Halaman

MUG MILO NESTLE'S 1950'S

MUG MILO YANG MENGONCANG SUKMA
1950's Trough The Years 
Dengan Kotak yang eksklusif, gambar iaryylr
mengangkat seekor lembu entah kerbau bagi
menunjukkan betapa kuatnya kita lepas minum
milo, juga dikenali sebabagi minuman tonik.
Tahukah Anda? ianya edisi terhad?
Ayuh! bangkit, memang benar-benar terhad!
Anda boleh pilih mana satu atau kaut 4 
kesemuanya sebagaimana kehangatan Van Milo,
lupakan sebentar kuih muih dan keropok raya,
Tahun ini azamlah, semuanya milo, biskut milo,
kuih milo, kek milo, air milo dan serba-serbi
hidangan milo sebab banyak sudah pasti geng
milo teruja dan maka terbanyaklah stok milo
berada di dapur dan souvenir milo di ruang tamu.
Potong saja duit raya tahun ini kalau fikir bajet,
'"eh! Pak iaryylr, kenapa tahun lepas bagi 1 Dollar
tahun ini bari 1 Ringgit?" keh! keh! keh!
Gurau sahaja, mana tidak? mug milo dan tin milo
edisi terhad perlukan kos sebanyak kira-kira
RM180, itu belum lagi souvenir lain di pasaran
yang membakar hati dan perasaan pengumpul. 
Maaflah, gambar seksi pula di bulan ini, maklumlah
waktu itu, pada tahun 1950, memang glamour
berseluar pendek. Bukan kerana bersukan sahaja.
Petang ini pakcik nak dapatkan lagi mug milo,
sebab belum dapat lagi 2 reka bentuk. Pakcik
akan berlari sambil tersenyum seperti gaya
atlit pada mug milo itu.... .

2 ulasan:

  1. ini dapat kat k4,dah mula 3 hb tapi tapi tengok sikit jer stok dia, dengar lepas nie 9 hb kat tesco, mungkin juga di pasaraya lain akan turut serta, 4 corak tu! kena beli milo plastik 1 kg x 4 paket, tu yang tangguh beli tin edisi terhad...

    BalasPadam