Halaman

MANCIS ROKOK KENT

MANCIS ROKOK KENT
'NEW SMOOTHNESS CAN BE CHOSEN'
Mancis Keselamatan jenis buku atau 'Book Match'
Mancis jenis ini amat jarang dikeluarkan di Malaysia.
Kebiasaanya yang seperti kita lihat adalah jenis kotak.
Banyak pula lipatannya seperti kotak cd lagu pula.
Kalau dah sekali guna tentu tidak cantik dipandang.
Mancis jenama rokok sememangnya saya kumpul.
Tetapi baru cuma ada beberapa sahaja. Yang ini saya
dapat di Amcorpmall, bernilai RM2!. Masih baru
kondisinya & kalau diikutkan jenama rokok kebiasaan
lebih mahal harganya. Walau yang demikian adakalanya
soal harga bergantung pada budi bicara selain kondisi,
sumber, usia dan sebagainya. Adakalanya juga kita
boleh dapat percuma. Apapun bergantung pada bajet.
Bajet saya kecil pada seisi cari barang di Amcorp Mall
ahad lepas, jadi boleh dapat lebih barang yang seadanya.
hobi dan koleksi mancis Feb 2011

2 ulasan:

  1. Kotak mancis ini sayang jika dipakai untuk menyalakan rokok.
    Susunan batang mancis di dalamnya memang menarik.
    Jika tak silap ingat, mancis bentuk ini memang agak popular sebelum disposible lighter diperkenalkan.

    BalasPadam
  2. memang sayang nak guna atau test sebatang sebab tidak cantik disimpan nanti, he he he!

    BalasPadam