Halaman

Cawan Kopitiam

Cawan Kopitiam Dari Negeri Melaka
"Hasil jalan-jalan ke tempat bersejarah..."
Salah satu jenis cawan Kopitiam yang terdapat di Melaka
juga di negeri-negeri lain yang sama waktu dengannya.
Walau tiada berkait dengan nama mana-mana produk
kopi atau teh, namun asal berkait dengan nostalgia dan
bajet pun cukup, maka dibawa pulang sebagai buah
tangan untuk siapa lagi kalau bukan untuk diri sendiri :).
Ada pekedai yang menjual dengan harga biasa dan ada
yang menjual dengan harga yang lebih tinggi kerana
sememang ianya barang carian pencinta barangan kopitiam
dan pencinta pinggan mangkuk lama. Harganya akan lebih
meningkat dipasaran jika ianya ada tanda niaga atau sukar
didapati, juga faktor kos mendapatkannya atau nilai
sentimental yang membuatkan pemilik peribadi yang liat
menjualkannya akan ditawarkan harga yang lebih tinggi
oleh pembeli kerana kefahaman akan nilainya pada pemilik.
Bagi iaryylr buat masa ini, masih yang biasa-biasa sahaja.

2 ulasan:

  1. kedai kopi cina lama makin kurang..
    i mean the real deal yang kerusi kayu, cawan cam gini, roti bakar cina yang dah tipis, apek tu lagi slice roti yang dah tipis tu jadi dua, jadi roti tu tipis giler.

    BalasPadam
  2. pergh pakar jer boleh kasi slice roti... kalau saya hancur :)

    BalasPadam