Halaman

MINI COOPER BERDERUM DI KFC !

MINI COOPER MALAYSIA
"Feast In The Fast Lane"
Peluang Anda Memiliki 6 Mini Cooper Sekaligus!
3 Model Mini Cooper S Cabrio warna Hitam, Kelabu
dan Merah, 3 Model Mini Cooper warna Kuning,
Putih dan Biru ditawarkan oleh KFC untuk Anda.
Mengingatkan Saya akan filem aksi pada 2003,
'The Italian Job'

"Wow! Kereta Mini Cooper tu!"

Kereta Permainan atau model 'die cast' ini adalah
diperbuat dari bahan besi dan sebahagian plastik.
Ianya bersekala 1:60 dengan aksi 'Pull Back' Go!,
iaitu dimainkan dengan cara ditarik ke belakang
dan lepaskan... maka ianya boleh meluncur laju
kehadapan. Itu yang harganya agak patut.

Cop Dagang 'MINI' adalah dibawah lesen BMW
AG dan produk ini dikeluarkan oleh Welly Die
Casting., Ltd. selaku pemegang lesen pembuat.

Memang cantik dibuat koleksi, permainan anak-anak,
sebagai hadiah atau pembakar semangat.

Kalau beli begitu sahaja, rembat 6 sekali RM48,
jika sambil makan KFC Ole Pockectful, tambah
RM5.50 untuk setiap hidangan, kalau 6 hidangan?

Hari ini baru dapat 4, yang gagal dimiliki adalah
Mini Cooper S cabrio Merah dan Mini Cooper
Kuning. Laris sungguh 2 warna ini. Esok kena cari
lagi jika berpeluang singgah dimana-mana KFC.
Kira edisi terhad, kalau ada gabungan KFC +
Hotwheel tentu lagi panas berapi tapi harga pasti
lebih tinggi dari sekarang dan akan datang... .

Bercerita tentang Kereta Mini ini, memang saya
minat pada replika model kereta Mini ini. Ada
juga kumpul sikit-sikit dari jenama Maisto.

Yang dibawah ini sengaja saya paparkan kulit
permainan cd XBOX & PLAYSTATION2
'The Italian Job' sebab ada gambar kereta
Mini Cooper yang mengganas dengan aksi panas!

yang ini dicedok dari http://snesorama.us

yang ini dicedok dari http://www.highrescovers.com
Sama saja lebih kurang..... 2 X 5

9 ulasan:

  1. Dulu punya movie Italian Job tahun 60an lagi best.
    Banyak kereta canggih..Lamborghini Miura, Mini Cooper, Jaguar E-type, Aston Martin, Fiat Dino, Lancia dan juga yang paling diminati ramai mat racing kat Msia dulu, Alfa Giulias!
    Phiit, memang nostalgik! haha!

    BalasPadam
  2. whycollect,
    Pergh! kenangan lalu mengusik jiwa, nostalgia supercar!

    thomas,
    Ya! ya! kena cukupkan he he he!

    deaf-angle,
    ya memang best! tapi cuma kecik jer hu! hu! hu!

    BalasPadam
  3. Hu hu hu! hari ini cari kfc lagi tapi mini cooper merah dan kuning juga sudah habis! esok kena cari lagi....

    BalasPadam
  4. cantik koleksi cooper...minat warna kuning...cantik

    BalasPadam
  5. ya Bro! memang cantik, 2 warna kuning dan merah yang paling hangat!

    BalasPadam