untuk dikumpul!
 iaryylr penggemar snek mamee !
Dulu ada promosi kalau dapat kad gambar
kereta kebal maka boleh ditukar dengan
kereta kebal, waktu nak tuntut pekedai
kata iaryylr tidak beri kad penebusan.
Naik angin jugalah tahap Kapten Lalat dan
Kapten Semut tapi tak boleh buat apa pun!.
Waktu melawat Melaka, banyak betul  tajaan
Mamee dimana-mana, dari perhentian bas ke
papan tanda, memang tenggelam iklan lain :).

Malaysia Airlines System Button Badge

Lencana Butang Malaysia Airlines
"IS A SMALL SMALL WORLD"
Malaysia Airlines System
Pada hari Ahad lepas, iaryylr dan isteri tidak ada idea
nak ke mana, bajet jalan-jalan pun dah habis,
keh keh keh! tapi ada duit koleksi, keh keh keh!
maka kami pun meronda hingga ke Slim river Perak.
Tak ada apa iaryylr dapat melainkan pengalaman.
Lencana MAS ini iaryylr dapat di perjalanan.
Tak silap iaryylr di Sungai Bulah.

Fighter Aircraft Collection - Spitfire

Koleksi Model  Replika Pesawat Pejuang
Model Kereta kebal pun iaryylr tidak terkejar, keluar
pula model pesawat pejuang untuk di kumpul bagi 
mereka yang berminat dengan dunia pesawat atau
dunia peperangan. iaryylr yang wajip kumpul edisi
pertama sahaja sebab faktor kos yang agak tinggi.
iaryylr berpendapat isu pertama berbaloi untuk dimiliki
kerana harganya yang berpatutan. RM9.90 amat sesuai
untuk dijadikan permainan bagi anak-anak, sebagai
permulaan untuk mendalami dunia pesawat tempur,
sebagai langkah untuk kita berfikir dan menilai sama ada
ingin meneruskan pembelian bagi isu seterusnya.
Model kapal terbang ini juga sesuai dijadikan perhiasan
eksklusif di rumah dan di pejabat. Beberapa tahun lalu
ada juga buku model seperti ini dikeluarkan, iaryylr
cuma dapat kumpul beberapa model sahaja. Bezanya
mungkin jenis kapal terbang dan saiznya yang lebih
kecil berbanding keluaran kali ini.
Untuk  isu pertama ini, sebuah model replika kapal
terbang tempur lagenda 'Supermarine Spitfire' dan
majalah dunia kapat terbang akan membawa anda
kembali ke zaman lampau....

Bola Hot Cup Maggi Euro 2012

Wah! Geng-geng bola yang layan Euro 2012 hinnga
santak pagi, ada yang masuk kerja pun lewat
kerana tidak cukup tidur dan rehat bolehlah
happy-happy makan Maggi pada waktu pagi .
Hendak makan waktu rehat perlawanan bola pun
boleh juga!, tapi apa pun dapatkan bola getah
edisi khas dari Maggi Nestle ini kerana ianya boleh
diguna untuk menggenggam waktu anda naik angin
dalam menyaksikan perlawanan bola sepak Euro 2012
yang penuh dramatik, akustik, fantastik dan erotik!.
Bila kemarahan sudah cukup mendadak, maka bola ini
bolehlah di baling ke tv atau ke arah pemain mana yang
mengundang amarah. Jangan risau! tak pecah pun TV
sebab bola ini lembut dan boleh digunakan sebagai
alat senaman tangan yang santai di rumah atau di pantai.
Bola Maggi ini isteri baru berikan pada Jumaat 15 Jun 2012,
pun dia baru dapat dengan pembelian Hot Cup Maggi
di Stesen Minyak Petronas, belum ada poster promosi
lagi, cuma baru susun bola-bola di tepi cermin kaunter.
Ada macam macam warna, iaryylr rasa mungkin bola ini
ada 16 corak mengikut negara yang berentap?.
Syaratnya beli 2 hot cup maggi untuk satu bola.
Pisttt! pisttttt! shhhh! yang ini beli 2 dapat 1, selepas itu
minta lebih satu maka beli 2 dapat 2. Kalau anda dapat
percuma tanpa pembelian, atau dapat lebih-lebih itu
sangat untung, tetapi kalau anda kena beli 2 juga
hot cup untuk dapat 1 bola, jangan pula marah di kaunter
 "iaryylr dapat lebih kenapa saya tidak dapat lebih!!?"
kaih! kih! kih !kih! gurau saja! o.k?
 - Koleksi Bola Koleksi Maggi Koleksi Nestle -

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.