Halaman

KAD KUASA SOULBLADE PLAYSTATION

Kad Kuasa Soulblade Playstation
Dapat waktu beli majalah permainan video
suatu ketika gila main Consule Playstation.
Dulu kena turun K.L baru boleh beli... .
Waktu itu permainan video playstation
adalah gelombang peralihan permainan
video pc. Walaupun terlebih dahulu ada
permainan video dari jenis katrij namun
playstation sememangnya sehebat
namanya. Pistol , stereng, vcd converter
adalah antara eksesori tambahan yang
dibeli untuk menyeronokkan diri.
Selepas console permainan Playstation
rosak, baru tukar kepada Playstation
generasi kedua iaitu PS One. Selepas
itu baru keluar PS2 dengan teknologi
DVD, tetapi tidak beli sebab
Console PS One masih elok lagi.
Bila PS2 keluar model kompak, generasi
keempat baru saya beli sebab tidak tahan
dengan kelebihan yang ada.

Sekarang tidak lagi! he he he!

4 ulasan:

  1. Bila tengok gajet-gajet canggih ini, rasa dunia ini dah banyak berubah.
    Haha, zaman dulu semasa bermain gasing atau guli-guli, jika tak puas hati kami settle di gelanggang.
    Kini, langsung tak ada interaksi secara fizikal semasa main gajet ini.
    Fikir balik, lebih suka zaman dulu...main lawan main lawan akhirnya tetap kawan rapat jugak :D

    BalasPadam
  2. kad ni pun kumpul juga huhuu hebat d

    BalasPadam
  3. teringat zaman main game tape dulu.hehe

    BalasPadam
  4. Whycollect,
    entah akan datang apa lagi agaknya! he he he!

    Bro Ahmad,
    Sudah barang free sumbat saja, he he he!

    Mohamadazhan.com,
    Yang katrij dulu dulu saya suka main yang askar tembak tembak tu, entah apa namanya... he he he!

    BalasPadam