Halaman

CARI BARANG 14 DISEMBER 2010

MORIB - SUNGAI MANGGIS - TELUK PANGLIMA GARANG
Barang yang saya dapat di kedai sekitar jalan utama.
Nampaknya memang saya sudah terlambat tiba disini, atau
masih ada tempat yang belum terjumpa. Selain sudah pernah
diserbu, ada juga sesetengah barang lama telah dibuang
kerana tamat tempoh dan terlalu lama disimpan. Ada
sesetengah barang dijual oleh pekedai sebagai besi buruk
di kedai besi buruk seperti tin, tin plate, enamel sign.
Ada juga di kopek pencari besi dengan izin dan yang lebih
tragis bila waktu harga besi meningkat mendadak seketika
dulu sehingga signboard jalan raya pun kena kopek.

Berbalik pada barang yang saya dapat tidaklah banyak.
cuma bekas makanan, tin plate kalendar, jam, pemetik
api, stiker dan sedikit barang. Tempat yang saya pergi ini
pun memang telah diserbu oleh peminat barang lama.
Barang-barang ini akan saya postingkan bila-bila masa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan