Halaman

JAM TANGAN RIBENA NOMBOR 1

JAM TANGAN RIBENA PERCUMA!
Dengan Setiap pembelian Ribena 1 Liter, Sementara stok masih ada.
Kalau beli 10 dapatlah 10, kalau beli 10 stok ada 5 dapatlah 5.
Jam yang dijana dengan kuasa bateri ini sesuai untuk kanak-kanak.
Namun orang dewasa juga boleh memakainya tanpa segan silu.
Buat apa hendak malu-malu sebab diri sendiri yang tengok waktu.
Jam digital dengan fungi asas ini masih berkeadaan baik dan
baru. Ada dua corak, tetapi saya cuma ada 1. Mungkin diberi
percuma pada tahun 2009 ~ 2010? kerana jam murah ini masih
berfungsi baik. Walau kelihatan seperti jam murah, namun
Yang mahalnya kerana ianya edisi terhad. Jam ini bukan jam
kalis air, jadi tidak boleh dibawa mandi.
Bagus juga GlaxoSmithKline, selalu juga ada hadiah penghargaan
buat pembeli. Namun saya tidak mendapat jam ini sebagai
penghargaan sebab saya perlu cari & beli jam ini tanpa pula
percuma Ribena. Kalau dapat percuma lagi menguntungkan!.
Jam ini sebenarnya dibeli dikedai barangan terpakai di
Sungai Manggis Selangor pada 14 Disember 2010.Perjalanan
pergi balik adalah sejauh lebih 70 km. Hendak kumpul jam
berharga dan berjenama tidak lagi berkemampuan, Saya
kumpul saja jam pelbagai jenama yang percuma.
koleksi jam percuma Disember 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan