Halaman

Bekas Kuih Raya Yang Di Perbuat Dari Kaca

Bekas Kuih Zaman Tok Nenek, beberapa generasi
telah berlalu, Yang ini iaryylr dapat pada 2010.
Terus guna pada Hari Raya 2010.
Kalau biskut raya atau keropok dulu tidaklah
cepat lemau seperti sekarang dengan bekas ini.
Mungkin dulu lebih ramai pengunjung dari
sekarang kerana dulu lebih bermasyarakat
agaknya, dan ikatan kekeluargaan lebih
kuat berbanding dari sekarang, tidak semua,
tetapi ada jurang dulu dan sekarang. Sekarang
ada yang tunggu jemputan 'open house' baru
datang beraya, dulu rumah sentiasa terbuka
dan terancang. Walau tiada kemudahan internet
dan talifon bimbit, namun semua rumah dapat
dikunjungi bermulanya dari gerak hati.
Ialah, jika ramai pengunjung sudah tentu isi
kuih sentiasa ditambah atau diganti.

Dapat 1 set bersamaan 1/2 dozen.
Pada 2011 dapat lagi satu set, tetapi rasanya
coraknya agak sama, kalau dapat corak yang
lain tentu lebih menarik. Apapun simpan
juga, ada ibunya maka ada cucunya nanti.
Inilah dunia kolektor, mahupun kebetulan
atau dari kesungguhan, semuanya dengan
Izin Nya. Terdapat juga bekas kuih ini yang
diperbuat dari plastik, apapun kaca mahupun
dari plastik, keduanya tetap barang keluaran
lama generasi terdahulu yang tidak di kilangkan
lagi. Jadi?, dapatkan sebelum terlambat :) .

8 ulasan:

  1. ahaaa...boleh singgah pekena kuih

    BalasPadam
  2. fairus,
    Ya saya ada lihat tu! samakan coraknya?

    Spallan,
    Pergh!!! makan kuih ramai-ramai :)

    BalasPadam
  3. Bro..kalau nak sudu nescafe tuh saya boleh tolong belikan..tokey tu jual RM1 je 1..mahal ke harga tuh??mmg tk de amik untung pon..tolong kawan2 je...kalau betul nak saya boleh tolong belikan dan pos kan...klu btol nak kasi inform la..sayang tkot sudu tu pergi ke tangan orang lain..kalau dapat kat kolektor tk de masalah...sebab di simpan kemasss punya...he3..

    BalasPadam
  4. betul bro, geram betul kat sudu nescafe tu,RM1 tu kira tokey tu dah tolong simpankan dan service sewa untuk kita :).

    BalasPadam
  5. Hehe, apapun simpan dulu.
    Dapatkan semua generasinya.
    Ya, betul kata iaryylr.
    Kolektibel lama ini jika hilang akan lenyap selama-lamanya.
    Teruskan usaha.
    Semoga iaryylr berjaya memperoleh set complete :)

    BalasPadam
  6. terima kasih whycollect! saya aka cuba , syok oo kalau lengkap :)

    BalasPadam
  7. Kat mana ye nak beli set bekas kuih lejen ni ek..

    BalasPadam