Halaman

KAD TOP TRUMPS

Kad Top Trumps
Minggu lepas iaryyr pergi sebuah pekan
sebelum Pekan Sekincan, ada sebuah kedai
lama tapi rasanya dah tutup terus agaknya.
Saja hendak tengok barang-barang yang
ada, sebab dulu di situ iaryylr dapat minyak
rambut Merdeka 1957. Sudah 3 kali pergi,
tetap tutup juga. Sah lah sudah tutup?.
Harga barang-barang disitu pun agak
tinggi, sebab sudah tahu ramai peminat
barang lama mencari. Kadang-kadang
tidak logik pula kalau bekas kuih lama
plastik di jual dengan harga RM50?.
Bukan 1 set, tetapi 1 sahaja.

Di situ juga iaryylr dapat kad Top Trumps.
Tidak kisahlah kalau sudah tutup sebab
iaryylr pun baru dapat 1 dari Bro Fitri
tempoh hari. Pasti berkhasiat Top Trumps
itu sebab ianya sudah beranak-pinak
apabila bau yang sama dapat di hidu di
sebuah kedai di Sungai Besar. Memang
pernah singgah kedai ini dulu, tapi tidak
nampak pun, mungkin dulu tiada bau?.

Banyak sungguh keluaran Top Trumps
permainan kad yang pernah mengungguli
carta 'Top Ten' suatu ketika dulu. iaryylr pun
tidak tahu jumlah keseluruhan set yang ada.

Ada kapal laut, kapal terbang, jentera berat,
jeep, motosikal, motocross, kereta kebal,
jet pejuang dan banyak lagi!???.

3 ulasan:

  1. salam tuan.memang betul.perlu dicari balik barang yg hilang,sebelum ia hilang terus....

    BalasPadam
  2. RASANYA MACAM PERNAH MAIN DULU NI..

    BalasPadam
  3. Kalau ada kad top trump nak jual call saya..saya berminat nak beli..019 4190150..

    BalasPadam