Halaman

Lingkaran Nyamuk Shelltox 75 Sen

Jalan-jalan Garaj Sale Anggrik Mall pada 2 minggu lalu...
Arghhh! ternampak pula gambar Mancis Shelltox biru
ini di kotak lingkaran nyamuk Shelltox, apa hendak
ditunggu lagi?, beli saja dengan segera!.
Dapat dari Bro Fitri yang berniaga di situ. TQ Bro! 
'Shelltox Mosquito Coil'
Inilah Lingkaran Nyamuk Shelltox yang telah
diuji SIRIM kira-kira 25 tahun yang lalu.
Shelltox kotak biru!
Harga pun baru 75 Sen pada 25 tahun yang lalu.
Buka bahagian dalam tapi yang ini tidak ada
peletak lingkaran pula. Baunya masih segar.
Ada logo Shell pada pembalut lingkaran nyamuk.
Tarikh mengilang pada 31 Julai 1987
Sayang sekali tiada mancis Shelltox, apa pun simpan
sebagai rujukan mancis dan racun nyamuk.

Nak lihat Shelltox King Merah boleh pergi sini
Nak lihat Mancis Shelltox Merah sila singgah sini

Google Translate
Malaysia : Nyamuk - Filipino : lamok - Bulgarian : комар
French : moustique - Spanish : mosquito 
English : mosquito - Italian : zanzara - Greek : κουνούπι
Hungarian : szúnyog - Croatian : komarac

8 ulasan:

  1. ubat nyamuk...lama, koleksi bernilai ni

    BalasPadam
  2. cool bro..teringat zaman ada arwah tok selalu guna dan akan pesan pada cucu2nya jgn silap letak takut terbakar

    BalasPadam
  3. terbaik ni bro, siap dengan logo SIRIM yang tajam tu...

    BalasPadam
  4. muaz_kkgp,
    Masih cari ubat nyamuk yang lain :)

    BalasPadam
  5. Mohamadazhan.com
    Ya, ubat nyamuk memang suka di buat main, dulu letak belerang mancis dan tunggu terbakar...

    BalasPadam
  6. Spallan,
    ya! Bro, itu yang takut tercucuk nanti keh! keh! keh!

    BalasPadam
  7. Di tempat2 yg tak ada letrik,
    lingkaran ini masih mampu menjalankan tugasnya lagi.

    BalasPadam
  8. PENUL NOSTALGIA BETUL UBAT NYAMUK NI..

    BalasPadam