Halaman

WAK DOJER HARI MANA MINGGU MANA?

WAK DOJER EPISOD 'Hari Mana Minggu Mana'
Oleh : Hussain Sa'ad
Diterbitkan oleh Penerbitan MediaSeni ,
Desajaya, Kepong Selangor
Terdapat cop pengedar atau kedai ' UNIVERSAL IPOH'
dengan nombor talian 3864 dimuka belakang.
Harga dulu : 50 Sen
KOMIK LAMA WAK DOJER
'Hari mana minggu mana'
Mengisahkan isteri Wak Dojer yang berhutang dengan
si penjual kain, aksi lucu bila isteri Wak Dojer
menggunakan kekeliruan bahasa yang membuatkan
Wak Dojer naik angin dengan si penjual kain.... .
Siapakah lagi 2 anak dara Wak Dojer selain Nabera???
Koleksi Komik & Majalah

6 ulasan:

  1. Whoa, komik ini mesti sudah lama usianya.
    No. telefon masih dengan 4 digit sahaja.
    Tahniah, iaryylr :)

    BalasPadam
  2. sama-sama whycollect, ada beberapa saja dalam simpanan... masih mencari :)

    BalasPadam
  3. sama angkatan juga dengan komik 'udin togel' ni.

    BalasPadam
  4. ....saya masih ingat komek inspektor nizam..maj salina. ya komik udin togel ....dia nak masuk jadi askar..dan yang terkemudian sikit maj telatah olok2....ikut ayah pergi pekan nangis nak komik......ha ha...

    BalasPadam
  5. Bro Jaki,
    Wow 'udin togel' saya belum ada, nak kena cari nie nampaknya.. Terima Kasih.

    Bro Zul permatang Badak,
    Wah nampaknya abg banyak juga baca komik dulu!, sekarang masih sempat lagi cari dan kumpul, he he he!

    BalasPadam
  6. komik wak dojer ni sekitar 1970an dan 1980an...ada juga komik lain pada ketika itu seperti komik Bujal,komik berepisod seperti Ruso,Awang Selamat,Siri Adventure Johan dan Narita dan banyak lagi...

    BalasPadam