Halaman

Koleksi Resepi Nestle

'Cooking with NESTLE Natural Set Yogurt'
Masak dengan menggunakan Yogurt semulajadi.
Buku Resepi Masakan dan Minuman yogurt
Berkorban masa akhirnya dapat percuma sahaja.
Begitulah buku resepi ini, tidak silap pada akhir
tahun lepas ianya percuma dengan pembelian 2
Nestle Natural Yogurt. Akhirnya selepas 9 bulan
dapat di kaunter khidmat pelanggan, tanpa pembelian.

Dengan buku ini maka Khasiat yogurt dapat
di nikmati bersama makanan dan minuman.
Koleksi Resepi Nestle
 Bukan sekadar khasiat, malah yogurt juga adalah
sebagai tambahan rasa yang istimewa.
Collection of recipe books and pamphlets
 Rasa dahaga pula melihat semua ini.
Tekak bagaikan bersuara meminta.
Koleksi Buku dan Risalah Resepi Percuma
 Jika begini, nampaknya kos masakan semakin
meningkat, namun apa salahnya jika untuk
keistimewaan berganda. Sekali sekala dan mencuba.
Nestle Natural Yogurt
Dengan buku resepi ini maka, Koleksi resepi pun
bertambah lagi. Tidak silap, terdapat lebih 10
hingga 15 resepi dalam bentuk risalah dan buku
telah berjaya di perolehi pada tahun ini.
Memandangkan sekarang masih dalam bulan
september, mungkin jumlahnya akan meningkat lagi.

2 ulasan: