Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Nescafe Foldable Bag

Lagi beg boleh lipat Nescafe!
Beg membeli-belah yang boleh disimpan dimana sahaja.
 Tahun lepas dapat warna merah, tahun ini dapat Warna 
coklat dan ungu. Kesemuanya dengan corak berbeza.

'Nescafe Foldable Bag'
opvouwbare tas - opvouwbare tas - 折疊袋 
bolsa plegable - sklopiva torba - faltbare Tasche

Nescafe Foldable Bag

Beg boleh lipat Nescafe
Beg membeli-belah boleh lipat yang ringkas.
Mungkin diperbuat dari poliester, asal Nescafe!.

opvouwbare tas - opvouwbare tas - 折疊袋
bolsa plegable - sklopiva torba - faltbare Tasche

Koleksi Gelas Lama Terapung....

Keris pun boleh berdiri dengan sendiri inikan pula
gelas boleh terapung, Misteri hantu gelas?
Waktu terapung, cepat-cepat ambil gambar!
Memang mula-mula terlopong juga!
"Terapung apa ke bendanya!? ambil gambar dari bawah
cermin lutsinar saja, macamlah orang tak tahu!"
Shhhh! diam-diamlah, apalah kau labu!

Nestle Yoco Minuman Susu Kultur

"Baik Untuk Kanak-Kanak Yang Membesar"
 - Promosi Nestle Yoco pada bulan Ogos 2012 -
Set alat tulis Nestle Yoco percuma ini terdiri daripada...
1- Pembaris Nestle Yoco
2 - Pemadam Nestle Yoco
3 - Pensil Nestle Yoco
Serampang 5 mata, bagi yang mengumpul pemadam, pensil,
pembaris, set alat tulis dan jenama Nestle.

收集可口可樂 www.iCoke.com.tw

收集可口可樂
Coca-Cola Taiwan
250ml adalah lebih sihat...
Perbandingan dengan Coke Malaysia 285ml
Disumbangkan oleh adik kepada abangnya,

業餘愛好和收藏品 - Hobi Dan Koleksi

Anlene - Fernleaf - Anmum - Anmum Essential

Dawn to dusk New Zealand Milk is a must!
Lembu yang melompat melampaui imaginasi!
Dengan 4 jenama yang amat dikenali...
Anlene dan Fernleaf
ANMUM serta ANMUM Essential
pada satu mug New Zealand Milk.

Koleksi Mug - Sammlungen Mugs - マグコレクション
Krus Samlinger - taza de colección

Tin Susu Tepung Rancangan Makanan Tambahan

Susu tepung penuh krim rancangan makanan tambahan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Penuh krim...
Tidak sesuai bagi bayi yang berumur di bawah 6 bulan.
Nampaknya memang tidak ada gambar apa-apa.

Mug Pepsi Thierry Henry 2006

'Fifa World Cup 2006 - Pepsi Football Superstars'
Mug Pepsi Thierry Henry
 Mug ini  adalah keluaran Pepsi sempena Piala Dunia 2006.
Menampilkan Thierry Henry sebagai Superstar Pepsi
Pepsi... ada lagi!
( pepsi-sammlung )

Nestle Coffee-Mate "Ku Untukmu"

Beli Nestle Coffee-Mate percuma Kole! pergh! lagilah
menarik bila keduanya dalam 1 kotak istimewa ala-ala
'kotak pemberian' atau sesuai sekali ianya dijadikan
hadiah buat diri sendiri atau kepada sesiapa yang
dihajati, 'ku untukmu' sama ada dari Nestle atau
pun dari si pemberi kepada si penerima.
Nestle Coffee-Mate 'Ku untukmu' pertama kali nampak
dari blog Bro Spallan "terjenguk-jenguk" , kali ke-2
pada 24/10/2012, apabila tengok harganya berbaloi
dengan souvenir dan pembungkusan menarik iaryylr
terus sambar 1, lepas itu terjenguk-jenguk tambah lagi
satu, tunduk tegak tunduk tegak naik teleng dibuatnya,
isteri pun syorkan tambah lagi sekotak, baru iaryylr
berlalu pergi... macam lampu hijau pula keh! keh! keh!.
Nak beli lebih-lebih pun kena tengok tarikh tamat
tempohnya, kalau tak membazir saja. Beli lebih bukan
kerana sifat tamak, tetapi faktor-faktor di atas dan juga
pembelian dalam harga diskaun pasti menguntungkan.
Kalau iaryylr ada kedai sudah pasti berdozen-dozen
beli buat jual kat kedai, ada untung sikit-sikit jadilah.
Pemberian percuma dalam satu kotak sememangnya
menarik, boleh terus bayar dan tak perlu ke kaunter
servis, lagipun pembungkusan sebegini sesuai dijadikan
hadiah dan menarik untuk disimpan.

Klassno Rich Arabica Coffee

Klassno Rich Arabica Coffee
"Natural Source Of Antioxidants"
Beli sebungkus RM7.++ dapat 1 Mug eksklusif
bibir bergelang warna perak kira berbaloi apa?.
Esoknya nak beli lagi yang percuma mug, tapi sudah
licin Klassno di raknya. Klassno jenama kopi kisar
yang tidak sunyi dengan souvenir sebagai promosi.
Banyak juga souvenir Klassnor yang terpaksa dilepaskan.
Apapun kena ada juga untuk mempelbagaikan jenama
dalam koleksi dan hobi mengumpul mug ini.

Campbell's Condensed Soup

Mug campbell's condensed soup
iaryylr
Sup Campbell's, kalau ada sup ekor Campbell's bagaimana ya?
koleksi mug iaryylr
atau kita cuba saja dengan mencampurkannya dengan sup ekor?
belum cuba belum tahu? sudah cuba baru tahu!

Downy Hello Kitty Malaysia

'Hello Kitty' Si Kucing yang dibawakan khas oleh
Pelembut Fabrik Downy yang terkenal.
'Downy Fabric Softener'
Beberapa bulan lalu, sewaktu di bumi dan bukan di bulan.
Seperti biasa dan lenggang kangkung, iaryylr dan isteri
 berjalan-jalan di pasaraya yang berbau dengan berbagai produk
yang bisa mengeluarkan pelbagai bau serta kadang-kadang
turut terbau bau-bauan pengunjung yang tidak disengajakan.
Apapun dipendekkan cerita terjumpalah pelembut fabrik
Downy edisi 'Hello Kitty' yang disertakan dengan tuala kecil
'Hello Kitty' si Kucing popular yang comel.

Kisah 2 Ekor Beruang Panda di Malaysia

Mineral Pot "The Water Of Vitality"
- BEIJING XI ASIAN GAMES -
The Official Dringking Water
Temasya Sukan Asia ke-11 telah diadakan di Beijing China
pada 22 September 1990 sehingga 7 0ktober 1990.
Maskot pilihan Tuan Rumah sempena Kejohanan tersebut 
adalah Panda yang diberi nama PanPan.
Pada kejohanan yang berprestij itu
Malaysia telah berjaya membawa pulang 2 pingat emas,
2 pingat perak dan 4 pingat gangsa.

Orbs Malaysia

Permulaan Orbs yang sering diperkatakan...
Orbs Digital

Lingkaran Nyamuk Shelltox 75 Sen

Jalan-jalan Garaj Sale Anggrik Mall pada 2 minggu lalu...
Arghhh! ternampak pula gambar Mancis Shelltox biru
ini di kotak lingkaran nyamuk Shelltox, apa hendak
ditunggu lagi?, beli saja dengan segera!.
Dapat dari Bro Fitri yang berniaga di situ. TQ Bro! 
'Shelltox Mosquito Coil'
Inilah Lingkaran Nyamuk Shelltox yang telah
diuji SIRIM kira-kira 25 tahun yang lalu.
Shelltox kotak biru!
Harga pun baru 75 Sen pada 25 tahun yang lalu.
Buka bahagian dalam tapi yang ini tidak ada
peletak lingkaran pula. Baunya masih segar.
Ada logo Shell pada pembalut lingkaran nyamuk.
Tarikh mengilang pada 31 Julai 1987
Sayang sekali tiada mancis Shelltox, apa pun simpan
sebagai rujukan mancis dan racun nyamuk.

Nak lihat Shelltox King Merah boleh pergi sini
Nak lihat Mancis Shelltox Merah sila singgah sini

Google Translate
Malaysia : Nyamuk - Filipino : lamok - Bulgarian : комар
French : moustique - Spanish : mosquito 
English : mosquito - Italian : zanzara - Greek : κουνούπι
Hungarian : szúnyog - Croatian : komarac

Halo Bulan Sabah Ogos 2012

Fenomena Halo Bulan ?
Sayang kamera tak dapat ambil dengan jelas...
Sejelas mata yang memandang...
Seindah panca indera menikmati malam...

Koleksi Milo - Pensil Milo

"Brings out the champion in you!"
Semangat Milo nampaknya pensil ini...
dah pensil pun namanya pensil Milo, takkan
pensil 'semangat hutan' pula.... tapi pensil ini
 jugakan diperbuat dari sumber hutan?...

Pensil dalam bahasa...
Spanish : lápiz - Russian : карандаш - Dutch : potlood
Italian : matita - Crotian : olovka - Turkish : kalem
Portuguese : lápis - Bulgarian : молив

Koleksi Pensil - McDonald's

www.mcdonalds.com.my
"i'm lovin it!"
www.mcdonalds.com.my/
Kuning Merah McDonald's
koleksi pensil
Pensil dalam bahasa...
Spanish : lápiz - Russian : карандаш - Dutch : potlood
Italian : matita - Crotian : olovka - Turkish : kalem
Portuguese : lápis - Bulgarian : молив

ดินสอ KFC KIDS FUN CLUB

Sudahkah  Anda sertai KFC KIDS FUN CLUB ?
Pensil Kuning "KFC That's Where I Want To Be"
Jika Anda sudah melebihi had umur, daftarkanlah anak,
adik atau anak saudara anda sebagai ahli 
"KFC KIDS FUN CLUB"
 - ดินสอ -

Pensil dalam bahasa...
Spanish : lápiz - Russian : карандаш - Dutch : potlood
Italian : matita - Crotian : olovka - Turkish : kalem
Portuguese : lápis - Bulgarian : молив

PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG

Pendidikan Cemerlang Kedah Terbilang
Pensil 2B Hijau Kuning....
Dari Kedah ke Selangor...
( hobby's en verzamelingen )

AMBANK GROUP

Note Box ke? Memo Box ke? asal merah bergaya.
Gaya gitu kotak merah berlogo Kumpulan Ambank.
 ( hobby's en verzamelingen )

Koleksi Milo dalam Kabinet Pamer

'Display Cabinet' atau 'Display Showcase' 
ini adalah untuk Milo beraksi buat sementara waktu.
Barangan dan souvenir Milo ini telah dikumpulkan
dari beberapa tempat. Pengumpulan ini memberi 
peluang pada Milo mengenali suku-sakatnya yang
begitu banyak dan berpuak-puak. Ada dari Puak
Kole, Puak Pensil, Puak Mangkuk dan lain-lain.
Banyak lagi saudara-mara Milo di perantauan.
Ada yang masih didagangkan dan ada yang masih
di kedai-kedai selain dikurung oleh peminat Milo
itu sendiri yang berbilang bangsa dan keturunan.
Ada  juga rakan-rakan Milo yang berada di bahagian
bawah ruang pamer, bukan kerana berpenyakit atau
tidak setaraf, tetapi disebabkan kesempitan ruang.
"Sambil pencerita menyelongkar dan menyusun,
sambil itu pula pencerita akan membuat pencarian
adik-beradik Milo yang lain dalam talian internet. 
Baru belajar membeli-belah di internet rupanya"
Masih banyak yang perlu dicari, bagai jejak kasih
dengan bajet minima. Mana ibu, mana bapa,
mana sanak-saudara. Adik-beradik Atuk dan Nenek
Milo pun belum belum ketemukan inikan pula Moyang
moyangnya yang kebanyakkannya perlu ditebus
dengan kos yang tinggi, setinggi nilainya seiring
dengan hari-hari yang berlalu dan kenaikkan harga
gula, minyak dan juga barangan keperluan.

Itulah perlunya jaringan Milo yang terdiri dari
kolektor dan penjual yang terjalin secara langsung
atau tidak langsung asal dari minat yang sama.

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.