Nampak seperti Kupu-Kupu
Koleksi biasa Barang-barang lama dan baru, mungkin ada juga yang antik, purba atau mistik tetapi tiada apa yang menarik jika hati tidak tertarik. Apa Saja Berkaitan Minat, Hobi & Koleksi...
Halaman
▼
YO-YO Coca-Cola
Rynn Lim - Pati Ayam Brands
Bertemu Artis Rynn Lim...
"Stay Sharp And Alert, and you
can solve any problem"
"Stay Sharp And Alert, and you
can solve any problem"
Mug Milo Ais
Mug Milo Ais
"Boleh dibekukan untuk kekal sejuk,
Ada air di dalam lapisan mug yang
boleh di tukar ganti"
"Boleh dibekukan untuk kekal sejuk,
Ada air di dalam lapisan mug yang
boleh di tukar ganti"
Juga keluaran lama yang kini sukar ditemui
di kedai barang baru & terpakai, pasar
karat, pasar malam, pasar basah?
he! he! he! kena marah nanti... :) .
Bila sudah susah nampak maka
yang satu ini tidak dilepaskan... .
Mungkin rezeki masing-masing pasti
ada yang dapat durian runtuh atau
harta karun dalam pencarian. Ada yang
kongsi-kongsi, ada yang jual beli.
Meriahnya dunia hobi.
di kedai barang baru & terpakai, pasar
karat, pasar malam, pasar basah?
he! he! he! kena marah nanti... :) .
Bila sudah susah nampak maka
yang satu ini tidak dilepaskan... .
Mungkin rezeki masing-masing pasti
ada yang dapat durian runtuh atau
harta karun dalam pencarian. Ada yang
kongsi-kongsi, ada yang jual beli.
Meriahnya dunia hobi.
Pharmaton Kiddi
'Pharmaton Kiddi'
Multi vitamin untuk kanak-kanak.
Multi vitamin untuk kanak-kanak.
Mug tebal bersaiz cawan ini nampak
seperti diperbuat dari porselin tetapi
sebenarnya mug ini diperbuat dari
bahan plastik. Sesuai untuk kanak-
kanak bagi mengelakkan di jentik,
di cubit atau di marahi ibu-bapa
apabila menyebabkan mug atau
gelas seramik mahupun kaca pecah,
walau hakikatnya berpunca dari
kesilapan ibu-bapa memberikan bekas
minuman yang tidak bersesuaian.
seperti diperbuat dari porselin tetapi
sebenarnya mug ini diperbuat dari
bahan plastik. Sesuai untuk kanak-
kanak bagi mengelakkan di jentik,
di cubit atau di marahi ibu-bapa
apabila menyebabkan mug atau
gelas seramik mahupun kaca pecah,
walau hakikatnya berpunca dari
kesilapan ibu-bapa memberikan bekas
minuman yang tidak bersesuaian.
Teringat suatu ketika dahulu dua
kali depan mata adik tiri seorang
kawan, dua kali memecahkan
muncung atau mulut gelas hanya
dengan gigitan. Percaya atau tidak
itulah kenyataannya. Kadang-kala
kanak-kanak suka minum dan
menggigit. Mungkin geram dengan
kenikmatan minuman hingga di gigit
gelas tersebut atau sengaja hendak
menunjuk kebolehan dan aksi ngeri.
kali depan mata adik tiri seorang
kawan, dua kali memecahkan
muncung atau mulut gelas hanya
dengan gigitan. Percaya atau tidak
itulah kenyataannya. Kadang-kala
kanak-kanak suka minum dan
menggigit. Mungkin geram dengan
kenikmatan minuman hingga di gigit
gelas tersebut atau sengaja hendak
menunjuk kebolehan dan aksi ngeri.
Botol Coca-Cola 'Shaker'
Botol Coca-cola bersaiz kecil ini
bukanlah untuk di isi air coke atau kicap,
tetapi untuk serbuk lada, garam atau
serbuk cili. Pendek kata nak isi apa
serbuk pun tidak mengapa.
bukanlah untuk di isi air coke atau kicap,
tetapi untuk serbuk lada, garam atau
serbuk cili. Pendek kata nak isi apa
serbuk pun tidak mengapa.
Bekas serbuk berbentuk botol coke ini
pasti ramai yang memilikinya. Ianya agak
mudah ditemui namun harga yang
berbeza mengikut urusan jual beli.
pasti ramai yang memilikinya. Ianya agak
mudah ditemui namun harga yang
berbeza mengikut urusan jual beli.
Bekas yang dikenali sebagai 'Shaker'
biasanya di isi serbuk lada atau
garam halus sebagai penyedap rasa
bagi mereka yang mementingkan
rasa, bagi mereka yang merasakan
makanan yang dihidang kurang
menyelera atau hakikatnya lidah
yang yang sudah kurang derianya.
Apapun sebenarnya adalah selera
yang berbeza antara kita.
biasanya di isi serbuk lada atau
garam halus sebagai penyedap rasa
bagi mereka yang mementingkan
rasa, bagi mereka yang merasakan
makanan yang dihidang kurang
menyelera atau hakikatnya lidah
yang yang sudah kurang derianya.
Apapun sebenarnya adalah selera
yang berbeza antara kita.
Koleksi Jam Souvenir - Jam F&N
Jam Tangan Fraser & Neave
Kuning Oren Air Oren ala Jam Swatch
Kuning Oren Air Oren ala Jam Swatch
Mari bergaya dengan jam tangan ceria
ini dimana jua anda berada, hatta
sedang anda merempit atau tersepit.
Jam ini juga boleh digunakan ketika
berkunjung di luar negara, pasti
ramai orang asing yang memerhati
jam dan jenama yang cukup asing
dalam dunia jam tangan, apapun
janganlah anda rasa terasing pula
sebab anda bukan mahluk asing.
ini dimana jua anda berada, hatta
sedang anda merempit atau tersepit.
Jam ini juga boleh digunakan ketika
berkunjung di luar negara, pasti
ramai orang asing yang memerhati
jam dan jenama yang cukup asing
dalam dunia jam tangan, apapun
janganlah anda rasa terasing pula
sebab anda bukan mahluk asing.
Jam Robin Berry Ribena
Gelas Lama Y.W.C Almond Powder
Rockwell Automation
Rockwell Automation
Baru-baru ini iaryylr ada mengikuti seminar
Rockwell Automation, dapatlah beberapa
pemberian percuma selaku peserta
bidang terjun tanpa payung terjun yang
bertempat di One World Hotel Petaling Jaya,
Baru entri mug One World Hotel, sudah
dapat masuk One World Hotel.
Ingat hendak ambil botol mineral hotel
tersebut, buat koleksi tetapi terlupa pula.
Rockwell Automation, dapatlah beberapa
pemberian percuma selaku peserta
bidang terjun tanpa payung terjun yang
bertempat di One World Hotel Petaling Jaya,
Baru entri mug One World Hotel, sudah
dapat masuk One World Hotel.
Ingat hendak ambil botol mineral hotel
tersebut, buat koleksi tetapi terlupa pula.
Koleksi Gelas Colgate
Gelas Colgate Tapak Emboss
Gelas-gelas baru souvenir sekarang
sudah tiada lagi yang emboss.
Itu yang kurang menarik :) .
sudah tiada lagi yang emboss.
Itu yang kurang menarik :) .
Jam Tangan Lembu Wall's
Pensil Kontot IKEA
Pensil Ikea Percuma!
Pada bulan lepas, iaryylr ditanya oleh Bro
Thomas, adakah iaryylr memiliki pensil
Ikea, maka akhirnya iaryylr temui
semula pensil kontot tersebut.
Pensil ini iaryyr dapat mungkin pada tahun
2007, dapat beberapa batang tapi tinggal 1.
Thomas, adakah iaryylr memiliki pensil
Ikea, maka akhirnya iaryylr temui
semula pensil kontot tersebut.
Pensil ini iaryyr dapat mungkin pada tahun
2007, dapat beberapa batang tapi tinggal 1.
Gelas Berkaki Bunga Ros Coklat
Gelas Retro Tema Bunga Ros Dari Jepun?
Gelas ini tidak salah ada yang temanya
bunga ros hitam @ mawar hitam, yang
pasti bukan dari kumpulan 'Black Rose'.
bunga ros hitam @ mawar hitam, yang
pasti bukan dari kumpulan 'Black Rose'.
Dulu gelas mahal-mahal ini buat minum air
sirap, sunquick atau sarsi saja agaknya.
Guna pun pasti waktu raya atau ada majlis,
ada juga yang tidak pernah diguna langsung
dan disimpan hingga ke akhir hayat.
Tidak salah iaryylr, katering majlis koprat
70an pun ada juga guna gelas berkaki
mungkin kerana tampak eksklusif.
sirap, sunquick atau sarsi saja agaknya.
Guna pun pasti waktu raya atau ada majlis,
ada juga yang tidak pernah diguna langsung
dan disimpan hingga ke akhir hayat.
Tidak salah iaryylr, katering majlis koprat
70an pun ada juga guna gelas berkaki
mungkin kerana tampak eksklusif.
- Koleksi Gelas Lama -
GLOBE SILK STORE
Gelas Globe Silk Store
'Globe Silk Store Dalam Kenangan'
'Globe Silk Store Dalam Kenangan'
Gelas ini memang dulu selalu dilepaskan.
Namun bila semakin tidak ternampak...
maka tidak teragak-agak untuk tidak
dilepaskan. Kedai 'Globe Silk Store' pun
sudah menjadi sejarah.
Untuk melihat gelas Globe Silk Store yang
lain, bolehlah berkunjung ke
http://semipurbastore.blogspot.com
Namun bila semakin tidak ternampak...
maka tidak teragak-agak untuk tidak
dilepaskan. Kedai 'Globe Silk Store' pun
sudah menjadi sejarah.
Untuk melihat gelas Globe Silk Store yang
lain, bolehlah berkunjung ke
http://semipurbastore.blogspot.com
Enjoy Coca-Cola Crate
Krat Plastik Coca-Cola & Botol 'O' Tanpa Ais
Semua kolektor pasti sudah ada krat plastik ini.
Lucukan iaryylr pun baru miliki tahun lepas.
Mungkin sebab nampak masih boleh didapati
itu yang buat tidak tahu, tetapi bila lambat
tidak dapat, ambil dulu. Susah juga jika
banyak krat dari pelbagai jenama sebab tiada
ruang bersesuaian untuk simpan. Hendak
simpan di kampung nanti jadi tempat
pembiakan nyamuk pula, sudahlah kompaun
denda jika kedapatan terbiaknya
jentik-jentik telah dinaikkan baru-baru ini.
Siap boleh dipenjara lagi! .
Tahun 2012 ini bolehlah buat operasi sikit
di kawasan ini, kalau hendak botol berair
rasanya sudah tiada lagi, tapi krat dan
botol 'O' itu adalah berkrat-krat.
Krat ini pun harganya boleh tahan di
pasaran kolektibel dan juga pasaran barang
lusuh, kalau dibuang berkrat-krat nanti
tinggal botol 'O' sahajalah bergelimpangan.
Plastik pun ada harga juga.
Kadang-kadang nampak krat ini diguna
semula oleh pekedai atau di pasar sebagai
tempat meletak botol kicap, botol sos dan
juga botol cencaluk?.
Krat pun boleh jadi tempat lipas bertelur.
Periksa dan basuh bersih krat sebelum
disimpan. Nanti lipas jadi pendatang halal
pula tanpa program 6p, akhirnya jadi
warganegara pula di rumah pemunya.
Telur lipas kalau menetas yang keluar bukan
10 ekor, malah lebih dari itu.
Selamat mencari & Selamat mengumpul :) .
Lucukan iaryylr pun baru miliki tahun lepas.
Mungkin sebab nampak masih boleh didapati
itu yang buat tidak tahu, tetapi bila lambat
tidak dapat, ambil dulu. Susah juga jika
banyak krat dari pelbagai jenama sebab tiada
ruang bersesuaian untuk simpan. Hendak
simpan di kampung nanti jadi tempat
pembiakan nyamuk pula, sudahlah kompaun
denda jika kedapatan terbiaknya
jentik-jentik telah dinaikkan baru-baru ini.
Siap boleh dipenjara lagi! .
Tahun 2012 ini bolehlah buat operasi sikit
di kawasan ini, kalau hendak botol berair
rasanya sudah tiada lagi, tapi krat dan
botol 'O' itu adalah berkrat-krat.
Krat ini pun harganya boleh tahan di
pasaran kolektibel dan juga pasaran barang
lusuh, kalau dibuang berkrat-krat nanti
tinggal botol 'O' sahajalah bergelimpangan.
Plastik pun ada harga juga.
Kadang-kadang nampak krat ini diguna
semula oleh pekedai atau di pasar sebagai
tempat meletak botol kicap, botol sos dan
juga botol cencaluk?.
Krat pun boleh jadi tempat lipas bertelur.
Periksa dan basuh bersih krat sebelum
disimpan. Nanti lipas jadi pendatang halal
pula tanpa program 6p, akhirnya jadi
warganegara pula di rumah pemunya.
Telur lipas kalau menetas yang keluar bukan
10 ekor, malah lebih dari itu.
Selamat mencari & Selamat mengumpul :) .