Halaman

Koleksi Setem Lama

Hobi mengumpul setem sememangnya popular
di seluruh dunia. iaryylr juga tidak ketinggalan.
Ini adalah antara setem yang diambil gambar pada
tahun 2008. Waktu itu sudah berhenti atau bergerak
perlahan sahaja dengan minat ini kerana beralih
tumpuan. Lagipun sudah cukup sasaran.
Waktu darjah 5, semua koleksi setem sudah di kebas
kawan yang telah berpindah pada cuti akhir tahun.
Janji budak darjah 6 hendak pulangkan. Kawan iaryylr
ini pandai bersiul tanpa gerak bibir. iaryylr pun sudah
berguru dengannya keh! keh! keh!.
Sekarang masih juga simpan setem jika dapat surat.
Terfikir juga hendak lengkapkan setem-setem lama
tapi masih belum cukup kuat pula keinginan.

2 ulasan:

  1. Setem sekarang lebih senang diperolehi jika dibandingkan dengan zaman dulu.
    Kini dengan sistem penghantaran lebih efektif, pelbagai jenis setem yang menarik boleh ditemui di pasaran.
    Teruskan usaha iaryylr :)

    BalasPadam