Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Koleksi Milo - Bulu Tangkis Milo

Bulu tangkis MILO ada, tapi mana pula raket MILO?
Inilah bulu tangkis terberat lagi mudarat jika dibawa bermain!
Macam bentuk Apollo pun ada!?
Koleksi Milo - Alat Tulis Milo
Pengasah pensil MILO berbentuk bulu tangkis,
rekaan kreatif dengan semanagat kesukanan.
Pengasah pensil Milo.
Ada-ada sahaja souvenir dari MILO, buat orang tertarik.
Pengasah pensil lama Jenama Milo
Inilah hasilnya membeli-belah dalam talian. Syok nya!,
lagi syok kerana ianya pernah dimiliki tidak lama dulu.
"Yang hilang datang berganti tak seperti acara lari berganti-ganti"
< Koleksi Milo - Pengasah Pensil Milo >

Koleksi Milo - Pengasah Pensil Milo

Pengasah Pensil Milo Globe Bola Dwi Warna!
Koleksi Milo dengan Pengasah Pensil Milo
Boleh berputar ikut suka you!
Souvenir Milo Nestle Malaysia
Boleh ditanggal dan pasang juga ikut suka you!
Minum Milo Kumpul Koleksi Milo
Cari dan masih mencari barang percuma dari Milo.
Seronok dikumpul, terkenang masa lalu.

Pensil Warna Milo 7 Pelangi

Lagi pensil warna jenama MILO!
Jika kira-kira 2 tahun lalu iaryylr ada terbitkan entri
Pensil Warna MILO dengan 12 batang pensil warna,
pensil warna kali ini pula cuma 8 batang di dalam
bekas yang hampir serupa tetapi kecil sikit saiznya.
Adakala kena korek barang di luar, ada masanya kena
cari barang barang di dalam rumah sendiri... baru jumpa
balik mana yang hilang, keh! keh! keh!
Souvenir MILO memang barang yang menarik di kumpul!,
mendapatkannya juga memerlukan banyak cara.
Pilih saja cara mana yang sesuai dan mampu.
> Koleksi Milo - Alat Tulis <

PENGASAH PENSIL MILO GLOBE

Pengasah Pensil Globe Milo,
Mendidik mengajar membersih bumi.
Kita sambung semula barang lama ini macam main puzzle pula!
Pengasah pensil Milo ini iaryylr beli kat mudah.com beberapa
bulan lepas, sekali-sekala mendapatkan barang dengan tidak
keluar dari rumah pun ada baiknya. Kurang sikit sakit sendi
tulang, kuranglah menyedut udara perasapan.
Maka bertambahlah koleksi milo.

Kotak Milo Permainan Pengembaraan

Jom teroka lautan dengan kapal selam! 
Nestle Breakfast Cereals kali ini membawakan siri promosi terkini
"Discovery - explore YOUR WORLD"
Bijirin Serapana Milo Nestle - Kapal Selam Hijau
Jika dengan siri bijirin serapan Nestle 170 gram seperti Milo,
KOKO KRUNCH dan Honey Star? terdapat 3 buah buku  nota beraktiviti
percuma ditawarkan ( 1 buku nota pada setiap kotak promosi ),
3 permainan CD cabaran pula menjadi pilihan untuk
dikumpul dengan siri bijirin serapan Nestle 330 gram.
(Percuma 1 CD pada setiap kotak promosi 330 gram )
Permainan Pengembaraan - CD 1 Artik , CD 2 - Lautan - CD 3 - Hutan
Nak kumpul 3 cd permainan kesemuanya, perlu beli 3 kotak,
Perghhh! mana cukup bajet, pun tak habis makan nanti keluar
pula promosi lain. Sebab lebih suka Milo, dapatkan sahaja
 1 CD Cabaran Discovery nombor 3 iaitu 'Cabaran Hutan'.
Lainlah kalau dapat percuma begitu sahaja :) .
- Koleksi Milo -

Koleksi Milo

Pelekat Milo
Beli air Milo kotak untuk ambil pelekat kumpul dan menang .

NESTLE MILO Breakfast Cereal

'NESTLE MILO Breakfast Cereal'
Sekotak Bijirin Serapan Milo, Percuma Buku Nota Beraktiviti Nestle.
Yang dikejar buku nota dan yang digendong kotaknya.
Ditelan bijirin sihat tubuh ditelan kotak sakit otak.... .
Ya! Jerung juga suka berserapan bijirin sarapan Milo campur susu! 
tabur saja atas laut macam tabur makanan ikan dalam akuarium.
Nestle Breakfast Cereals kali ini membawakan siri promosi terkini
'Discovery explore YOUR WORLD'
Di kotak bijirin serapan KOKO KRUNCH, Honey Star? dan Milo.
Untuk kotak siri bijirin serapan Nestle 170 gram, 3 buah buku
nota beraktiviti ditawarkan untuk diterokai kerana ada Aktiviti
Rekaan Menarik, Fakta Menarik dan Permainan Yang Hebat .
( Seperti yang dinyatakan pada kotak )
3 buah buku nota beraktiviti untuk anda berseronok sambil
berekplorasi di lautan, zaman pra sejarah dan angkasa lepas.
Dengan pembelian sekotak 'Bijirin Serapan Nestle Milo', iaryylr
dapat satu buku nota beraktiviti untuk menerokai 'Angkasa Lepas'.
Buku nota ini nampaknya cuma ada cop dagang Nestle sahaja, kan
elok dan lebih bernilai jika ada cop Milo dan lain-lain keluarga bijirin
serapan Nestle, tentu lebih menjadi rebutan. Mungkin akan datang
akan ada pula souvenir buku nota Milo yang baru, tentu syok!.
Salah satu aktiviti dalam buku nota ini adalah mencari perbezaan
gambar, jadi sambil makan bijirin serapan milo, minum milo,
makan milo, kita boleh segarkan minda dan tajamkan penglihatan.
Buku nota ini kecil saja saiznya, bolehlah asal percuma :).
Dapat kotak milo, dapat buku nota, dapan makan bijirin.

The PENGUINS of MADAGASCAR

The PENGUINS of MADAGASCAR
www.nickelodeon.tv
Milo oh! Miloooooo!... Milo datang lagi! yeah! heh!
Percuma Penanda Buku dengan Bijirin serapan Milo.
Mula-mula tak mahu, tapi... arghhh! belilah sekotak dari tiada,
lagipun sekarang 'Bijirin Serapan Nestle' sudah ada promosi baru.
'Discovery Explore YOUR WORLD'
Ada 3 penanda buku yang ditawarkan berupa karektor dari filem
animasi The PENGUINS of MADAGASCAR.
Iaryyr pilih karektor Mahson atau Phil yang terdapat pada kotak
Bijiran Serapan Milo kerana Milo dan kerana Karektor ini
nampak comel. Setakat ini yang iaryylr nampak, untuk 2 lagi
karektor lain pula, ianya terdapat pada kotak Bijirin Serapan
KOKO KRUNCH dan HONEY STARS jika tidak silap.
Jika Karektor lain pula terdapat pada kotak Milo, mungkin iaryylr
akan fikir duduk termenung renung-renung untuk mendapatkannya.
( Koleksi Milo + Koleksi Penanda Buku )

Leggo's Alfredo Creamy Pasta Sauce

'Leggo's Alfredo Creamy Pasta Sauce
with fresh cream & cheese'
Apa yang terbungkus dan percuma bersama botol sos pasta ini?
Apa? percuma buku resepi bernilai RM18.90?
alamak!, baru saja beli krim sos pasta jenama lain baru-baru
ini, muncul pula buku resepi 'Cook Italian' Leggo's.
Gedebak gedebuk bincang dengan isteri, akhirnya beli
2 botol sos pasta untuk mendapatkan 2 buku resepi 
eksklusif yang berkulit agak keras dengan helaiannya yang
penuh warna-warni . Pergh! Buku resepi masakan Itali!.
Buku resepi Leggo's Alfredo 'creamy pasta sauce'
masak secara Itali ini setebal lebih 100 muka surat.
Memandangkan iaryylr ada  mengumpul buku resepi
souvenir dan resepi berbentuk risalah dari pelbagai jenama, 
maka buku resepi ini tidak dapat dilepaskan, SAPU!.
- Buku resepi koleksi masakan Itali -

Raja Semut Api

"Raja Semut Api"
'Kalau digigit semut ini pasti kita boleh jadi Kapten Semut atau
Baja Hitam, tak pun boleh jadi Kapten Lalat'
Gaban jauh sekali!
Itulah imaginasi kanak-kanak yang berangan nak jadi adiwira.
Nak jadi Superhero konon!

Pelita Minyak Tanah Mini

"Mini hurricane Lamp"
Pelita Minyak Tanah
Musim hujan petir berdentum-dentam,
geluduk kata orang lama, angin kuat mematikan lilin.
Tabung tempurung dan buluh pun tidak boleh menyanyi.
Di dapur ada sebotol minyak tanah,
buat nyawa pelita penerang malam... .

Jerung pun berparti naik motor pakai topi

Beli sebungkus wafer coklat Nestle dapat 1 pelekat magnet,
beli 100 bungkus dapat 100 pelekat magnet... .
1 Party pack FREE 1 magnet
Ada 4 corak kesemuanya untuk dikumpul, nak lengkap
set kena beli 4 bungkus, iaryylr cukup ada Si Jerung
main papan luncur dan Si Jerung tunggang skuter.
Pilih yang main papan luncur sebab nampak rock dan
yang tunggang skuter sebab iaryylr ada skuter.
Koleksi fridge magnet pun bertambah!
"Cukup-cukup sudah..." simpan bajet sikit nak beli
keperluan lain, lagipun ekonomi bukan tengah naik,
tempiasnya lebih 15 rakan sekerja ambill vss.
Selamat tinggal rakan-rakan, semoga kalian sukses
memulakan cabaran baru dalam kehidupan.
yehaaaaa!

Paip Air - Water Tap

Paip Air, Pili Paip, Kunci Air, Pili Air dibuang jangan,
jika rosak boleh timbang atau simpan saja buat koleksi.
Ada bemacam rekaan dan saiz, dan ada yang berusia 
melebihi usia kita sendiri, cuma mana nak cari yang lama?
pasti ada yang menyimpannya... .
Paip air lama yang berusia 20 tahun, baru dimiliki baru-baru ini.
Dulu memamg banyak iaryylr tukar kepala paip, tapi
tak simpan, ada juga yang kena timbang. Hati memang
nak simpan tapi fikir tak ada tumpuan, lepaskan saja.
Dulu kalau rosak boleh dibaiki jika getah cincin 'O'nya,
Paip air sekarang banyak dari plastik dan besi campuran.
Paip air tembaga walau masih boleh dapati namun kurang
jenis dan rekaanya, mungkin akan datang ianya sukar
didapati atau tiada lagi di pasaran, tidak silap barangan
tembaga pada air pun ada khasiatnya tersendiri?.

"Jika ada sesiapa nak sumbang paip air pun boleh juga,
kongsi info berkaitan paip air tembaga pun menarik ooo!"

Maxwell House Instant Coffee

'Lagenda Budak Kopi'
Kopi Segera Maxwell House dengan souvenir eksklusif
kole keluaran claytan genuine stoneware.
Sungguh istimewa...
http://hobby-collection.blogspot.com/
Claytan Genuine Stoneware
Mug ini walau sudah berusia, namun tiada retak seribu
dimakan cuaca, rasa ingin menggunakan tapi sayang
cuma ada satu dalam simpanan, Baru tapi stok lama.
http://hobby-collection.blogspot.com
Maxwell House Instant Coffee
Bila ada gelas cari botol, begitu juga mug ini, nampaknya
kena cari botol Maxwell House lama sebagai peneman.
Rasanya di Malaysia dulu botolnya berbentuk balang.
Jom ke blog Blues Riders untuk lihat contoh balang
Maxwell House lama yang sesuai digandingkan.

Koleksi Produk Kopi - Koleksi Mug

Iaryylr nak beri berapa markah bintang dari 5 bintang?
Tema dan Jenama : 5 Bintang
Daya Tarikan : 4 Bintang
Cap Dagang : 5 Bintang
Nilai Pembelian : 5 Bintang
Markah Bintang Keseluruhan : 5 Bintang
Markah bintang Anda?

MARIGOLD UHT MILK

"MARIGOLD UHT MILK"
Susu yang berwarna-warni?
Lembu yang comel ini pandai melukis dan mewarna.
Pensil warna eksklusif ini percuma dengan pembelian
6 x 250ml susu kotak Marigold UHT, promosi lama?.
Souvenir tempah khas, memandangkan dari pembungkusan,
kotak dan pensil warna ini bertemakan Marigold susu UHT.
Souvenir sebegini pandangan iaryylr sudah dikira eksklusif.

Kita hendak beri berapa markah  bintang dari 5 bintang?

Tema dan Jenama : 5 Bintang
Daya Tarikan : 4 3/4 Bintang
Cap Dagang : 5 Bintang
Nilai Pembelian : 5 Bintang
Markah  Keseluruhan : 5 Bintang

Sekarang ada sesetengah souvenir dari syarikat tertentu
ibarat pepatah moden "Main tangkap muat".
Sekurang-kurangnya wajar ada cop dagang.

NESPRAY 'STEAM COACH' by GURNEY 1827

Vintage Pottery
'STEAM COACH' by GURNEY 1827
Kole dengan gambar lukisan klasik kenderaan wap ini
adalah keluaran lama,souvenir dari pembelian susu Nespray.
Kole ini adalah buatan dan keluaran Oriental Ceramics.
'STEAM COACH' by GURNEY 1827
Gambar lukisan pada mug ini pula adalah hasil lukisan yang
 juga terdapat pada pinggan dan kole vintaj luar negara.
Mungkin kerana ianya lukisan kenderaan wap popular,
maka ianya menjadi pilihan pengeluar luar dan dalam negara.
Mug Susu Nespray
Teringin nak jadi budak semula dan minum susu Nespray.
- Koleksi Mug Lama -

FedEx Ambassador

Hp Strap FedEx Ambassador 2006
"Express We Live To Deliver"
FedEx

Pal Sweet Ajinomoto

Pal Sweet
Bukan Sekadar promosi kosong, dan ujian rasa...
ada juga sampel "Untung Orang Ramai"
Ada logo halal terkini lagi.
Pemanis Semula jadi dari jenama ternama Ajinomoto,
sama manis, rendah kalori.
Kumpul risalah bersampel  pun menarik!
Risalah pengenalan produk beserta sampel percubaan ini
menambahkan lagi koleksi risalah atau phamplet collection.
Mengumpul risalah juga adalah hobi mengumpul yang
mudah lagi bersahaja. Ada juga orang suka mendapatkan
risalah untuk dikumpul kerana hobi dan koleksi, ada juga
kerana terdapat maklumat yang menarik pada risalah tersebut
yang boleh dijadikan rujukan dan ada juga yang
buat duit dengan cara "kumpul dan timbang"
iaryylr mengumpul risalah kerana hobi dan sebagai rujukan.

Gunting Lipat Bersaiz Besar

Gunting Lipat Bukan "Gunting Dalam Lipatan"
http://hobby-collection.blogspot.com
Made in China
Gunting serbaguna old skool paling top ?
Perbandingan dengan gunting lipat yang kecil.
koleksi gunting
SHEAR BRAND
Jangan salah guna gunting ya?

DOUBLE A Screen Cleaning

Pembersih skrin monitor, jam, telefon bimbit, pda dan kamera
dari jenama kertas kosong popular DOUBLE A.
Disertakan dengan tali pengikat, amat sesuai untuk
pengguna telefon bimbit dan kamera.
Agak-agaknya ada orang buat lap muka tak?

Penyepit Spageti Prego

Penyepit Spageti Prego Eksklusif
Souvenir dengan pembelian RM15 ke atas di pasaraya.
Penyepit istimewa berwarna merah.
Jangan buat cepit hidung ya!
Jom Prego...

Tin munchy's Oat Krunch

Tin munchys Oat Krunch, ada 3 warna untuk dikumpulkan.
Macam mana menarik tak? tapi harga naik sikitlah?.
Makan biskut, simpan tin, buat tambah koleksi tin dan
jenama munchy's dalam simpanan.

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.