Halaman

MAJALAH VARIASI

Majalah Variasi Jun 2004
Tajuk Utama
'Derita dipaksa Makan Najis Anak'
Antara kandungan lain yang menarik...
'Teknik Senaman Harimau'
'Anak Jadi Hantu Penanggal'

Membaca juga adalah salah satu hobi. Ramai diantara
kita memang suka membaca, dimana-mana juga
akan membaca dengan rela atau terbaca tanpa sengaja.
Baca surat khabar, baca bil elektrik, baca bil kad
kredit, baca buku atau buku baca kita sewaktu kita
tertidur waktu membaca, dan lain-lain yang boleh
dibaca termasuk pamplet pasaraya, atau sewaktu
membuang air besar ditandas awam yang berconteng
dengan berbagai contengan termasuk luahan rasa,
makian, kutukan, sokongan, teka-teki, maksud
tersirat dan sebagainya mengikut apa yang
dikehendaki oleh penconteng yang tidak ingin
dikenali kerana akan malu-malu sendiri.

Panjang juga 'intro' ini, maka dipendekkan entri,
sebenarnya saya juga sangat suka membaca majalah.
Cuma beberapa tahun ini agak kurang. Mungkin
kerana tiada cerita segar?, banyak cerita 'copycat'?,
beralih pada internet? atau gambar muka depan
sebenarnya yang tidak menarik hati? entahlah... .

Berkenaan Majalah Variasi di atas, selain kerana
tajuk utamanya yang segar, faktor lukisan
kulit muka depan yang menariklah yang
membuatkan majalah seperti ini disimpan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan