Halaman

BATERI DURACELL PALING BESAR?

Ada sesiapa nampak lagi Bateri Duracell dikedai
atau dipasaraya? Ingatkah Anda pada Arnab Duracell?
Bandingkan bateri saiz AA diatas dengan bateri Duracell
yang saya temui pada 2 tahun lepas. Mengapa ianya
terlalu besar? adakah ianya bateri kereta hybrid yang
bakal dikeluarkan oleh pengeluar kenderaan tempatan?
Sudah semestinya Tidak!, sebab terdapat pula logo
FRANCE 98 WORLD CUP, musykil pula?
Bila pusing nampak pula Maskot Piala Dunia France 98
iaitu Sang burung sedang menanduk bola dan nampak pula
tali pemegang. Nampaknya ini adalah barangan Duracell
sempena bola sepak Piala Dunia France 1998.
Wah! sebenarnya ini adalah bekas minuman, tumbler atau
bocong dengan jenama Duracell yang masih tip top rupanya.
13 tahun sudah berlalu, ianya masih berkeadaan baru kerana
berbungkus dengan plastik dan tergantung di siling kedai
sewaktu saya temui kira-kira 2 tahun yang lalu.
Kalau ada lebih, saya fikir hendak letak lampu didalamnya
dan gantung didinding sebagai perhiasan.
( bawa ke pejabat untuk ambil gambar he he he! )
Hobi dan koleksi bateri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan