Halaman

GELAS CHINESE HONEY BEE'S QUEEN

GELAS LAMA JENAMA BEE'S QUEEN
'Chinese Honey'
Gelas Kaca Permaisuri Lebah
Dulu beli madu dapat gelas, hendak atau tidak mesti kena ambil gelas
itu juga, sebab bekas madu itu sendiri adalah gelas. Bukan saja gelas
sebagai isian madu malah terdapat mug mug yang pelbagai.
Sekarang masih ada lagi madu dijual dalam mug walau kebanyakannya
dijual dalam botol atau bekas tiub plastik. Berkenaan gelas di atas,
tidak diketahui berapakah usia sebenarnya kerana tidak diketahui
bila dan akhir waktu diimport ke Malaysia. Walau bagaimanapun
dianggarkan sekitar 20 tahun. Awal 80'an memang pernah nampak
gelas seperti ini berada di rumah dibeli ayah dan di rumah atuk sudah
tentulah dibeli oleh atuk. Cuma saya tidak tahu adakah ada variasi
grafik lain pada keluaran gelas ini. Gelas ini saya ambil dengan izin
nenek pada waktu Raya lepas. Berat bersih madu dalam gelas ini
adalah 283 gram seperti yang dinyatakan dan Madu Asli. Ianya
diimport oleh Nam Leong Co., tidak diketahui adakah Syarikat
lain juga turut membawa masuk jenama ini ke Malaysia.
Jika tersalah info harap maaf ya, dan jika anda ada maklumat
berkaitan sudilah berkongsi bersama disini.
hobi & koleksi Gelas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan