Halaman

ILUSTRASI PEDANG CHINA ANTIK KUNO

ILUSTRASI TEKNIKAL EVOLUSI PEDANG CHINA

IRON AND BRONZE CHINESE SWORD
MEDIEVEL CHINESE SWORD
ANCIENT CHINESE SWORD

Sebenarnya saya ada simpan sebilah pedang lama dan
tiada maklumat rasmi mengenainya dimana-mana
laman sesawang setakat ini dalam pencarian saya.

Mengikut Rakan cina saya bila saya bertanyakan akan
tulisan yang tertera pada pedang tersebut, beliau
memberitahu bahawa bahasa tulisan itu adalah dari
bahasa cina bermaksud lebih kurang ' orang yang
berkuasa dalam ketenteran bernama 'Ma' . Dia tidak
pasti sama ada 'Panglima Ma' , 'Jeneral Ma' atau
maksud lain berkaitan.

Pedang lama itu sudah berkarat, dan pada pendapat
saya ianya diperbuat dari campuran beberapa
logam besi dan tembaga sebagai pengenalan .

Bentuk pedang tersebut seperti gambar di atas,
'Bronze Sword Of Warring State' tetapi saya yakin
pedang tersebut bukan jenis diatas kerana ianya
mempunyai cuping dikiri dan kanan. Menurut Rakan
berbangsa cina yang lain , telinga itu juga berfungsi
sebagai pematah pedang lawan. Entahlah?.

Saya akan post secepat mungkin, mana tahu anda
dapat membantu saya mengetahui asal-usul pedang
unik tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan