Halaman

Rumah Atau Galeri? - Rak D.I.Y

Rak D.I.Y
Boleh letak dan gantung apa saja?
( Kamera : HP Adroid Samsung Galaxy Grand Duos )
Rak serba guna atau pasang siap bukan sahaja menjadi
pilihan peniaga untuk barang jualan atau pameran,
malah turut digemari pemilik rumah sebagai keperluan.
Sama ada untuk menggantung dan meletak barangan
dapur atau sebagai rak pamer atau menyimpan barang.

Anika pilihan dan pelbagai eksesori menjadikan rak
sebegini ibarat rak D.I.Y atau "Do it your self" bagi
pemiliknya. Selain dapat menjimatkan ruang, dapat
juga percambahan fikiran kerana perlu kreatif untuk
memaksimunkan penggunaan dan meminimum kos.

Bagi iaryylr, rak sebegini mudah di aplikasikan
di mana-mana ruang. iaryylr boleh menggantikan
aksesori rak mengikut kesesuaian barang koleksi
tanpa mengubah tapak asal rak. Rak dan eksesori
 bukan sekadar untuk di dinding, malah boleh
digunakan atau dipasang pada perabot sedia ada
seperti pada almari baju dan kabinet dapur.

- RUMAH -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan