Halaman

Mati Main Mercun

MATI MAIN MERCUN?
Menjelang cuti umum perayaan, maka banyaklah orang yang
suka-suka hati bermain mercun. Stok-stok mercun pun mudah
dibeli dari mereka yang menjual atas nama kemeriahan walau
hakikatnya sekadar untuk mengejar keuntungan semata-mata.
Ada mercun dijual di kedai runcit, pasar pagi, pasar malam,
tepi jalan, depan kedai dan di mana-mana sahaja hatta
di kedai komputer berinternet, asal dapat menambah
pendapatan tanpa cukai dan tanpa memikirkan soal lain.

 Pengharaman mercun sudah terlalu lama, tetapi peratusan kejayaan
bagi menjadikan negara bebas mercun masih belum boleh
dibanggakan. Saban tahun kita akan mendengar kejayaan
pemberantasan mercun dan pasti berita akibat mercun akan
menyusul selepas itu. Nampaknya banyak pihak terpaksa akur
melakukan kerja dan melalui situasi yang hampir sama pada setiap
tahun bagai sudah terjadual. Semua pihak pasti ada yang letih untuk
 menangani permasalahan ini kerana pesalah dari akar hingga
ke pucuk tidak kering idea, ada sahaja caranya untuk menjayakan
bisnes apabila setiap strategi mula berjaya dapat
dihidu dan dipatahkan pihak berkuasa.

Tidak kira apa jua perayaan dan sambutan mengapa pasti terselit mercun.
Setiap tahun di Malaysia pasti ada yang cedera dan mati kerana mercun.
Adalah lebih baik pengharaman dibuat 100% haram dan bukannya
pelepasan diberikan pada acara berprestij yang menimbulkan pertikaian.
Kepakaran bukan jaminan tidak berlakunya kemalangan.
Ini terbukti dengan apa yang terjadi di luar negara.

keh! keh!keh! maaf ya! ini cuma luahan hati yang 'tension'
dengar bunyi mercun berdentam-berdentum, skret-skereeeeeeet! dari
tadi tak habis-habis!... wa! ka! ka! geleng kepala tahap gelek gerudi!,
gelek gerudi tu macam mana ha? tak pernah tengok da.... 

"Teringat mercun katak, mercun tarik, mercun ular dan mercun das...
siapa yang ada simpan mercun lama? tentu menarik melihatnya!.
Sekarang pun ada orang kumpul mercun pop-pop, rasanya dah lebih
dari 10 jenis corak kotak mercun pop-pop..."



2 ulasan:

  1. SUSAH NAK KOMEN.. DALAM HATI GERAM JUGA KALAU LIHAT ORANG MENGAUT KEUNTUNGAN SECARA HARAM DENGAN MENJUAL MERCUN, NAMUN APABILA PERAYAAN KITA JUGA YANG MEMBELI MERCUN UNTUK MEMERIAHKAN SUASANA HARI RAYA.. ERM.. SUSAHLAH NAK CAKAP. KALAU TAKDE MERCUN, TAK MERIHA. HAHAHA.. TAPI KENA JUGALAH AWASI ANAK-ANAK.

    BalasPadam
  2. Tak apa, memang sukar dan ambil masa lama, tapi pelan pelan kita singkirkan... setakat bunga api dan mercun pop pop tak mengganggu ketenteraman sangat , ini mercun tahap meninggikan getaran gegendang telinga tahap 5 serta alarm kereta orang juga terganggu ditambah risiko kerosakkan kerusi motor kalau terkena api mercun... kalau dapat cukai bunga api pun bolehlah membantu membangunkan negara ini kan lagi mercun... wa! ka! ka! ye haaa! pom pom pom!

    BalasPadam