Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

KOLEKSI MUG DARLIE Y2K

Mug Darlie yang dikeluarkan sempena tahun 2000
Menampilkan Mickey Mouse sebagai karektor.
Kalau ada Mickey tentu ada Minie kan?
Ada cerita menarik menjelang tahun 2000? Y2K?

LKIM LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA

LKIM LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA
Sebuah Organisasi 
Sepakat Membina Kualiti
Sambutan Hari Kualiti & Produktiviti LKIM.

Sewaktu kecil, kalau dengar 'lembaga', pasti mengaitkannya
dengan hantu atau kejahatan, biasalah dengar atau terbaca
berkenaan  lembaga misterilah, lembaga hitamlah, kelibat
lembaga dan bermacam kisah misteri berkaitan lembaga.
- Koleksi Mug -

Blackmores - Vitamins and Dietary Supplement

Blackmores The Best Of Health
Blackmores adalah vitamin dan suplemen makanan
yang terkenal, Jenama ini telah pun berusia 80 tahun.
Sejarah Korporat bermula di Queensland, Australia
pada tahun 1930. Ia adalah wawasan dan semangat
naturopath perintis Australia, Maurice Blackmore.
http://www.blackmores.com.my
Mug ini iaryylr beli beberapa minggu lalu, dapatlah
berjimat dari perlu membeli vitaminnya. Tidak silap
ianya percuma dengan pembelian 2 botol produk
BLACKMORES pada beberapa tahun lalu?.

SUPER POWER KACIP FATIMAH DAN COLLAGEN

Adakah Anda Cukup Power? Nak Power?
Kacip Fatimah an Collagen Super Power
Super Power Kacip Fatimah Dan Collagen,
Kopi pracampur dengan Kacip Fatimah.
Khas Untuk Wanita ya!.

MAKTAB TEKNIK POLIS DIRAJA MALAYSIA

MAKTAB TEKNIK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Ini adalah Mug Cenderamata  Kelab Kebajikan Dan Sukan
Maktab Teknik Polis DiRaja Malaysia.
Dapat barang-barang berkaitan Kepolisian atau Ketenteraan pun
menarik dibuat koleksi. Bukan itu sahaja, malah barang-barang atau
souvenir dari Perkhidmatan lain seperti Bomba dan Penyelamat
pun menarik. Setakat ini, iaryylr cuma ada sedikit barang dan
souvenir berkaitan seperti, mug, lencana dan rantai kunci.

KUAT HARIMAU

Sabun Serbuk Kuat Harimau 35g
Dapat percuma di pasaraya.
Sebut harimau, macam-macam boleh dikaitkan seperti
senaman harimau, harimau berantai, harimau jadian,
kuku harimau, daging harimau, ada juga pernah dengar
hari-hari mau.... .

KOLEKSI MUG - SUSU CARNATION

Mug Seramik Carnation
Mug Lama Souvenir dari Susu Carnation.
Mug ini diperbuat oleh Oriental Ceramics.
 - Siri Koleksi Mug Seramik -

Koleksi Gelas - Darlie

Gelas Darlie Tapak Emboss
Gelas kaca berombak berwarna biru laut.
Siri gelas gelas emboss...

GELAS LAMA SINALCO KICKAPOO

Gelas Dwi Jenama Sinalco dan Kickapoo
Campur saja jadi dwi rasa dan minum...
Aduh kepala kok pusing....
kok! kok! kok! kokkkkkkkk! petok! petok! petokok!

KOLEKSI MUG NESPRAY

Mug Nespray dengan gambar klasik Steamboat Natchez.
Mug ini adalah mug seramik keluaran Oriental Ceramics.
Mug Lama Souvenir Nespray
Setakat ini ada 5 corak dalam simpanan, tidak diketahui berapa
corak keseluruhan untuk melengkapkan set.
Sememangnya membesar juga dengan Nespray, kah! kah! kah!

COCA-COLA LANYARD

Selongkar-selongkar jumpa tali penyandang...
COKE Coca-Cola Lanyard
with Key Ring, Swivel Hook, ID Holder and HP Strap
Souvenir dengan pembelian coke di 7-eleven tidak lama
dulu, tidak ingat bila tapi waktu musim bola agaknya?.
FIFA World Cup 2010?
Baru ada beberapa jenis lanyard dari pelbagai jenama,
kalau ada banyak boleh juga jadi koleksi lanyard.
Apapun simpan dulu dalam koleksi jenama.

Butterfly Mantle No:999 309-400 C.P

Butterfly Mantle No:999 309-400 C.P
Inilah alat ganti tulen lampu gasoline "Butterfly"

Koleksi Mug - QUAKER OATMEAL

Quaker Oatmeal 100% Natural
"For A Healthy Heart"
Rasa menarik betul mug quaker ini, sayang cuma ada satu,
nak kena cari lagi nampaknya, cun rekaannya!.

Koleksi Mug - Kopi Kapal Api

Hasil buruan baru-baru ini seperti yang di gembar-gemburkan
Kanan Kopi Kapal Api - Menunjukkan gambar sebiji kopi 
Kiri Kopi Kapal Api - Menunjukkan gambar 2 biji kopi
Kopi Kapal Api Betul-Betul "KAW"
Mug lama dengan logo kapal api yang lama.

KOLEKSI MUG - KISS ME COUGH DROPS 2

Mug Kiss Me 'Cough Drops'
Hasil minggu lepas seperti yang diberitakan di
You'll Love It!
Mug dari jenama KISS ME, gula-gula berubat
yang melegakan batuk!
Gula-Gula Batuk / Cough Drop Candy

Mug Quaker Oatmeal

Mug Quaker Oatmeal biru
Kole Quaker Oats Mug
Mug ini adalah seperti yang diceritakan pada entri kelmarin,
Seingat iaryylr, mug seperti ini telah ada dalam simpanan.
Entah berapa warna yang ada ya?, iaryylr pernah nampak mug
Quaker ini yang berwarna merah di blog apa yang best sangat.
Mungkin ada 2 sahaja atau lebih warna agaknya?.

Koleksi Mug - Horlicks

Horlicks
'The Nourishing Food Drink'
Mug horlicks ini agak kecil tapi lebih besar dari cawan.
Kalau ada lapik pasti akan lebih menarik.
Dapat dari kedai minggu lepas.
- Koleksi Kole Mug -

Hunting, Jember, Buru, korek, Cari Barang Tersembunyi

Shah Alam
Semalam tidak ada kerja, ekonomi sedang menurun, kemelesetan.
Kemelesetan tidak apa asal jangan menuju ke arah setan.
Bukanlah seperti yang digembar-gemburkan memuncak.
Bukan disebabkan Amerika dilanda ribut, dan bukan juga
disebabkan Serangan di bumi Palestine baru-baru ini.
Bekerja di sektor swasta dan bekerja sendiri terasa kesannya,
Di sini beberapa industri seperti kilang besi sudahpun mengurangkan
pekerja, menjual harta syarikat, mengurangkan operasi dan ada
yang menutup terus operasi dan mengosongkan premis.
Di sini juga beberapa kilang sudah tidak beroperasi.
Di pintu masuk sudah tergantung papan kenyataan "Untuk dijual".
Bulan demi bulan produktiviti dan pengeluaran syarikat pun semakin
menurun, bulan demi bulan bertambah persaingan sihat penjual
nasi lemak dan serapan pagi, begitu juga pasar pagi dan pasar
malam serta di tepi-tepi jalan. Disebalik penutupan beberapa kilang,
bukanlah semuanya kerana di ambang kegawatan, ada juga yang
pindah lokasi kerana membesarkan perniagaan dan ada yang
mengecilkan operasi atas sebab tertentu.
Yang berpindah lokasi keluar negara pun ada.

wa! ka! ka!

Bila keadaan sekeliling sudah menunjukkan isyarat petanda
kegawatan atau turunnya tahap ekonomi negara, maka iaryylr pun
kurang kerja, bila telah kurang kerja, maka jalan-jalanlah jawabnya!,
( Panjang punya intro entah apa-apa! )
keh! keh! keh!

Pantai Morib
Jalan tidak ke mana, berserapan pagi dan cari kedai
lama yang masih bernafas. Bila sudah tidak ada bajet, terus
beri ucap selamat dan tanya tauke ada tak barang milo dan nescafe.
Tauke tanya mahu buat apa, jawab saja untuk koleksi.
Tauke cakap hari itu sudah orang angkat 3.
Rasa macam dalam bilik gelap saja, cuak juga rupa sebab sudah
lama tidak masuk kedai-kedai, tapi tauke suruh tunggu.
Tunggu punya tunggu, satu persatu barang diletak di meja.
Maka dapatlah iaryylr 17 biji mug, 6 gelas, 3 tumbler dan
1 jug air rokok. Ada lagi yang tidak diambil sebab sudah ada dan
masih mudah didapati.  Banyak lagi barang kalau nak dapat tapi
bajet tak ada dan kesuntukkan masa, lagipun dah cakap sama
tauke lain kali datang lagi, walaupun lain kali bukan menjanjikan
masih ada lagi atau tidak barang-barang yang diingini.
Kos pun agak tinggi dari kedai bundle atau lebih kurang 40%
dari harga yang biasa ditawarkan di pasaran. Tak satu barang
pun iaryylr minta harga dikurangkan, ianya sebagai satu
strategi juga dan bonus kedua belah pihak ( alasan ).
Tak dapat nescafe pun -

Bandar Klang
Matahari belum lagi atas kepala, bincang sama isteri nak pergi
mana lagi? jauh sikit bergerak ke kedai barang terpakai .
Selongkar punya selongkar dapat 4 mug sahaja dan beberapa
barang lain, memadai dari tidak dapat apa-apa.

Pekan Kapar
Cuaca tidak menentu, fikiran pun tidak menentu, mulanya
hendak balik saja "Home Sweet Home", tapi mahu jalan lagi
ke sebuah kedai terpakai yang tidak pernah dimasuki. 
Punya jauh datang tapi tiada apa yang dibawa pulang.
- Senyum sahaja -

Nak ke mana pula minggu hadapan? ada idea tak?.

Rumah
Barang yang berjaya dibawa pulang, walaupun belum diguna
tetapi hampir 35% telah menjadi rumah dan tandas
lipas, kerja mencuci pasti meletihkan dan memerlukan
kos lagi dengan bahan-bahan pencuci khas, meletihkan.
Antara barang-barang yang telah dimandikan, ada dari
jenama Darlie, Sunquick, hacks, Quaker, Horlicks,Sinalco,
Kapal api, Kiss Me, Nespray dan semestinya Milo.
Masa untuk berehat... .




POWER ROOT Ali Cafe Tongkat Ali Ginseng

POWER ROOT EURYCOMA LONGIFOLIA
Ali Cafe Tongkat Ali Ginseng
'Halim Othman'
Jenama Power Root memangnya terkenal, iaryylr cukup
minat dengan mug souvenirnya yang sentiasa eksklusif.
Walau bagaimana pun banyak lagi yang belum dimiliki.
Pasti ada yang perlu dibeli dan adakalanya tunggu diberi.
Sama ada barang datang sendiri atau kita kena pergi mencari.
- Koleksi Mug -

www.guardian.com.my

Mug Guardian Malaysia keluaran tahun 2010.
Untuk pengetahuan, mug dari farmasi Guardian ini
ada 4 corak kesemuanya yang bertemakan alam sekitar.
Setakat ini iaryylr baru berjaya mendapatkan 2 dari 4 mug
tersebut. Mug ke dua adalah mug ke empat pada senarai.
Klik Mug no.1 untuk melihat coraknya.
Mug no 2 : Recycle today for a better tommorrow.
Mug no 3 : Reduce - reuse - recycle Save our earth!
Mug no 4 : Make a change go green today!
Baru dapat bulan lepas selepas 2 tahun berlalu.
Lambat tidak kisah asal jimat dan berkotak.
Tinggal lagi 2 untuk terjumpa atau mendapat tawaran terbaik
mahupun sumbangan bagi melengkapkan set.
Mug "make a change go green today"

McVITIE'S DIGESTIVE Biscuit Mug Cup

McVities dengan souvenir mug atau kole
biskut yang amat  sesuai untuk mencelup biskut.
Mug ini terdapat 3 warna kesemuanya. Untuk melengkapkan
set, perlu ada mug warna kuning, hijau dan merah.
Nampaknya iaryylr akan mengambil masa untuk
mendapatkan si Merah dan si Hijau memandangkan
belum dapat sebut harga mampu milik.

Choose Cadbury

Mug Cadbury
Bukan semua mug boleh dapat percuma...
Beberapa tahun lalu jika tidak salah memori super komputer,
mug di atas percuma melalui promosi pembelian coklat,
kemudian beberapa bulan selepas itu ditawarkan lagi
 melalui permainan beli coklat dan putar roda.
Putar tidak dapat mug tapi dapat barang lain.
Beberapa minggu lalu dapat juga di jualan garaj Anggrik mall.
Beli saja dengan beberapa mug yang lain.
Adakalanya apa yang kita hajat bukan dapat begitu sahaja.
Ada masanya ianya perlu dilepaskan juga,
esok, lusa dan tulat pun insyallah boleh dapat jika masih ada.... .

Gold Choice White Coffee

MUG Gold Choice What a feeling!
Mug ini adalah percuma dengan pembelian Gold Choice
White Coffee pada sekitar bulan 4 tahun 2011. Ada
3 corak di keluarkan, namun iaryylr cuma ada 2 sahaja.
Untuk melihat mug berikutnya boleh klik sini.
Kalau ada 3 maka lengkaplah set. Ada sesiapa ada lebih?.

Mug Atau Cawan Kopi National?

National - Switch on the good life
Jenama National
Mug atau cawan? jika cawan mana lapiknya?.
Diperbuat dari bahan seramik, Mungkin jika ada
pelawat yang tahu akan cerita disebaliknya, bolehlah
berkongsi maklumat mengenainya.
 - Koleksi Mug -

www.DoubleASolveGlobalWarning.com

'Paper From Farmed Trees'
Double A
Mug dari Syarikat Kertas Double A tidak silap cuma ada
dua jenis dalam simpanan. iaryylr pun tidak tahu berapa
jenis yang telah dikeluarkan selama ini.
Hobi Koleksi kumpul kole atau mug...
Hobi mengumpul mug ini adakalanya sering mengelirukan,
hendak kumpul ikut jenama, kumpul ikut jenis atau
mempelbagaikan mug. Bagi iaryylr yang terjebak dengan
hobi ini, bermain dengan beberapa jenama dan jenis mug...
maka kumpul  apa saja mug yang boleh didapati.
Apa yang dikumpul adakalanya akan berkait dengan
benda-benda yang tidak dikumpul, maka  bertambahlah
apa yang hendak dikumpul. Contohnya Coca-Cola, 
mengeluarkan sudu edisi khas, F&N, mengeluarkan sudu
edisi terhad  dan Nescafe dengan sudunya .
Hasilnya pelbagai sudu dan jenama.



COCA-COLA TUMBLER

'Coca-Cola Contour Bottle'
 - Coca-Cola and the Contour Bottle are trademarks of the
Coca-Cola Company - 
Seperti yang tertera di tapak botol air aluminium ini.
iaryylr collection
コカコーラ・コレクション
Tumbler yang merah menyala ini adalah keluaran pada 2011.
Koleksi Coca-Cola
Botol Aluminium Coca-Cola la! la! la!

Bekas Nescafe Body Patner Biru

Nescafe '1 Taste Of Goodness'
Setakat ini iaryylr cuma ada bekas warna biru, oren, coklat
dan kuning, ada sesiapa nampak yang warna merah atau
hijau?, kalau ada nampaknya kenalah lengkapkan set.

Bekas Milo 1 KG?

Bekas Milo 1 Kg ke ini?
Koleksi Milo
Simpan sahaja kalau MILO namanya...
Koleksi Milo
Dunia Milo pun semakin meriah!

Tumbler Indocafe Biru

Tumbler Indocafe Biru...
Sebuah botol minuman yang diperbuat dari aluminium
dan berpenutup plastik. Untuk mengetahui souvenir
terkini dari  INDOCAFE bolehlah singgah di

Mati Main Mercun 2

Bebas sahaja budak-budak main mercun beberapa hari ini.
Malam ini dari tadi bising, pasti bising sampai pagi.
Saban tahun semakin menjadi-jadi.
Yang nak seronok cuma beberapa orang tapi bisingnya
menyakitkan hati ramai orang.
Pejam celik pejam celik sudah berpuluh tahun larangan
bermain mercun dan bunga api berkuatkuasa
Amaran demi amaran bagai sekadar amaran dan kata kosong. 
Mercun bukannya seperti dadah yang hanya memerlukan
ruang minima untuk diseludup masuk, namun akal dan
nafsu mengatasi segalanya, tepuk dada tanya selera.

Gelas Nescafe Classic

Gelas Klasik Nescafe
Dari pemerhatian, nampaknya ini adalah antara gelas lama
yang kembali dan menyerang pengumpul-pengumpul
gelas dan jenama Nescafe, betul ke? oh! ioko?.
Kebetulan iaryyylr ada lebih, bolehlah hantar untuk
dijual di tapak  pasar karat tak pun sebagai tukaran
untuk barang lain bagi yang berminat.

Body Patner Nescafe

BODY PARTNER NESCAFE
1 TASTE OF GOODNESS
1 NOW 1 NESCAFE
Bekas Nescafe warna oren ini telah dikeluarkan tidak lama
dulu, mungkin sewaktu 'body' bertemu 'partner'
maka "1 taste of goodness"
Beberapa tahun lepas dapat yang warna oren, selepas itu
berturut warna kuning, biru dan coklat. Tidak diketahui
sama ada terdapat warna lain seperti merah dan hijau.
Kalau ada bolehlah berkongsi maklumat mengenainya.
"dah lama tak minum Nescafe Neslo...."

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.