Halaman

TERMOMETER SEBAGAI KOLEKSI

PENYUKAT SUHU SEBAGAI KOLEKSI?
Mulakan Hobi Anda Hari Ini! Cari Hobi Unik Anda!
Termometer celcius dan Fahrenheit
Entri pertama penyukat suhu, Ini adalah salah satu penyukat
suhu dalam simpanan saya. Ianya dibeli dikedai RM2 lebih
5 tahun yang lalu. Mengumpul penyukat suhu juga boleh
dijadikan dekorasi yang menarik dirumah. Beberapa
'thermometer' saya telah rosak kerana menyimpan ditempat
yang tidak bersesuaian. Penyukat suhu jenis gantung ini
adalah buatan China. Bahagian badan diperbuat dari kayu,
penggantung tembaga dan pelindung tabung cecair dari
besi yang ditempa dengan mesin tekanan. Tidak tahu
bagaimana untuk memastikan sama ada cecair merkuri
atau alkohol yang digunakan pada penyukat suhu ini.
Merkuri atau raksa lebih bertoksid dan berbahaya, oleh
sebab itu banyak termometer untuk kegunaan keluarga,
hiasan dan kegunaan asas seperti yang mudah didapati
adalah menggunakan cecair alkohol yang ditambah
pewarna. Murah dan lebih selamat berbanding air raksa.

2 ulasan:

  1. salam iaryylr...

    Akk selute le ke iaryylr nie...mcm2 kolek...segala mak nenek..akk ada satu termometer tp dsgn mcm kunci.rasanya tbga jg ada pic rusa dan pokok pine timbul..buat hiasan je..

    BalasPadam
  2. Kalau yg warna merah tu alcohol dan yg warna berkilat mcm chrome stainless steel itu mercury.

    BalasPadam