Halaman

COCA-COLA 125 TAHUN! BERUSIA 125 TAHUN!

Pejam Celik Pejam Celik berjuta kali Pejam Celik
Minggu lepas Saya dapat Coca-cola 125 Tahun.
Inilah buktinya coca-cola 125 tahun, Mungkin lebih
meriah nampaknya tahun ini dan lebih peluang untuk
kolektor penuhkan ruang kosong atau buat ruang
tambahan jika benar ada peluang sempena 125 tahun
Coca-cola. Kalau tidak cukup ruang boleh sumbat
dalam bonet kereta atau simpan bawah katil.
Tin Coca-Cola Light 325mL ini dikeluarkan sempena
"125 tahun Coca-cola menyegarkan anda!".
Beli, Minum & Simpan memberi peluang tambahan
untuk kita memenangi percutian ke World Of Coca-Cola
USA!, itu pun jika kita berjaya setelah menyertainya.
Bukan sahaja dapat peluang ke USA, tetapi peluang
percutian ke Resorts World Sentosa Singgapura!.
Kalau saya dapat hadiah ke Singapura, maka bolehlah
mengambil kesempatan bertemu dengan Blurguyz79.
Selain Hadiah percutian, terdapat hadiah menarik
yang lain seperti, Peti Sejuk Mini Coke, Pas Taman
Tema, Set Perayaan Coke dan Paparan Skrin
Coca-cola!, ada lagi!, setiap penyertaan yang ke 125
akan dapat dulang Coca-cola!. Tempoh promosi
adalah dari 15 March 2011 hingga 15 Mei 2011.
Ini baru pada tin Coca-Cola Light, belum lagi yang
biasa atau Coca-Cola Vanila. Dari Minggu lepas
saya ke www.coke.com.my untuk mencari
maklumat berkaitan tetapi nampaknya laman web
tersebut masih belum lagi dikemas kini.
Mungkin pada tarikh promosi agaknya.

Nampaknya kena tunggu berita dari entri rakan
rakan coke, suratkhabar dan tv jika ada.
hobi dan koleksi Coca-Cola March 2011

5 ulasan:

  1. info yang menarik ni bro..cepat kawan2 sebelum Coca-Cola tukar fikiran ha..ha..ha.
    Jenuh juga nak membelinya sebab saya tak suka air gas.

    BalasPadam
  2. huh, minuman beracun.hehe.elakkan minum coke

    BalasPadam
  3. Bro Nikths,
    Itulah, apalah yang akan dikeluarkan lagi...
    Mohamadazhan hjDesa,
    kena cari penawarnya nie... he he he!

    BalasPadam
  4. Aku nak tanya, Paparan Skrin Coca Cola tue wallpaper ker?

    BalasPadam
  5. serasa saya wallpaper pc sahaja, kalau tidak pun wall paper hanphone, he he he, belum pernah ambik...

    BalasPadam