Halaman

MANCIS DAN LINGKARAN NYAMUK SHELLTOX

UBAT NYAMUK @ LINGKARAN NYAMUK?
Saya rasa keduanya tidak betul!
apapun.., adakah anda nampak lagi lingkaran nyamuk jenama
Shelltox ini dijual? yang ada pun cuma jenama Shieldtox, tidak
silap saya Shelltox dah bertukar jadi Shieldtox beberapa tahun
yang lalu. Namun masih dikeluarkan oleh pengeluar yang sama
iaitu Reckitt & Colman ( 0 ) Ltd. beralamat di Petaling Jaya.
Kalau Anda ingat Shelltox tentu Anda ingat iklan Racun Serangga
Aerosol Shelltox pada 1991 yang dilakonkan Mr.Malik Noor.
-->
Lingkaran Nyamuk Lama Jenama Shelltox Dan Mancis Shelltox

Memang saya tidak percaya akhirnya saya dapat juga mancis
berjenama Shelltox yang free bila beli lingkaran nyamuk yang
berjenama lama. Telah beberapa kali saya memberitahu Isteri untuk
mendapatkan mancis percuma tersebut yang boleh didapati dengan
pembelian ubat nyamuk.Ubat nyamuk tersebut adalah berjenama
Shelltox yang kini dikenali Sebagai shieldtox dibeli disebuah
kedai lama di sebuah jalan lama.Shelltox sudah dipupuskan entah
atas apa sebab yang saya tidak tahu. Seperti ubat gigi Darkie
menjadi Darlie. Lingkaran nyamuk lama Ini special sikit sebab
kalau kita guna, dulu nyamuk menjauhi atau kata Mati tetapi
yang tamat tempoh ini mungkin boleh buat manusia pula yang mati.

Jika ada sesiapa berminat dengan Satu kotak 30 lingkaran ubat
nyamuk Shelltox dan percuma 4 kotak mancis Shelltox, bolehlah
Trade ini dengan apa-apa barang seperti gelas ,cawan atau mug
keluaran berjenama f & n, ,Coca-cola, pepsi, sprite dan sebagainya
sebagai pertukaran.. Itu pun kalau minat, sebab ubat nyamuk dan
mancis nampak biasa... .Nampaknya.., melampau betul
permintaan saya itu.., tetapi gurau sahaja sebenarnya.

Tentang mancis lama tahun 60an ~ 80an pula, ada kedai menjual
sekotak RM5 dan paling murah saya dapat RM5 untuk 4 kotak
tapi campur kotak baru atau boleh pilih mana suka.Tapi Set kotak
mancis Malaysia yang lama dalam 30 kotak dijual sehingga RM150,
tapi itu harga belum diskaun. Dari Januari hingga Mei tahun ini ,
koleksi mancis saya bertambah sebanyak kira-kira 20 kotak.

Mencari barang lama dengan motosikal.. rempit vs impak maksima..
Rempit apa dah tua-tua ini!, rumah kata pergi, kubur kata mari...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan