Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Maggi Cook More Get More

Celebrate Properity!
Buy More Get More!
Iklan Maggi untuk di bawa pulang.

Mi Sedaap KARI

Tahun Baru Cina lagi beberapa hari, pasti ramai kolektor
sampul duit atau ANG POW tidak melepaskan
peluang mendapatkan Ang Pow terkini.
Iaryylr tidak terkecuali, cuma santai sikit.
Ok, Ang Pow pertama adalah dari Syarikat Mi SEDAAP.
Cuma beli 1 bungkusan mendapatkan 1 pek Ang Pow.
Tak pasti pula berapa jenis di keluarkan memandangkan
pada sampul ini tertera 'KARI'.
Nak cari lagi, tapi dah tak jumpa pula promosi ini.
Anda Bagaimana?

Passion for PORSCHE

PETRON COLLECTIBLES
Bila Shell dengan Ferrari , Maka Petron, Esso dan Mobil
dengan barisan kereta mewah Porsche.
Maka satu lagi set kereta dari syarikat minyak yang
tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.
Di keluarkan pada November 2013.
Iaryyr cuma baru ada 3 dari 5 buah yang ditawarkan.
Pejam celik dah hampir bulan Februari 2014.
Sekejap sahaja rasa masa berlalu.
Jadi?, perlu segera melengkapkan set. 
Sumber dari http://www.esso-mobil-smiles.com.my
Memang #MACAM REAL!

Mug INDOCAFE Merah

Kole Merah Ramping
Mug Indocafe edaran di Malaysia
Kole ini adalah adalah keluaran promosi hujung tahun 2013.
Dapat seperti biasa dengan pembelian produk Indocafe.
Tak dapat dipastikan adakah cuma satu warna atau
sebaliknya. Tentu menarik jika pelbagai warna.

Jelly Belly

Jelly Belly
Gula-gula aneka rasa.

 Jelly Belly 9.5 oz Bean Tin - 49 Assorted Flavors

Gula-gula ini juga adalah dari jenama yang popular
di Amerika. Jika tidak silap banyak jenis rasa yang
dihasilkan termasuk rasa yang pelik-pelik.

Tin gula-gula berbentuk kacang ini di beli sewaktu
bercuti di Pulau Langkawi.

Walaupun ianya gula-gula Amerika namun yang ini
di kilangkan di Thailand, manakala tin ini pula
adalah buatan China. Nak makan tak berani.

Untuk keterangan lanjut sila berkunjung ke
https://jellybelly.com/


Tin Bas Oreo

Dari Biru ke Kuning.
Tin Biskut Oreo Malaysia 2013
Pasti ramai yang sudah memilikinya!.
Bukanlah terhad sangat, cuma jika minat jangan
di tangguh. Nanti habis juga.
Masih ada di pasaraya terpilih, cuma pilihan
harga yang menarik jika hendak membeli lebih.

Coklat Andes Dan T-Shirt Andes

" Chocolate is the ANSWER
Who cares what the question is...."
Pertama  kali nampak, terus beli. Mengapa ya?.
 Coklat Andes.
 Beli ada makna, bukan beli kosong!, he! he! he!.
 Hasil membeli coklat di Langkawi pada Disember 2013.
Sehelai T-Shirt Andes.
 Chocolate is the ANSWER
Who cares what the question is....
Itu dia jawapannya.

2014... Kembali.com.my

PERGH! Lama tak kemas kini blog ini, rasa tak biasa
pula, rasa pelik pula, rasa macam tiada bateri saja... .
Gambar hiasan motor disedut dari Kawasaki Malaysia

Apapun kasi panas panas dulu jemari dan minda untuk
meneruskan hobi berblog ini.Maklumlah bertapa
sebentar untuk menyantaikan minda 
"sambil menyelam minum air jus" 
juga dengan aktiviti riadah non paranormal  dalam 
menghadapi musim tengkujuh 2013 ke 2014.

Gambar yang di ambil di sebuah kedai motor sewaktu
motosikal sedang di servis baru-baru ini.

Gambar sewaktu di Coca-Cola Piala Dunia yang
berlangsung di PWTC pada 5 Jan 2014.

Rasa macam tak center lagi  otak ini untuk terus
beraksi, mahu rilek sebentar.... .

Jumpa lagi!

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.