Halaman

September di pasaraya

Jalan-jalan di pasaraya hijau kuning pada minggu
lepas, maka beberapa souvenir di lepas pandang.
Bukan semua yang di inginkan perlu di dapatkan,
Ada yang wajar di lepaskan atas beberapa faktor 
seperti keperluan dan kewangan. Apapun ianya
boleh di kongsikan sebagai informasi hobi.

Bila telah memiliki beberapa souvenir Koala' March,
maka memang teringin menambah 2 lagi tag Koala's
March seperti di bawah. Memandangkan perlu beli
 dua pek promosi berkembar untuk mendapatkan
2 tag tersebut, maka terpaksalah di lupakan. Selain
faktor kos, siapa pula yang nak menghabiskannya?.
Lainlah di waktu perayaan atau boleh di jual pada
kawan yang suka makan Koala's March.
Kawan kawan pun semua sudah berumur!.
Koala's March
Begitu juga dengan set alat tulis Kinder Joy yang
menarik ini. Pasti peminat Kinder Joy atau kolektor
alat tulis berminat dengan souvenir alat tulis ini.
Percuma dengan pembelian 4 biji Kinder Joy.
Beli 4 biji telur baru rasa agak berbaloi.
Kinder Joy / Koleksi Alat Tulis
Punya hobi mengumpul rantai kunci? ya! gula getah
Yupi Burger telah mengeluarkan 3 rekabentuk 
rantai kunci untuk di kumpulkan. Percuma satu
rantai kunci pada setiap pek promosi.
Menariknya rantai kunci ini bukan sahaja menarik
minat kolektor rantai kunci, tetapi juga penggemar
Yupi Burger dan makanan ringan.
Yupi Burger / Koleksi Rantai Kunci
Yang ini pula iklan promosi ais krim Nestle. Beli 2
kotak pek nilai, percuma 1 bingkai gambar bermagnet.
Tetapi sayang ini adalah promosi pada bulan Ogos.
Ais Krim Nestle Mat Kool
Apa tunggu lagi? dapatkan selagi stok masih ada!.
Jom! sambung jalan-jalan di pasaraya.


6 ulasan:

  1. WAH.. MACAM-MACAM ADA..

    TERBAIK..

    DAH PENUH RUMAH NANTI, HULUR-HULUR KAT SINI SIKIT.. HEHEHE

    BalasPadam
  2. ya betul...! Semua ni memang saya dah terlepas pandang haha...... (tak pernah nampak pun......)

    BalasPadam
  3. fairus,
    wa ka ka! boleh saja nanti kalau ke sana abg bawa ole ole

    BalasPadam
  4. Mun Kit Tee,

    kumpul mana minat, sikit2 lama lama jadi bukit oooo! :)

    BalasPadam
  5. thomas,
    Cuma jangan sampai hobi mengawal hidup kita, ha! ha! ha!

    BalasPadam