Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Harga Emas Turun!

Harga Emas yang menurun sejak beberapa minggu
lalu, kini mula naik sedikit demi sedikit.
Namun masih nilai yang terbaik untuk mereka
yang berkemampuan untuk memilikinya dengan
kadar harga terbaik sebelum harga kembali ke paras
menggigit jari atau terkedu mahupun keluh kesah.
iaryylr tidak ada bajet nak beli emas, jadi cuma
dapat belon percuma dari kedai Emas TOMEI.
Ini pun sumbangan dari anak buah juga!.
Belon pun belonlah! ini kali lah!lain kali lah!
iaryylr memang ada simpan beberapa belon free tapi
susahlah jika ianya sudah diguna pakai.

Bekas Sos MAGGI Buluh Perindu

Bekas Sos Maggi Klasik
Bekas Sos Maggi Seramik
Koleksi Maggi / Buluh Perindu
.....dengan motif Pokok Buluh Perindu?

NESCAFE 'Mo-Ka'

Nescafe Mocha
Campuran kopi + coklat yang lazat
Ini adalah poster promosi Nescafe Mocha.
iaryylr ambil gambar ini di Kota Kinabalu Sabah.
Tak sempat nak buat ayat untuk mendapatkannya
kerana kesuntukkan waktu atau sekadar alasan
sebab tak yakin untuk mendapatkannya dengan
sempurna sebab terlalu kuat double tape nya.

Fotografi Adroid - DUNIA GULI

Fotografi Kamera HP / Fotografi Adroid
Tajuk : Dunia Guli
Kamera Telefon Bimbit : Samsung Galaxy Grand Duos
Aplikasi Foto Adroid : FX Camera / Fisheye / Circular

Ringkasan Aplikasi
FX Camera Versi : 2.6.8 / Size 9.69MB
FX Camera adalah aplikasi percuma keluaran
BITCELLAR.INC.
FxCamera menyediakan cara yang mudah untuk
mengambil gambar dengan pelbagai kesan khas.
Lebih dari 40 filter unik yang ditawarkan untuk
Anda menjadi lebih kreatif.
Ia telah dimuat turun sebanyak 20 juta pengguna
di 200 negara, menjadikannya salah satu daripada
aplikasi kamera yang paling popular di dunia

Ringkasan Kamera Telefon Bimbit
Samsung Galaxy Grand Duos GT - 19082
Sistem Operasi : Adroid Jelly Bean 4.1.2
Fungsi Tersedia Kamera dan Video
Hadapan / 2 Megapixel
Belakang / 8 Megapixel
Keupayaan LED Flash, Auto Focus, CAF
atau Continuous Auto Focus, Digital Zoom,
Focus Mode, Scene Mode, Shooting Mode,
Timer, Exposure Value, ISO, Metering,
Auto Contrast, Outdoor Visibility, Resolution,
White Balance, Guidelines, Anti-Shake, GPS Tag,
Contextual Filname, Image Quality Set,
Kesan Khas dan lain-lain.

IRON MAN 3

MARVEL IRON MAN 3
"Jom kita tembak sebelah sana!"
Tak tonton filem lagi sudah dapat beg IRON MAN 3!.
Dapat bukan sebarang dapat, tapi dapat sebab dibeli.
Beli di pasaraya, kira keluaran khas juga kan?.
( Kamera : Telefon Pintar Adroid Samsung Galaxy Grand Duos )

SUPER BAHARU!

Bukan SUPERMAN atau SUPERHERO!
tetapi
Cawan Kertas SUPER Dengan Logo Baru!
Logo Lama SUPER
Macam-macam produk SUPER ini di pasaran.
Selalu buat promosi dan Souvenir menarik.
iaryylr minat souvenir payung SUPER
tetapi tak terkejar semuanya :( .
( dapat free best juga! )

Berus Gigi Kanak-Kanak ACE DULUXE

Berus Gigi Lama Jenama ACE
Berus Gigi Kanak-Kanak Du Point Nylon
LEMBUT
"Junior Du Point Nylon Tooth Brush"
Jom nyanyi lagu Bangun Pagi Gosok Gigi!
Versi Rock Kapak ya!

Bangun pagi gosok gigi,
cuci muka terus mandi,
Pakai baju minum susu,
salam Ayah dan Ibu...

Jerit sama-sama! yeheeeeeeh!

ha!? sambunglah sendiri! keh! keh! keh!

BERUS GIGI PROFESSOR 989

PROFESSOR BERUS GIGI
HARGA : $1.80
Berus gigi lama untuk orang dewasa cuma
pelbagai warna dan saiz. Kebanyakkannya
memanjang berusnya dan diperbuat dari nylon.
Mungkin cuma sedikit perbezaan rekabentuk.
Seperti biasa, yang penting tahan lama. 

Diamond Thooth Brush

BERUS GIGI KANAK2 CHAP DIAMOND
"Bermutu tinggi, tidak patah dan tahan lama"
Keluaran A WATSON TRADING
Berus Gigi Lama
Berus gigi kanak-kanak dulu tidaklah seperti sekarang,
bercorak dan bertema kartun animasi seperti
SPONGEBOB, adiwira seperti SUPERMAN atau
untuk anak gadis seperti bertemakan BARBIE.
Dulu, Hanya mutu yang di utamakan.

ORIGINAL LISTERINE

LISTERINE - Ubat Kumur Antiseptik.
"Tak dapat botol kaca vintaj,botol plastik pun jadilah..."
Botol plastik lama LISTERINE 500ml
Botol plastik lama LISTERINE 750ml
LISTERINE adalah jenama ubat kumur popular sejak sekian
lama di Malaysia. iaryylr ada simpan beberapa botol.
Jika tidak salah botol plastik ini berusia lebih dari 8 tahun.
 iaryylr pun tak dapat buat pastikan sebab entah di mana
botol-botol ini telah disimpan. Gambar pun ambil pada tahun
2012 dan menggunakan perisian Adroid Foto & Pic Collage
untuk mendapatkan susun atur seperti di atas.

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.