Halaman

CAWAN KOPITIAM WHITE COFFEE SUPER

CHARCOAL ROASTED IPOH WHITE COFFE
Kopi Putih Panggang Ipoh Segera

Super 2 dalam 1 kopi putih ini adalah keluaran Syarikat
'Super Coffeemix Marketing Sdn. Bhd.' yang beralamat di Masai Johor,
'Super Coffeemix Manufacturing Ltd' Temasik,
untuk maklumat lanjut tentang Kopi 2 dalam 1 ini sila ke
http://www.super.com.sg/super/instant-traditional-coffee


Perihal Entri

Pada 21 Julai 2010, konon hendak dapatkan set cawan percuma,
bila ghairah lupa prosedur sendiri iaitu Prosedur 1 artikal 5
bahagian 4 kurungan 2 iaitu ' periksa di Kaunter Servis'
sebelum membeli edisi percuma untuk maklumat berkaitan.
Ya, disebabkan itu maka tidak perlu saya pergi ipoh untuk
minum kopi putih. Cawan percuma cuma pada pelekat sahaja.
Syarat untuk mendapatkan cawan berlapik ini, saya perlu beli
2 bungkus, tetapi kalau beli 2 pun tidak berguna sebab stok cawan
sudah tiada lagi. Pasaraya ini pun kurang mesra pelanggan sebab
kalau sudah tiada promosi itu, buat tindakkan seperti buang pelekat
atau buat nota. Kalau pelanggan terbeli pun tukarkan saja dengan
cawan, gelas atau barang lain yang tidak dituntut, terlepas tuntut,
baki' free gift' promosi yang banyak tersusun entah untuk apa.

Bukan sekali terjadi sebenarnya, pernah terjadi ada promosi
( produk lain ) tapi barang percuma masih belum ada di kaunter
tuntutan, nasib ditukar dapat barang lain sebagai ganti,
bergantung pada budi bicara penjaga kaunter tuntutan juga.. .

1 ulasan:

  1. salam ramadan almubarakk...bro saya ader 5 set cawan ni..kalo bro minat nak batter 2 ketoiii boleh..saya nak simpan 3 ketoi aja....kalo mau mai le email saya idamin03@yahoo.com atau tinggal jejak kat blog lelongmurah2.blogspot.com

    BalasPadam