Halaman

Jam Swatch 100 Tahun Nestle di Sisimu

Koleksi Jam Paling Bermakna Pada Tahun 2012
'Swatch Nestle di sisimu 100 Years'
Rezeki pada bulan Februari 2012, hujan kan rahmat...,
tidak terfikir untuk memilikinya, tetapi bila sudah
di depan mata, sambar sahaja sebelum melepas.
Iaryylr masih mencari pasangan jam ini, sama ada sama
tidak serupa asal ada 'Nestle di sisimu'.
Jika di Philippines, Swatch juga mengeluarkan jam
'Nestle Good Food Good Life 100 Years'
yang lebih mengujakan dan keluarkan pada tahun 2011.
Boleh klik kat sini NESTLE untuk buat perbandingan.
iaryylr tidak tahu bagaimana jam ini boleh didapati,
sama ada dari peraduan, souvenir atau keluaran
khas tertentu sempena 100 tahun Nestle.
Iaryylr dapat cuma beberapa hari dari tarikh jaminan
dikeluarkan, pun cuma ada 1 dijual.
iaryylr harap jika ada sesiapa yang mengetahui asal usul
jam keluaran khas ini, semoga sudi berkongsi maklumat
dengan iaryylr, kolektor, peminat dan pengunjung ceria.
Juga bagi mereka yang memiliki jam Swatch 100 tahun
Nestle, dan berhajat untuk menjualkannya boleh
berhubung dengan iaryylr di iaryylrcollection@gmail.com.
Jam ini sebenarnya perlukan pasangannya :) .
iaryylr pun sebelum ini tidak pernah terfikir untuk
menghubungi Swatch Malaysia untuk maklumat.
iaryylr pun pejam celik pejam celik sudah 4 bulan
berlalu jam ini dalam simpanan. Pernah juga
cari di E-bay, Mudah dan lain-lain  tapi tidak jumpa
pula dimana-mana. Cuma di Philipines.
Kadang macam mimpi pun ada...
Namun iaryylr masih mencari pasangan bagi jam ini.
Juga apa-apa yang berkaitan dengan Nestle.

19 ulasan:

  1. dapat macam mana ni?tak pernah dengar free gift jam swatch..selalunya dapat mug jer..untung rezeki la ni.alhamdulillah

    BalasPadam
  2. Terbaik bro.Bro spallan yang pergi ke temasya sambutan 100 tahun Nestle pn tak ada cerita pasal jam ni.Yang ada stem dan sampul edisi Peringatan Nestle je.Mungkin banyak lagi souvenier 100 tahun Nestle Disisimu yg dikeluarkan yang kita tak tahu.TQ dengan Info.

    BalasPadam
  3. MENARIK NI.. TERINGAT MASA ZAMAN SEKOLAH DULU, SUKA PAKAI JAM JENAMA SWATCH.. :)

    BalasPadam
  4. terbaikkk ni bro. mungkin macam jam kat ebay tu, diberikan khas kepada staff nestle saja. dan mungkin sebab tu juga tak pernah dengar akan kewujudannya, tapi buku "coffee-table" nestle 100 tahun ada saya dengar cuma belum jumpa lagi. macamana pun, kita tunggu kot-kot ada sesiapa yang nak jual kat e-bay/mudah nanti.......ehem...ehem :)

    BalasPadam
  5. Hi iaryylr,
    Kini jam Swatch pun bukan murah lagi.
    Ya, memang anih ia boleh dijadikan free gift dengan belian Nestle :)

    BalasPadam
  6. memang rezeki la bro.. kalau mcm 2, bro dikra staff nestle la ye.. memang terbaik kalau dapat koleksi cam ni

    BalasPadam
  7. dinee,
    yang ini kes beli serta merta :),

    BalasPadam
  8. nikths,
    memang banyak sangat tak terkejar langsung 100 tahun nestle, inilah fungsinya kita berkongsi , dapat juga maklumat hari hari, tang stem dan sampul tu pun iaryylr tak dapat lagi, walau tidak jauh tapi tak sempat pergi, pergi pun boleh sesat hari tu , he he he...

    BalasPadam
  9. fairus,
    jam swatch sememangnya kegilaan remaja dulu dan kini :)

    BalasPadam
  10. new hope,
    koleksi sebegini memang menarik di kumpul :)

    BalasPadam
  11. spallan,
    betul tu bro juga, mungkin juga souvenir untuk pelanggan, pembekal, pengedar atau sebagainya, harap ada juga sumbangan maklumat dari mereka yang mengetahui tentang kewujudan jam ini, juga coffee-table nestle 100 tahun, kalau Nestle sudi beri sumbangan pada kami kolektor nestle pun tentu menarik :), juga jadi sejarah!

    BalasPadam
  12. whycollect,
    betul tu jam swatch bukan murah lagi, iaryylr terfikir berapakah jumlah jam ini terdapat di malaysia kerana ianya pasti ada jumlah minimum, memang kami masih buntu maklumat berkenaan jam ini :)...

    BalasPadam
  13. edilelly,
    ya staff tidak bergaji, he he he!, kalau kerja bahagia souvenir pasti best kan?

    BalasPadam
  14. pergh... kalau keje bahagian sovenir confirm berbakul2 bawa balik umah.. lepas 2 peram setahun 2... tgok lepas 2... confirm mail lambung...

    BalasPadam
  15. edilelly,
    dulu iaryylr pernah berangan kalau ada peluang, nak tukar tukar kerja untuk cari pengalaman dan kaut kenangan serta barang souvenir, tapi itu semua angan angan, sampai berbelas tahun pun kerja camnie juga, tempat sama, tak apa, macam sekarang pun kira o.k kita cari atau buru barang yang kita hendak, baru ada suspen, thriller, komedi dan sebagainya kan? kalau senang dapat sahaja pun kurang syok he he he,

    BalasPadam
  16. owh...jam ni hanya utk staf Nestle Malaysia sahaja...keluaran khas sempena 100 tahun Nestle kat Malaysia ni. Diberi pada staf sekitar awal tahun 2012. Saya ada satu...kaler merah. Tak sesuai dengan saya. So saya bagi pada wife je...sgt cantik kalau pompuan pakai.

    BalasPadam
  17. aRyDar,
    Terima kasih Saudara, diatas maklumat yang berguna, nampaknya agak sukar untuk mendapatkan lagi :).

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam