Halaman

GELAS F&N BUNGA BIRU

GELAS F&N VERSI BUNGA BIRU
Berbulan sampai kebulan akhirnya dapat juga gelas F&N
selain warna merah yang telah dimiliki iaitu bunga biru.
Gelas ini saya baru dapat pada 6 November 2010.
Nampaknya setakat ini saya cuma ada versi bunga warna
merah dan biru, cuma tinggal hendak dapatkan gelas versi
bunga kuning seperti milik Bro B.R Blues Riders . Variasi
warna setakat ini yang saya nampak adalah merah,kuning
& biru. Jika ada warna lain kenalah memburu guna Bazooka.

Emboss pada bontot gelas , basah sebab baru cuci ambil gambar.
Gelas versi bunga merah yang pernah diterbitkan dulu
seperti milik Bro Spallan 'dah masuk kotak...' ,
Gelas ini mungkin pemberian percuma dengan pembelian
sebarang pembelian kordial F&N suatu ketika dulu. Ianya
sesuai digandingkan dengan botol kordial lama milik
Bro Fitri di Koleksi Fitri Barang Old Skool.

Jika anda ada info berkaitan gelas ini, sudilah berkongsi
maklumat disini.

6 ulasan:

  1. one step to go bro! dapatkan pula gelas warna kuning (atau entah apa warnanya lagi?). kalau ada lagi warna kuning tu nanti BR simpankan utk bro ia.

    BalasPadam
  2. Cantekkk bro, sudah ada merah dan biru. Syabas. Sekarang kena kecek bro BR punya, barang sebutir dua...hehehe.

    BalasPadam
  3. Bro Blues Riders,

    Ya Bro! tinggal lagi satu kalau ada 3 warna sahaja, kalau ada lebih, kenalah usaha lebih, he he he! terima kasih Bro BR!

    BalasPadam
  4. Bro Spallan,

    Itulah Bro, agak sukar untuk dapatkan gelas ini, ianya seolah dipinggir dari gelas F&N lain... he he he!

    BalasPadam
  5. dah complete nanti boleh pass kat teman...heeheehee...

    BalasPadam
  6. kalau dapat bro punya kordial lagi best! he he he!

    BalasPadam