Halaman

Jualan Hobi Dan Koleksi Pertama

"Hobi Dan Koleksi"
Seperti yang di maklumkan, pada  2 JUN 2013
iaryylr mula berniaga di Anggrik Mall sewaktu acara
"Demo masakan lama bersama blogger ChaHaya Shiela
serta jualan barangan lama,antique dll.".

Berikut adalah gambar-gambar di tapak niaga iaryylr
yang di usahakan bersama isteri. Gambar pun
hanya sempat di ambil pada sebelah petang kerana
kesibukkan. Maklumlah kali pertama menceburkan diri,
nak susun barang pun ambil masa lebih sejam.
Ada antara koleksi yang tiada ganti dan untuk dilepaskan
dan ada lebihan koleksi untuk dijual.
Hampir kesemua barang adalah baru atau stok lama.
Dari pinggan mangkuk, tin, apron, mug, botol, alat tulis,
pelita, cermin, top trump, daun terup, beg, gelas,
bekas makanan, poster, syiling lama dan sebagainya.
Dari pelbagai jenama seperti, Coke, Milo, Horlicks,
Nescafe, 100Plus, F&N, Jacob, Cap Keluarga,
HCBC, Conflakes, Pepsi,Fizzi, Chear, Sprite,
Marlboro, Camel, MAS dan sebagainya.
Barangan old skool, pinggan mangkuk lama dan
souvenir adalah antara barangan pilihan pelanggan
serta tumpuan pengunjung pada hari berkenaan.
Ada juga barang kraftangan seperti topi, kasut, pin
dan lain-lain, hasil kerja tangan isteri turut di jual.
Alhamdulillah, syukur kerana segalanya berjalan dengan
baik, hasilnya dapatlah buat belanja serta tambah
barang koleksi. Seronok dan letih rupanya.
Dari pengumpul ke penjual, bagai satu kejutan.

5 ulasan:

  1. SYABAS BANG.. DARI PICKER TO BUSINESSMAN.. :)

    BalasPadam
  2. wa ka ka! mana businessman nya.. sekadar minat, juga mengisi masa lapang pada hari ahad... he he he.

    BalasPadam
  3. terbaikkk bro. semoga dapat clear stok yang dulu, boleh tambah yang baruuu...

    BalasPadam
  4. syabas bro.Dari hobi menjadi karier pula nanti.Semoga sukses!

    BalasPadam
  5. tahniah....dan di murahkan rezeki

    BalasPadam