Halaman

NESTLE NESVITA OMEGA PLUS MUG

MUG NESTLE NESVITA OMEGA PLUS
'SELAMAT HARI JANTUNG SEDUNIA'
World Heart Day 2010
Mug terkini ini saya dapat pada bulan lepas di Jusco ioi Mall dengan
pembelian susu tepung Nestle Nesvita Omega Plus.
Ianya dari risikan saya adalah keluaran edisi terhad sempena
'Hari Jantung Sedunia' pada 26 September 2010.
Mug percuma ini bersaiz XL dengan kotak ibarat Kotak Hadiah.
Mengenai mug ini, bagi pendapat saya ianya begitu menarik dibandingkan
dengan mug-mug lain yang saya miliki pada 2010. Ini kerana ciri-ciri
tersendiri yang ada pada mug ini seperti tangkai berbentuk hati dan tulisan
timbul / emboss 'Kurangkan Kolesterol' pada bahagian bawah mug tersebut
yang jelas kelihatan. Ketelitian dalam menghasilkan mug ini harus dipuji
kerana ianya bukan sekadar mug biasa atau barang percuma yang hanya
ditambah logo. Inilah mug yang paling unik setakat ini bagi tahun 2010.
Dapatkan di pasaran selagi stok masih ada!

2 ulasan: