Halaman

ALAT TIMBANG LAMA

ALAT PENIMBANG LAMA
Alat timbang lama ini baru saya dapat semalam.
Rakan menjualkannya pada saya kerana ianya
tidak lengkap walau memiliki nilai sentimental.
Pemberat alat timbang milik orang tuanya telah
hilang dan telah puas dicari tetapi tidak dijumpai.
Alat timbang ini telah berusia lebih 35 tahun.
Menurut rakan Saya , Ayahnya sering
menggunakan alat timbang ini untuk
menimbang barang jualan sewaktu beliau
masih kecil. Usia rakan saya kini hampir
mencecah 40 tahun.
Diatas adalah gambar bahagian jarum timbang
dan 'hook' tidak silap saya. Untuk bacaan dan
melaras berat dengan pemberat terletak pada
batang penimbang yang tertera nombor dan
titik untuk menilai berat dengan lebih tepat ?.
Dulang penimbang ini pula pula berdiameter
luaran dengan anggaran 80 mm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan