Halaman

Hati Yang Memerah Otak


Sekadar Perahan Otak... Bukan Jus Otak,
tapi Otak-Otak sedap dimakan dan boleh didapati
di jual sejuk beku di pasaraya pasaraya terpilih. 

Awam mengatakan "Jenayah itu Membawa Padah!"
Namun bagi penjenayah, Jenayah itu indah?
Mangsa mengatakan penjenayah tidak berperi kemanusian...
Namun mungkinkah bagi penjenayah, penyiksaan suatu kepuasan?

Apa yang penting bagi diri ini... hidup, wajar diteruskan.
Jika kita fikir kita susah, ada yang lebih susah,
ada juga yang menyusahkan. Begitu juga jika kita fikir
kita senang, ada yang lebih senang, senang-lenang, malah ada
diantara mereka yang terlalu senang sehingga menyusahkan orang
atau walau kesenangan itu hasil dari menyusahkan orang.

ibarat pepatah iaryylr...
Senang sehingga menggantikan baju orang-orang,
Susah sehingga memakai baju orang-orang.
tak pun?
Menang dapat wang, kalah dapat parang,
Kalah rampas wang, menang kena parang...

ada-ada sahaja mereka-reka pepatah yang entah apa-apa.

Teringat pada tahun 1990an, di dinding sebuah tandas di sebuah
kilang, bukan tertulis, bukan suratan dan juga bukan kebetulan,
tetapi sengaja ditulis oleh seseorang yang songsang kreatif seperti,

DUNHILL
Siap dimaksudkan....

Dunia Untuk Nikmat Hidup Ibarat Layang Layang...

MARLBORO?
Manusia Akan Rosak Bila Orang RXGXL Orang...

SALEM?,. ROTHMANS?...
Arghh! sudah lupa pula, walau masih boleh direka-reka
untuk sedap cerita, namun itu bukan ingatan yang asli untuk
dikongsikan.  Mungkin ada sesiapa punya idea?.

Bagaimana dengan jenama rokok yang lain?
mungkin kita boleh imbas dengan membuat maksud atau andaian
dari jenama rokok lama seperti TORCHLIGHT, ROUGH RIDER,
GOLD LEAVE, VIRGINIA GOLD, LABOUR,
PICADDILLY dan sebagainya.

2 ulasan:

  1. DUNHILL = DUNIA UMPAMA NERAKA HIDUP IBARAT LAYANG-LAYANG

    KENT = KENAPA ENGKAU NAK TAHU

    HEHEHE..

    BalasPadam
  2. ya! syabas! menarik KENT tu,
    bila orang tanya, kita jawab KENT, apa?, KENT..., apa?, KENT.... he he he!

    BalasPadam