Halaman

MANCIS SHELLTOX MATCHES

MANCIS SHELLTOX 69
1 plastik kotak mancis ini saya nampak tersorok di bawah para
kedai lama, dikedai yang sama, saya membeli pelita,kopi,lampu
suluh dan Milo yang dapat percuma mug sukan Sea. Sebenarnya
saya sudah nampak beberapa hari lepas, cuma strategi hari ini
sambil berbelanja baru bertanya. Saya tanya anak tauke ,
'berapa harga kotak mancis satu plastik ini', dia jawab' itu sudah
tidak boleh pakailah'... saya tanya lagi 'berapa?,saya mahu
kotak mancis ini semua', dia jawab ' tapi itu sudah rosaklah'
saya tanya lagi, 'rosak tidak mengapa, saya mahu beli juga,
berapa harga? .. dia jawab 'ooooo itu semua harga saya beri
percuma, sebab lu selalu beli sini' .... .

1 plastik mancis dibawa pulang dan dikira berjumlah 69 kotak.
he he he!,hi hi hi!,hu hu hu! nampaknya jumlah koleksi mancis
untuk 2010 bertambah hampir 100 kotak,untuk 1/2 tahun ini.
Syukur,Dengan 69 kotak mancis Sheltox ini bolehlah saya buat
tukaran barang koleksi 'trade in' nanti... .
Mancis, Matchbox, Matches

Tiada ulasan:

Catat Ulasan